Showing posts with label Bebbles. Show all posts
Showing posts with label Bebbles. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Hai.I'm here again

Hai Hai Hai..
Assalamualaikum..


seperti yg sedia maklum, ini adalah blog persendirian. Jadinya tuan punye blog ada hak bila dia rasa nak update atau tinggalkan ianya berhabuk. jadi, korang pun ada hak nak baca atau tidak. Sama-sama ade hak. gitulah kan? Ayat lancang je aku ni kan? takpe,hatinya baik udah cukup. heheh




okay,sekarang Semester Break, jadinya aku harus berehat. dalam erti kata lain, rehatkan otak,rehatkan badan dan kasi mata untuk berehat. semuanya gara-gara kebizian last sem. Last sem sangat hectic, rushing ke sana ke mari untuk siapkan semua assignments. Tapi perancangan Allah lagi hebat, walau seperfect mana pun usaha kita, kalau DIA nak kasi banyak tu result kita, kita harus redha menerima. Jangan lupa, Allah perancang tehebat. Untuk aku, kau dan semua. 


Entry ni jugak terjadi sebab result baru keluar semalam. ya 22Februari telah menggetarkan seluruh umat UiTM. yang bisa merobek hati setiap daripada pelajarnya.yang mengganggu rutin harian mereka dan tidur-tidur mereka. Tahniah bagi yang berjaya. Smua berjaya, berjaya habiskan exam. Tapi result nya? Aku? Alhamdulillah, masih bisa memaintaikan angka 3 ke atas itu. Tapi pointer sedikit dropped dan telah memberi kesan besar ke atas CGPA aku. Ada subjek yang aku terlalu takut nak tau resultnya, tapi hasilnya adalah memberangsangkan, tapi masih tak cukup dengan usaha keras aku, tapi lepas muhasabah, aku terima semua itu. Tapi, getarannya tak sama bila aku tengok result untuk subject Writing for PR. sungguh menghampakan.




Bukan aku je rasa cmtu, hampir semua classmates aku merungut benda yang sama. Punca keruntuhan gred kami. Tapi takpa, lepas rasa keruntuhan, baru ada semangat nak kejar balik kan? Untuk next sem, I'll try harder! Insyaallah! 


Lepas baca-baca artikel motivasi dan keislaman, aku dpat simpulkan yang ada hikmah berlakunya semua ni. Mungkin usaha kita yang kononnya nmpak keras, tak cukup untuk bantu kita. Oleh itu, berusaha lagi ye cik Nadia! :)




alamak! niat dihati nak tulis pasal Ustaz Azhar Idrus, tapi, kain tak sidai lagi, nasik tak masak lagi, aku tak mandi lagi. Hari dah nak zohor, tapi aku seakan mati je harini. Tgk TV boring. Online dari subuh smpai skarang, Habisla bandwitch aku. 
Hari suram, kaler pun harusla suram je.


Assalamualaikum... :)
Have a pleasant day peeps!

Friday, November 11, 2011

11.11.11

yes,today is oneone oneone and oneone. :)

it's not my wedding day nor my engagement day 

yippie! :)

tapi entah kenape, hati tak sedap je ni. rase macam nak nangis. Aku berdoa agar takde pape yang buruk jadi kat family aku, kawan kawan aku dan orang sekeliling. Amiin Amiin. 

 *praying hard*

Friday, October 7, 2011

Aku sedar aku tak boleh kontrol hidu kau
Aku mintak maaf kalau selama ni kami terlalu 'menjaga 'kau

Maaf buat kau rasa lemas
Maaf kalau kau rasa terbeban
Maaf sebab 'terover' masuk campur urusan kau

Semua sebab sayang
Tapi kau tak rasa mcam tu

Hidup ada pilihan
Tapi aku tau kau tetap pilih ape yang ditentang
Jadinya, pergilah kau
Jangan carik aku time susah
Sebab aku da rasa awkward pelik dan janggal
Lepas kau buat aku rasa manusia paling bodoh

Memang ikutkan hati aku nak pelempang je muke jantan tak guna tu
Tapi apalah daya
Kalau tuan punya badan rela diperlakukan sebegitu rupa

Sudahla, kami da penat
Enjoy ur life on ur own way
Jangan harapla kami nak bertanya itu dan ini lagi
Sebab kami memang tak berharga pada kau


Cakap banyak pun tak jalan
Tak cakap langung macam tak sampai hati

Tapi sampai sekarang hati aku masih lagi rasa sedih
Tak tau la pulak engkau kan?




