Monday, August 31, 2009

.jari menari hati menyanyi.

mood:confused.arggh!
kelirukah aku?
buntu perasaan dan fikiran teringatkan si'dia'..bkecamuk .bserabut.berselirat.segala urat2 jantung aku ni bila mengenangkan si'dia' yg jauh dimata.oh.syg..bile mau ketemu??i misz u dear!baliklah..

currently mood:okay!
hehhee..
supposly aku mnyiapkan asgmnet writing fir media.tp idea tidak singgah tiba..dengan harapan lepas mnulis isi hati disini ia akan menjelma datang..jariku mengetuk2 papan kekunci compaq ni..
heheh..

smlm nmpk bulan terang.igt 'dia' lg.terungkai kembali kenangan silam.dating2..mkan2.jalan2 ke perak yg long journey.kes lap2 air mata dlm pwagam ou..adegan manja2.hahha..thanks Mohd W--- Z---- bin Mohd Izam kerana telah memberi cebisan kasih sayang utk aku kecapi selama ini

Saturday, August 29, 2009

.white day.

yesterday was a luvly day.it is because there are a lots of ur fren are wearing the white shirt.we are not planning any ok.hehhehe
lets picture do the talk k..

.Ramadhan Al-Mubarak.

Pejam celik kte da msok bulan Ramadhan kan..bulan yg penuh dengan keberkatan dan diberi peluang utk mdapat ganjaran puasa yg melimpah ruah oleh Allah SWT.disini aku ingin selitkan antara ganjaran2 pahala kepada mereka yang melakukan solat terawikh.


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

berdanse yuk!

arini tbe2 rjin mengupdate blog..evryhing is changed!n I knew the trick to edit evry little thing for my blog..to everyone yg singgah d blog ini.silalah berdanse seketika mdengarkan lagu ni...

..till then..

Friday, August 28, 2009

.berhabuk dan bsawang.

hahah..
entry yg menarik!
actually,itu nk mgambarkan how bz i am..smpai nk update blog pon xsampat..
n pg ni pas sahur dgn banggenye nk update..tp tlupe email n pasword!ha??sejam gak r godek2..
at last pas smyg subuh bru teringat..tulah..lain kali smbhyang dulu bru sbuk nk wat pape..
ye!sy mgaku kekhilafanku ini..

ok..
jap lg smbung..
ngntoks sgt!
pas sahur tros godek2 cri pasword.
mau tdo.clas kol 11.
oh ye! td sahur nasi ngn lauk smlm iaitu sambal udang tawar.mybe mkcik masak tu xlarat nk letak garam atau barangkali kediadaan garam dlm stoknye

..till then..

Thursday, June 25, 2009

miss my long hair



rindu rmbut sy
rindu
rindu
rindu



my long n black hair

Sunday, June 21, 2009

ujian itu rahsia ALLAH

d copy paste tros dri iluvislam.com
sebagai ingatan utk diri sendiri dan org lain..



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!