Monday, December 27, 2010

My 'C' day.

pecayelah,cite ini da lapok.tapi nak cite gak.


finally,dapat gak naik pentas untuk amik scroll!yeay!seronook tak terkata tau.
seronok dapat jumpe kawan-kawan. seronok dapat berpelukan dengan lecturer-lecturer kesayangan, dan yang paling penting, seronok dapat tunjukkan hasil kt family tercinta. yeay!



banyak gambar nk kasi tengok ni. kt belog ni je ade tau.kt fb xde.eksulsif kt sini je.




gambar adalah mengikut turutan.

this is for u either! :) : Bukan Semua Yang Kita Nak. Kita Dapat

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.

Hakikatnya itulah lumrah.

Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu

Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.

Tetapi Allah mengetahui.

“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.

Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.

Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.

Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.

“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”

Belum bersedia

Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan.

Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.

Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa

Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.

Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.

Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.

Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.

Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.

Allah itu Maha Penyayang.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.

“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Memang dalam hidup, bukan semua benda kita nak, kita dapat

Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.

Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya keterikatan dengan Allah SWT, maka kita akan berlapang dada, bersangka baik dengan aturan-aturanNya kepada kita.

Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.

Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah.

http://ms.langitilahi.com/




source: Facebook shared link

okay,okay

at last,baru bole update.bukan ape..lupe email.x sure pakai yahoo atau gmail..hasilnye cubaan untuk login kt blog ini gagal.


aik?da bole?sebad ape ape??

sebab kite da balik kuantan dan pakai laptop sendirik yg mmg otomatik kuar email yg kte pakai.


ape ke looser sangat kite ni?haissh!

Friday, December 10, 2010

.yes,i did it well.

Alhamdulillah.






:")




notaperangsang: next sem, Insyaallah akan berusaha kebih sikit!

Friday, November 26, 2010

Yeay!

mmg yeay la sangat kan?

nak cite pasal convo,tapi picture tak transfer lagi.ade ngn kakak, dan lagi heaven, cable henfon tertinggal di surga shah alam.


:'(

Wednesday, November 17, 2010

sambungan dari entry lepas

iii)alasan tak pergi clas dan kenapa exam susah

diploma dlu,attendance sheet aku penuh.time dgree pon penuh.tapi ikot priority la.huh! teruk2
aku bukan malas,tp sebagai pelajar aku berhak untuk dapat keselesaan untuk belajar.bukan tiap2 pagi isnin dan selasa nak pegi umah lecturer.bukan naik kete,tp teksi yg costnye rm10 per/day.dan bila sampai 'tempat belajar' tu,aktivitinya hanyala makanmakan dan karoke. sape sanggup?

input nye xde.bukan nk merungut,tapi ktorg bukan senang sangat.bukan bawak swift g clas. alasannye,prof tu da tua,sakit belakang,xleh berdiri lama. dalam hemat aku,baik prof rehat banyakbanyak kt rumah. ada kebaikannya.


walaupun prof kate nak bg A,tp sy rse bodoh sangat time exam.kene buat 6essay,tp buat kali pertama dalam sejarah,saya xboleh langsung jawap soklan tu. Maafkan saya prof,saya banyak mengata prof sepanjang sy study buku teks prof tuh.tp sy mmg x paham.

Monday, November 15, 2010

walaupun serabut,ade ceritenye.





bunyiknye cliche jika pembuka bicara di blog aku 'it's been a while tidak berbloging'. tapi itu memang hakikatnye oke. harap maklum,dan sila faham :")



zillions cerita nak sumbat,tapi otak tak berada dalam kondisi yang tidak baik.cuma sebilangan saja yang mampu.*mungkin*


i) exam
cerita pertam ofcoz ceritera exam aku kan.
amik 5paper untuk sem yang masih muda dan bersemangat lagi ni.tapi degree susah.susah.susah. bila orang ckap degree susah,mungkin inilah yang dimaksudkan kan? orang kate first sem kite akan gilegile akan skor kan?tapi, it wasn't me!belajar malas.clas pon asyik skipped je..bukan malas,tp kondisinye yang menyeru aku untuk tidak datang kelas.*ia akan terbongkar di sub entry kejap lagi*
exam 3minggu,jadi aku tegar menjadi orang yang terputus dunia luar yang perlu tahu ape dah jadi dengan dunia. 3minggu langsung tak usik laptop,tak on fb,tak tahu gosip hangat dan blog apatah lagi.even aku masscommers*tapi weh,tv aku bukak la weh*

paper stat 28/10,4/11, 7/11 ,8/11 dan 11/11/2010. the starter was perfect!walaupun ade musang jatuh dari atas siling kompleks sukan tu,tapi ianya tidak mematahkan semangat.heh! the 2nd paper was a disaster! tolongla!time dalam dewan tu tak tahu kenape rase sangat bodoh,bodoh yang bodoh giler.dahla dewan sejuk!beku otak aku.*ini akan terbongkar didalam sub entry yang sama dengan alasan kenape ak skipped clas diatas*

yang the rest kire bolelah.so-so!harap,keputusannya bagus.walaupun aku tahu,aku malas,aku study last minit,tapi aku da berdoa dan berusaha.so,aku hanya tawakal!



ii) convocation
aku marah.surat aku tak sampai lagi sehingga post ini dipublish.padahal minggu depan nak convo!tapi xpe,aku malas nak pikir banyakbanyak,aku potostat surat orang lain,dapatkan cop kt finance unisel shah alam.settled!xde hutang2 dah dengan unisel.dan darpiada surat tu,kami kene pegi amik jubah on 13/11,rehersal 19/11, convocation 21/11 dan anta jubah balik on 26/11. sila perhatikan tarikh tersebut dan padankan dengan lokasinya----> Unisel, Batang Berjuntai, Kuala Selangor. aku da lame plan xnak pegi reherasal tu,gile ape,rehersal jumaat,convo ahad. pastu mane makbapak aku nak duduk sementara tunggu rehesal tu abes?
okay,pegi amik jubah berkonvoi dengan 8 kereta yang lain. seronok berkonvoi.tapi bile da ramai sangat,semuanya jadi kelam-kabut.serba tak kene. tapi ok je sebenarnye, menjadi gathering sebab dah lame tak jumpe.semua nk peluk-peluk..

okay,bab seronok nak berkonvo abis sampai sini

bila da smpai Bj(batang berjuntai) tu, urusan amik jubah pon selesai..perjalanan sejam setengah,amik jubah tak sampai 3minit.xpelah.. mase amik jubah tu,orang tu kate 'hoot dengan mortar board xde,amik time rehersal ye' kepale hotak die! ko ingat ktorg ni ape? nak berulang alik pegi sane? BJ tu sebelah kampung engkau ke?*bermonolog didalam hati* tolongla,sepatutnye korang yang buat jadual, pihak korang kenelah sediakan semua bnde, kalau ktorg tau cam tu,baik x yah datang je, datang sekali je 19hb nanti. Janganlah buat kitorang ni cam ape,masing2 ade komitment lain, nak datang jauh2 untuk bende remeh temeh.

Kepada Management Unisel, tolongla manage korang punye department mantap-mantap. Smua da okay, tapi management tak okay langsung. Kitorang ni student yang membayar yuran mahal. Tolongla permudahkan bende yang boleh dimudahkan.

Aku tau, dorang nak smua ade je time rehersal. Tapi bayangkanlah, takkan dari kamis family aku da kene gerak dari Kuantan? dahla Rabu tu raya! *isssshhhkkkkkk*


UPDATED:



okay,kite smbung kt entry baru.cam da packed sangat da entry ni.xpe,janji update kan?