Copyright protected NadyNadNad ®

Monday, October 3, 2011

sistem badan yang selalu merungsingkan.


okay, sekarang masih dikira awal awal pagi. jadinya aku nak ckap. Halo! Guten tag! Jangan main main, sekarang aku ade clas German tau. setakat nak mengumpat tu aku paham la dol! hee..

eh,tak! jangan nak pecaye sangatla kan? Clas baru nak masuk 3 kali. ade hati nak paham orang cakap, padahal minggu lepas lecturer baru ajar camne nak bace ABC dengan kira 1 sampai 1000 dalam bahasa German.


okay okay, berbalik kepada tajuk aku tu ha. kat blog ni la rase nak meluahkan perasaan kan? takla cam orang lain, asyik nak update kt fb je.. eh tetibe emo?

kalau nak dikira, sesape yang lahir bulan Ogos selalunya akan senang mendapat penyakit, dan cepat sembuh. aku selalu mengakui fakta tu sebab sememangnya aku memang cepat dapat sesema bila pegi tempat baru, aku senang kene demam kalau redah hujan, aku senang sakit kepale kalau tidur tak cukup dan.... aku jugak senang baik, makan ubat plus tdo. pasti lepas tu akulah orang paling aktif didunia.

tapi, buat sekian kalinya, aku mula merasakan perubahan pada bdan aku ni. Sejak raya lepas, aku tak sihat; deman on off, batuk dan selsema jangan dikira, abis semua towel kecik aku tu aku rotate. semalam kaler pink, arini kaler biru. esok oren dan kuning.
Bak kate, towel kecik tu ibarat wallet. mane mane wajib bawak. Aku tak pecaye kalau guna tisu. sebab tu ari ari gigih basuh towel kecik tu tau pakai tangan.

persoalannya bukan nak cite pasal towel sekarang ni. nak cite pasal penyakit aku ni ha.

entah kenape lepas raye tu astik tak sihat je. siap kene tahan tahan wad lagi. Bukan aku tak makan ubat, masalahnya kali ni aku memang maka ubat sampai abis. tak jugak elok. Bukan klinik je aku pegi, hospital UiTM yg free tu pun aku pegi. Tak pecaye dengan ubat-ubatan, aku beli bagi Vitamin C yang katenye bole kasi anti-bodi yang kuat, sekaligus dapat mengurangkan selsema tu pun aku da makan, tapi tak jadi ape.

cuace kt Shah Alam ni kot yang tak bape sihat, housemate aku pun same kes ngn aku. Encik H pun dah bape kali demam, katenye berjangkit dari aku. Agak agakla bro, bukanla U selalu sangat keluar dengan I pun kan? *mati aku kalau die tau aku panggil die bro*


bukanla aku tak suka bila tak sihat ni, tapi bile dalam kelas asyik aku je yang terbersin bersin payah jugak nak focus. bila da terbatuk batuk, orang lain pun rase terganggu.pastu bila rasa tak sihat sangat, otomatik Naz mesti nk bwak pegi klinik. dah menyusahkan orang tu. pastu bila orang kol, suare astik sengau sengau je. mesti dorang kate, suare aku memang sengau! kan dah tak comel tu.. *wink wink*


memangla sakit tu tanda-tanda Allah sayang kat kita, nak hapus dosa-dosa kita, aku paham tu. Tapi aku risau kot kot ade penyakit lain ke kan, dah sebulan lebih dah ni tak sihat. Bukan mintak bukan bukan, tapi risau. Ianya bukan perkara yang menggembirakan bilamana time ko bangun tidur hidung ko berdarah ye.

*Gambar tiada motif dan takde kene mengena dengan entry*

lepas clas PR. teruja sebab kaler hitam bergabung dengan purple. Aku tak letak watermark ni, janganla curik gambar ni ek.


tapi keadaan mungkin okay kalau U bawak I tengok wayang la. Lagipun I tak sabar nak tengok baju yang U beli utk I tu. :")

Monday, September 19, 2011

Recently updates.

Hohohhoooiii... Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia. :")



eh,pasal ceria semacam je? *saje je, nape, takbleh?*

sejak rase dah sihat sikit ni, mood pun okay je. takde nak swing-swing ,unless kalau betul betul aku marah. tu lain.

rase macam artis plak, nk bgtau updates pasal diri sendiri.

(1) seperti biasa, lectures da stat minggu lepas patutnye, tapi macam biasa, senior memang suke hati die je nak pegi clas bile kan, well, Alhamdulillah, hari ni baru dapat jejak UITM kesayangan tu. well, a little big changes. Gud job FKPM.
(2) tak taula mane dapat semangat, arini dari pagi pegi setelkan UJRAH PTPTpu tu. dari amik cop dan sign segala, sampai ke Pejabat Pos pegi. M
udah-mudahan ianya sampai kt pihak PTPTpu tu.
(3) hooommmaaaaiiiigoooood! tadi terserempak dengan mamat tuuu.. alahai, dia segak berkemeja kelabu.. tapi, sayangnya, aku buat macam tak penah kenal. kenapelah kite bole jadi camni kan?
*Agak agak td U perasan tak I? ke I pakai heels tinggi sangat?*

(4) button Cancel dan browser kat henfon dah tercabut. Alamak, mane ade duit nak beli Iphone.
(5) kawan blogger aku, si Aishah Ahmad da kawin! Cemburunya tengok die da kawen.

(6) cadangnye tadi, da terlanjur pegi Pejabat Pos tu, nak masuk diut kt ASB la kan, makcik tengah kayo ni! nak la masuk sikit, nanti at least adela jugak pelaburan dengan simpanan sikit. tapi takboleh plak tadi, offline katenya, haiyaaa, ni nk marah ni. nanti sampai sudah tak masuk, dah bz nanti, bile mase nk mencurik masa *katanya, macam bz sangat je kan*

(7) baru tahu Bank Islam ade Internet Banking. tapi sampai sekarang tak reti nk register lagi, ape bnde tah lagi tak kene. walhal tadi da ikut segal instruction die da. Takpe, kite tanya pakar esok.

(8) okay, dah cukup la tu updates. Sape je kan nk tgk blog ai ni?

okay, have a wonderful day peeps! see u when i see u :")


pesananpenaja: lapangnye perasaan kalau da semayang Isyak awal awal kan? rase free je nak buat ape. lepas ni bole layan korea dan mesej boipren sampai tertidur tanpa rasa bersalah pada keesokan harinya kan? Harap akan mantain begini ye cik Nadia Zulkifli oii!




Friday, July 15, 2011

okay, entry pendek je

i)sebulan berlalu okay, harini cukup sebulan aku kerje. kire 20 hari sepatutnye. tapi hari aku bekerja hanya 19 setengah hari termasuk harini sebab haritu amik AL setengah hari sebab nak setelkan cek dari unisel tu dan sehari malas bekerja sebab penat bermandi manda kt Cherating minggu lepas.

okay, bab cuti da habis.

sepatutnya tempoh kontrak aku valid sampai harini je. tapi Alhamdulillah, mereka-mereka (pihak atasan) masih memerlukan khidmat aku untuk sebulan lagi. yahooo!

ii)baju tak cukup.Makanya, setiap malam sebelum tidur pasti setiap malam aku dan Naz akan termenung sesama sendiri memirkan baju aoa yang harus dipakai esok. sebabai govt servant dan berada sekitar dengan Dekan, aku sangat digalakkan untuk berbaju kurung setiap hari. Setiap Hari. Setiap Hari.

baju dalam almari memang padan untuk 20hari sahaja (ianya berdasarkan prinsip tak mau rotate baju) hahahahha. harini baju kurung yang terakhir. sayunya hati! *tak paham kenape perlu sayu syahdu syahdu ni kan?*

tapi tapi tapi, minggu lepas si kakak aku puan Shy-Shy dah bagi satu beg baju kurung die yang banyak tu. sebab die dah tak muat pakai sebab pregnant. tapi lepas try aritu kan, baju-baju tu sume pendek dibahagian lengan tangan dn sedikit besar. pendek kate, memang betul-betul baju pinjam. tapi takpe, nanti kalau rajin nak tetas la yang kt lengan tu. *entah bila nak rajin tu*

iii) diari menjadi PAokay, nak tau tak kite update blog ni kt mane? kat bilik PA Dekan! harini kene jadi PA Dekan. dah 2-3 hari da jadi PA die sebab PA die Mc. jadinya, inilah peluang nak praktik ilmu-ilmu PR tu kan. :")

sepanjang aku memangku tugas PA dekan ni kan, aku dapati yang kite perlulah ade communication skills yang bagus. Tak payah bagus sangat pun takpe, cukup sekadar pihak pemberi maklumat dan penerima maklumat tu jelas dan faham mesej yang nak disampaikan. Biar tanye banyak kali pun, asalkan tak salah buat kerja. Telinga kene pasang, tangan kene sentiasa pegang pen dan kertas, buat catitan , nanti takla lupe. Biasala dekan kan, banyak bende kene kejar, cakap pun lajuuu je sampai aku pun tsasul-sasul catat ape yang die cakap, lepas tu time nak bace balik note tu, mulalah tak paham ape yang aku tulis.

Lepas tu kene pandai arrange mase untuk die, bile masa nak pegi meeting, kene apply kenderaan untuk die, kene buat air untuk guest. Kene cekap pakai direktori telefon tu, kadang-kadang dekan nak cakap dengan VC la, dengan Dr. Noriah la. Peningla kan nak selak satu satu muke surat tu.

Okay, sekarang dekan pun da keluar. Aku pun bolelah keluar kan? Jadinya, jumpe la di next entry. Jangan harap sangat la untuk masa terdekat ni. Sekarang ni, balik keje je melepek. Makan,tengok Annisa dan tidur.

Notacinta: sebenarnye nak masuk hal Annisa sekali ni, tapi nanti la, nak google gambar ngn synopsis dulu la.

Chow Chin Cow!

Thursday, June 16, 2011

Hai Hai! Saya Government Servant sekarang..

hai! hai hai!

lame kan tak hapdet? yelahkan, kt kuantan takde tenet. so, paham paham jelah ye. :")
tapi sekarang, aku da bole ekses intenet! lebih seronoknya, aku hapdet blog ni kt ofis aku tu! yuhuhhhu!


sekarang, aku keje kt UiTM Shah Alam! SKP je kot, SKP tu stands for Skim Khidmat Pelajar. macam biasa, keje2 admin la keje aku kan..

tapi yang tak bape syioknye kan, aku sorang je yang dapat. padahal apply 4orang, tapi mungkin ni rezeki aku. serba salah pulak aku kt dorang. :(

dan sebab aku sorang je dapat, makanya, aku hanya duduk sorang-sorang kt umah sewa tu. tapi takpaa,

katanya ade orang yang ade kalau aku takut sorangsorang.

takpe takpe, kite bagi tempoh percubaan kt Encik H tu bole ke tak die datang bawak aku jalan jalan time bosan. kite tungguuuu... :")

yang janji die nak amik aku balik keje pun aku taknak cakap lebih lebih kt die. nanti aku pulak emosi lebih lebih kan.. tapi die pun keje, msti bz gak kan? tapi bukan aku yang janji.

ni lunch hour ni, aku malas nak kuar makan, on9 la jekap kan, tapi hati rasa hampaaa! banyak sides kene block! Facebook Youtube sume tak leh layan. tak bolehla aku nk mengular tengok Jambu kan?

tapi blogspot die tak block! bolehla aku wat entry tertangguh setiap hari! yeehaaa! :")

Friday, May 13, 2011

Dari I'm back terus kene mintak maaf.

okay, sori! seems like my typical words isn't?

tapi tolongla percaya, setiap yang aku cakap dalam blog ni jujur. kalau aku sibuk, aku cakap sibuk. kalau aku sakit, aku cakap aku sakit. even kalau aku marah, aku cakap marah. apatah lagi kalau aku gembira, seakan rase nak kongsi satu dunia kan?




aku da habis exam, ingat previous entry? aku kata aku gembira sebab exam dah tamat? aku pun da set dalam minda aku yang aku akan berusaha nak abiskan 30days challenge tu. nak update blog ni rajin rajin. tapi manusia kerdil seperti aku ni hanya mampu merancang, Tuhan Yang Maha Adil lagi Bijaksana telah rancang sesuatu untuk aku. sejak seminggu yang lalu.

ingat perihal sakit mata aku sejak dua tiga menjak ni? well, lepas 2 klinik aku rujuk berkenaan hal mata tu, still! mata aku sakit,. satu klinik di Kuantan dan satu lagi dekat Shah Alam ni ha. ubat da bergelen-gelen aku titiskan. ok,tipu tak sampai bergelen pun! exaggerate je lebih .
mungkin sebab sekarang cuaca panas. tu boleh jadi factor jugak. sape yang kawan kt ym akan tau la, sebab status aku tak bertukar sejak 3minggu yang lepas iaitu " half-baked".


itulah salah satu sebab aku tak update blog ni. mata aku tak mampu nak tahan lame lame depan laptop. tapi, dalam pada mase tu gak, aku berjaya gakla habiskan 19 episod Running Man. eh eh, aku tak duk melangut depan laptop sangatla, cume aku dok jaub sikit dari laptop. pastu gelak gelak tengok cite tu.


itu je kot yang mampu nak update sekarang. nanti lepas da recover, Insyaallah aku cite lagi pasal hal dating aritu.,,yuhuhhhu! hahahaa sementara tu, amikla unedited version punyer gambar, nak tunjuk mate sakit :(

this picture was taken during my last paper. tengokla muke tak semenggah amik exam. mata macam tak tido langsung. harap maaf semua



notacinta: mereka merka di chatbox, nanti aku balas balik kunjungan korang, tapi ade yang aku sempat follow balik, tapi bagi mereka yang aku tak sempat tu, sekali lagi Maaf sangat. eh eh, bajet macam artis kan aku ni?hee :")


Friday, May 6, 2011

.Kembali, I'm back. Back, Back! :")


Hai hai
rase nak senyum lebar lebar macam kerang busuuk bole?
nak senyum sebab exam da habes!
yeay!!

Tuesday, April 19, 2011

Hai Hai Hai Hai.... Bye Bye Bye

Hai peeps!Missing me? Still remember me?

Alaaaa... no? ah, tak kire! korang kene gak rindu rindu aku.. nak gak kasi ini
.
.
.
.
.
.
.
.





seronok woo b alik kampung, dapat berehat rehat. berjimba jimba, ber makan makan besaq. heven je rase!
takpe takpe, nanti aku update ape rutin harian kt rumah, pastu nak sambung wat 30days challenges pastu nak follow balik mereka yang follow aku, yang komeng komeng.. tapi lepas ni ye sayangs! :")

Tuesday, April 12, 2011

Eyemore adalah barang terpenting sekarang

Sejak hectic weeks haritu. mata aku adalah organ yang paling tak selesa, selain tulang belakang kerana aku duduk bersila dan kerap membongkok mneghadap laotop. tangan kanan adalah lenguh. adalah lebih tepat, pergelangan tangan yang mengawal mouse sebab buat kerja pakai Illustrator dan Photoshop. tapi mata adalah sangat sensitif. buat kerja 30minit, aku harus berhenti lalu lari lari ke bilik air sebab nak basahkan tuala kecil dan ditekapkan ke mata.dan terlelap. :p

sekarang, mata adalah membengkak dan ada lingkaran hitam bawah mata macam Hantu Kak Limah. sebelum ke kelas terakhir Translation semalam bajet nak pakai eyeliner supaya segala kesembapan mata adalah dicover adalah sia-sia. tibe-tibe mata berair-air.



sebelum presentation terakhir untuk semester ini, terpaksa juga pegi beli .Eyemore. tak tahan nak gosok mata. dah tak tahan nak pedih-pedih mata. lagipun kan, takkan la pulak nak tekap tuala kecil tu lalu berbaring di kelas kan? :")
Gambargajah: Aku beli Eyemore hijau, sebab Eyemore biru dah abis.
Doa untuk sembuhkan sakit mata.



lepas kelas terus bagitau abah, dan terus abah suruh berehat. dan ya! minggu ni aku akan berehat di kampung. yeehhaaa! lepas beberapa lama tak menjengah rumah, akhirnya dapat jugak balik minggu ni. Insyaallah.



kalau mata tak baik lagi Kamis pagi ni, takkan kene pakai sunglasses sepanjang perjalanan ke Kuantan tu? kalau naik kereta takpe, ni bas. nanti orang ingat aku diva pulak.


dah dah. tak boleh lama -lama depan laptop, nanti ye, aku follow balik smua orang yang follow tu. Sorrry. :(

Thursday, April 7, 2011

Siapa sangka semalam kite bersedih, harini kite kembali bergelak ketawa. :")



semalam, sebelum tidur, kawan kawan dan aku menangis mengenang nasib, tapi hari ni, hidup kami tak sesuram semalam.

pelik kan? tapi itulah hikmah yang Allah nak bagi. takkan setiap hari nak sedih je kan? kadang-kadang kenelah gelakgelak jugak.

macam aku, semalam aku rase down sangat sebab aku terasa lalu menangis kt kedai makan sebab terasa hati dengan kawan. kawan lelaki pulak tu.


tapi harini, kawan sekolah aku add kat fesbuk, ape lagi, bergosip la kami kan, dari bab hangat bercinta time sampailah time kantoi dengan warden. rindu semua tu weh.




semalam, aku da remove sorang kawan lelaki, harini kawan-kawan lama add balik. macam berbalik pulak kan?


Tapi kita ni siapa kan? kalau Allah nak bagi bahagia ke sedih ke kan? kite redha jelah. tapi hari ni aku happy. :")




Notacinta: lagi hepi sebab 3 presentation da selesai. Terima Kasih Allah :")

Wednesday, April 6, 2011

:")

peringatan..

JANGAN MENGATA BELAKANG. CAKAP DEPAN DEPAN. :")


Itukan lebih baik, jangan buat hati saya terluka ye awak-awak.

terima kasih

Saturday, March 26, 2011

Petang yang hening



petang yang hening ni, dengan kelajuan intenet curik, aku duduk depan laptop je sambil review blog orang, pathetic giler kot, aku stat bace dari stat die jadi blogger weh!



sedang,melayarin internet, rase macam nak makan roti telur pulak. roti yang dicelup kedalam telur,kemudiaanya digoreng ya anakanak. tapi apakan daya, takde sape nak buatkan. ni yang buat tacing lebih ni.. maakkkk!


sekali lagi entry berbaur status di Fesbuk. :")

Thursday, March 24, 2011

Currently di rumah angah..


hekhek, macam update status fb lak.hehee









lupela,dah xde fb ^.^

Wednesday, March 23, 2011

Anti-social

kalau korang lawat aku kat fesbuk, wall aku tak meriah macam wall orang lain..
yelah,memang dah jadi resam la kan, kalau kau rajin menegur orang lain kat wall dorang, dorang pun takkan la segan silu nak menepek sepatah dua kata kat wall tu kan? dari sini aku da dapat simpulkan yang aku memangla tak ramah kt fesbuk. memang pun! lagi-lagi pulak nak mengapprove segala ramai orang yang add aku kan? wa cakap lu, memang tak berbaloi kot
kalau korang nak stalk-stalk aku kat fesbuk.

okay,berbalik cite tadik, cite pasal ramah tamah di fesbuk. memang aku akui akulah makhluk kt alam ni yang memang sangat malas nak tulis kt wall orang, nak komen-komen status orang mahupun gambar-gambar orang. bukan anti-sosial ke hape, tapi ntahla, takde bende nak cakap, baik diam membisu je. tapi aku memang aktive fesbuking, aku online, tapi aku invi. ym pun sama, aku online je, tapi aku lebih selesa invi. bukan ramai peminat, tapi rase kadang
-kadang perlu diam je. tapi kadang-kadang, aku appeared online, aku komen gak orang, aku conteng gak wall kawan-kawan. tapi cume gitu-gitu jelah kan?

mesti dorang/korang kate aku ni sombong. aku tak kisah nak cakap ape kan? sebab korang bukan/belum kenal aku lagi. takpe,nanti kite buat sesi suai kenal eh. ;)
Jangan risau,aku tak makan korang. >.<


aku penah dengar Dato' Fazilah Kamsah cakap dalam talkshow die kt Oasis tu. dia kate, sape yang terlalu banyak memberi input dalam a
lam maya, kebiasaannya mereka tak boleh berkomunikasi dengan baik di alam realiti. tapi quatation ni bukanla sebijk-sebijik. aku pun da lupe,tapi aku ringkaskan maksudnya. Makanya, aku rase adalah tak salah la untuk aku kalau aku tak rajin nak hai hai kat wall orang kan?


okay,da banyak melalut. padahal aku gebang hebat kat blog,orang cakap ape lak kan? bukan, bukan aku anti sosial, tapi blog ni je yang aku boleh luahkan ape yang rase nak luah. lagipulak, bukan ramai tau link aku ni. tak penah pulak aku publish, tapi kt bahgian Info kt fesbuk tu, adele aku tinggalkan link. tapi sape lak yang berminat nak tau info aku kt fesbuk tu kan? aku kan sombong. (T___________T)

oh,ya, kalau rase nak carik info tu kt fesbuk, dorang da terlambat. aku dah pun deactivate fesbuk tuh. yeahahaaaa! (",) . beru beberapa menet sebelum aku ketuk cite ni ha.


beberapa minit lepas deactivate, aku try carik diri sendirik



cuma aku nak cakap yang aku ni bukan la anti-sosial, cume aku malas nak up kan name aku kt news feed tuh. bukan jugak aku kate mereka yang selalu update,komen n conteng wall oraang tu nak glemer. cuma kite kan ade pandangan masing-masing berhubung sesuatu issue kan?
oh ya notakaki: luka itu jadi dengan perasaan terasa tau! :")

Wednesday, March 16, 2011

kenape aku?

okay,assalamualaikum

bile review balik kan? baru perasan yang aku selalu gune kata ganti diri name sebagai aku instead of saya,kite atau I. tak tau kenape?adakah memang personaliti aku yang brutal? haiseeemmmaann. ni yanag tak best ni.. bile tengok prang lain sopan je gune 'saya'. rase cam nak tiru je. tapi bile pikir2 balikkan...macam hipokrit plak..

bukan nak harapkan orang akan pkir baik pasal diri kita, tapi macam tak kene je dengan jiwa..cewaaah! takpelah, rasenye sekarang orang da open-minded kan? sape yang kenal..kenal la kan? sape yang baru nak kenal?mesti rejek aku kan?hee

takpelahkan, nak buat camane? dah memang brutal. tetibe ayu lak kang pengsan semua orang. ;)


Notacintacinta: nampak macam brutal, sekali face to face, nak angkat muke pun malu.hahah.dalam hati ade taman la katekan....*wink-wink*


Friday, March 4, 2011

sadis.sadis.sedih dan sedih

perasan tak? semua post aku kebelakangan ni dull je? takde gambar mahupun font kaler2?

ni semua gara-gara nak tukar email kt blogspot ni. aku pun tak tau camne nak setting balik ni..

pening-pening-pening aku.

okay,aku try pakai font besar ek?kalau memang still tak besar, memang ade masalah dalaman la tu

****UPDATED SEMINIT SELEPAS VIEW BALIK POST NI: memang ade masalah ni,padahal post ni aku gune font paling giler besar kot******

Thursday, March 3, 2011

pms memang begini gamaknye

hai,,assalamualaikum ;')~

hari ni nak cite tentang bende perempuan je rase tau!laki-laki tak kan penah rase, so tak payahla rase-rase nak rase camne perasaannye bile penyakit ni datang

tapi, kadang-kadang, bende ni boleh buat alasan untuk tidak pegi ke kelas! weehhhheeee~! ;')

aku pun tak paham,ape kene mengene pms dengan dengan ketidak-stabilan mood ni..asyik swing-swing je.. kadang-kadang rase nak bako je! bako! tapi..bako ape ?? uishklk..ha, pms la ni,,cakap sorang-sorang.

rase tak sedap badan tu memang kemestian. tiap-tiap bulan je kalau da agak-agak tua tu memang da tanda-tanda la tu.
lagi satu, nafsu serakah nak melantak tu memang membuak-buak. entahlah ,macamane nak kawal. semua bende rase nk makan dengan lahapnye..

lagi kan, asyik rase nak mengamok je. siki-sikit nak melenting,sikit-sikit nak tacing. alahaiii, kadang-kadang ianya bukanla bermaksud sedemikian tau! die tibe2 je rase nak marah-marah. ade pulak tu, rase cam malas nak amik pot atau lebih tepat lagi, malas nak bercakap atau berkomunikasi ataupun nak borak. lebih baik tengok Kak Limah tau! heee

lagi ape ek? korang pun same ke? normal la tu kan? hee
ok, tu jelah, banyak lagi ni, tpi semuanye yg teruk -teruk weh.

Notakaki: Ehemmm, banyak kelebihan Allah bagi kt perempuan ni kan?

Friday, February 11, 2011

august baby!cekitdaut!



nampak link ni,terus tekan sebab gatal nak tau apekah related nyer bulan kite lahir dengan diri kita. adakah semakin lambat kite lahir(ogos) semakin comel kite ni. <-- adalah ayat hipotesis untuk wat report esperimen sains satu ketika dulu ya anak-anak! :')

okay,mari kita perhatikan satu persatu...oohhohh..nebes ni.nebes!
  1. suka berlawak : suke sangat.aku suke gelak,tapi kawan2 aku cakap aku gelak macam antena,xde suare,tapi kepale bergoyang-goyang
  2. mudah tertawan padanya : aku suke orang tu, bila aku suke.ayat tu mmg korang tak paham,tapi satu hari nanti akan paham
  3. sopan santun dan mengambil berat hal orang lain : statement ni kene tanye orang lain yang ade di sekeliling aku. tak tau cane nk measure diri sendiri
  4. berani dan tidak tahu takut : aku berani, tapi lemah semangat. paham tak?hee.
  5. orangnya agak tegas dan bersiikap kepimpinan : hoho, kawan-kawan aku cakap aku garang. adik-adik aku apetah lagi.. /span>
  6. pandai menujuk orang lain : tak tau[?]
  7. dahagakan pujian : same ke macam dahaga bile kite lepas maraton 10km? takkan?
  8. nilai harga diri yang sangat tinggi : ohoho,yes!
  9. semangat juang yang luar biasa : camne tu ek? berjuang mase main ke belajar?ekekeke
  10. cepat marah dan cepat mengamuk: ohohho! sememangnya!
  11. mudah marah adabila cakapnya dilawan : nak kene pelempang?
  12. sangat cemburu: hurm, cemburu tanda sayangkan? *tapi sayang, ko salah sangka*
  13. daya pemerhatian yang sangat teliti dan tajam : mungkin!
  14. cepat berfikir: kadang-kadang otak lemau
  15. fikiran yang berdikari : sebab da duduk hostel n rumah sewa, aku tahu camne nk berdikari kot!
  16. suka memimpin dan dipimpin: ohoo,sort-of!
  17. sifat suka berangan: ohoh,ni semua baru dapat detect awal taun ni,gara-gara aku bermimpi yang aku bakal bertunang Jun taun ni.. weeee! [?]
  18. berbakat dalam seni halus, silat dan hiburan : SALAH!
  19. sangat sensitif tapi tidak mudah dipujuk: woi, nampak je aku ni kental,garang.tapi dalam hati berkaca-kaca tau!
  20. cepat sembuh apabila sakit : BETOL! arini ko nampak aku melepek depan tv sambil terbatuk-batuk dan berselimut, esok tengahari ko akan nmpak aku pegi Giant beli-barang dapur tau!
  21. belajar untuk bertenang : die suruh aku bertenang ke die mmg cakap aku ni orang yang tenanag?
  22. sikap kelam-kabut : OH YES!
  23. romantik,pengasih dan penyayang : ohoho,dah lupe rasenye camne semua ni..sadiskan?
  24. suka mencari kawan : not-really good at first, yet, aku memang sombong, tp once ko da kenal aku, korang akan cakap aku ni sengal-sengal ubi

okay, pada aku bagus gak sekali-sekala kite wat checklist ni, sebabnye kite bole tahu sejauh mane diri kita dan macamna orang luar pandang kite. bukannye kite perfect sangatkan?

lagipun kalau yang baik kite amik dan kekalkan dan kalau yang perlu dibaiki tu, tak salah kalau kite amik langkah untuk ubah bende tu. tak semua benda yang Dr. Fazilah Kamsah ni cakap 100% betul, die cuma bagi guide je kat kite kan? Nasib baik die wat bende ni. takdelah kite lost je kan selama arini..


perasan tak, text kaler merah-merah tu? tu semua represent diri aku, aku mengaku, aku bukannya perfect. lagi pulak, aku perlukan kamu untuk perfect-kan aku.


Notakaki: macam ahli falsafah aku dalam entry ni kan?hee :")