Showing posts with label It just my thought. Show all posts
Showing posts with label It just my thought. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Ouh, tertinggal flight rupenya :)

eh? da hari ke-20 tahun 2012? cepatnya masa terbang. dan aku? masih lagi tak wish Selamat Tahun Baru 2012! *bunga api pancut-pancut* yeaaay!


skrg bz la,okay tak, tak bizi mane pun, cuma takde idea nak tulis. Tapi sebelum tu, aku harap, 2012 ni akan bawa rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik untuk aku dan family, kawan-kawan dan semua yang dekat dengan aku. semua, awak yang baca ni pun termasuk tau. :)

tahun baru ni, aku ade 8 azam baru, semua aku tulis dalam diari dan planner. Tahun ni jugak baru ade diary and planner. Moga hidup lebih tersusun dan teratue hendaknya. Harap-harap, by end of this year, bolehla capai semua azam-azam tu. Antara azam aku yang boleh kongsi kat sini, aku nak khatam al-Quran. dulu time sekolah, adelah khatam, mase ramadhan pun ade khatam, tapi tu tahun-tahun lepas, tahun ni aku nak khatam awal sikit. Sekarang baru juzuk 9, insyaallah sempatla khatam ye, cik Nadia oi! 


okay, habis pasal azam. out of 8, 1 je kot boleh bgtau orang. ;p

pada aku, 2011 banyak ajar erti kematangan. eh, dari 2007 lagi da matang kot! 2011 lepas buat aku jadi tersedar banyak benda.

awal 2011- aku dapat 2 bende besar dalah hidup aku. Laptop dengan Nikon D3100. Alhamdulillah, abah bagi, untuk senangkan kerja aku.

2011 ni banyak jugak uji kesabaran, sebab aku rasa dikhianati/ditipu dengan kawan baik sendiri, malas nak cita lebih. tapi sampai skarang, kalau ingat hari aku kene tipu hidup-hidup tu, aku bole menangis.  Bila orang yang kita rasa kenal kita, buat kita terkilan, sedih jugak rasenya kan? Tapi bende da lepas, aku harap kau faham kenapa aku react macam tu. Tapi, kalau still tak dapat tangkap ape yang aku cuba cakap, ternyata, kau tak kenal aku, aku tak kenal engkau. 

2011 dah buat badan aku naik macam belon. eh, takla belon sangat, tapi berat tu mencanak pulak dia naik kan. Bahagia mungkin? Tak, ni semua faktor stress. Bila stress makan, bila makan, stress.

2011 menunjukkan perubahan positif untuk kulit muka aku. Before this, aku takde masalah besar  bab kulit muka, cuma rasa macam kulit tu kusam sikit. Tapi lepas aku pakai trial pack Safi Balqis Perfect 10, alhamdulillah, nmpak perubahan positif tu. Bila aku tengok gambar lame, baru nmpak perubahan tu Terus aku beli lagi. Berbaloi-baloi :). Lepas ni aku harap bole jadi spokeperson Safi Balqis Perfect10.


2011 jugak, aku pergi konsert. Taubat aku tanak pegi konsert lagi. Bila semua orang terkinja-kinja, panggil-panggil nama artis tu, aku rasa macam kenape kita perlu macam tu? Agung-agungkan benda-benda lagha. Eh, jangan kata aku jadi pemerhati je kt konsert tu, aku pun dok terkinja-kinja, menjerit-jerit tu tau tak. Sebab aku buat macam tulah, aku serik. Insyaallah, no more concert after this. Mase aku bersorak-sorak tu jugak, aku terpikir, kalaulah dunia ni runtuh, dunia ni terbelah dua time tu, kat mana aku nak berpaut?Takkan aku nak mati dalam keadaan macam tu? Sebab tu, makin lame, makin slow rentak aku malam tu. Astagfirullah.

rasanya nilah sebahagian memori untuk 2011. Aku harap, 2012 mungkin aku boleh perbaiki mane yang perlu, buang mana yang tak perlu. Kalau ade nak tambah, bgtau ye. Aku tak ingat semua benda. Lagipun, kadan-kadang aku tak nampak apa yang orang lain nampak.



So, 2012! be nice to me okay. Insyaallah! :)

Little Angel, nadyNadnad

Sunday, December 25, 2011

All went well.. Alhamdulillah :)

entry berbaur kata-kata legaaa.... kalau agak-agak rasa annoying, keluar dari sini!


Alhamudulillah, minggu yang penuh onak dan ranjau serta terkejar-kejar telah berakhir! Yeayyyyy! *senyum sampai telinga, kalau orang nampak aku senyum smpai telinga ni, comfom pengsan*


rasa lega sangat, tak terkata dengan kata-kata, hanya dapat dibalas dengan tidur sepanjang hari semalam untuk membalas dendam. ini sangat tak bagus untuk mereka yang nak amik SPM taun depan. eh?kaitan??




nak tau ape yang aku bz sangat tu? wowowww.. lepas ni janganla cakap, eleh, tu je yang ko bz beno? xdelah macam PM tu haa...


*sambil bukak balik organizer*


  1. ASSIGNMENT MAJOR AND SUBMISSION 1/12/11
  2. CTU TEST 5/12/11
  3. BEL FORMAL MEETING 6/12/11
  4. GERMAN ORAL TEST 7/12/11
  5. PRESENTATION: PERKAHWINAN 8/12/11
  6. COMMUPDATE: INC 9/12/11
  7. FINAL TEST:WRITING FOR PR
  8. CTU PRESENTATION 19/12/11
  9. INC GROUP PRESENTATION&SUBMISSION 19/12/11
  10. KOKO:HAFAZAN DOA-DOA
  11. GERMAN(CD PROJECT) 21/11/11
  12. GRAND ANNUAL DINNER FOR IPRMSA 23/12/11

aku pun tak sangka ianya ada 12 perkara weh!cayalah! tapi nilah hakikatnya, lepas cuti raya haji aku memang sebok bebenor, sampai tak balik kuantan langsung menjenguk mak abah, alih-alih dorang jugak datang sini. tapi bukanla semata-mata tengok aku. gila ko dorang nak datang semata-mata sebab aku? 

time bz ni, sistem badan selalu mengecewakan aku. aku jatuh sakit haritu. ayat jatuh sakit tu macam over, sebenarnya takla jatuh, aku demam selesema je. dah asyik bersin bersin je. dah kalau kite bz, tambah pulak dengan tak sihat, emosi memang terganggu la kan. selalu aku menangis time mandi, aku pun tak paham kenapa aku perlu syahdu time mandi.haha. tak pulak syahdu syahdan time nak tidur kan? sebab, aku jenis lepas letak kepale kat bantal je, aku terus hilang, kadang-kadan tak sempat baca doa tidur pun. Astagfirullah, maafkan aku, ya Allah. 


makan pulak tak menentu waktunya, sesekali aku gastrik. lagilah makcik nak hangin kan! dah dapat makan, sakit perut pulak. takpe, lepas da kene beberapa kali, aku da tau trick die, kalau agak-agak perut da pedih-pedih tu, jangan terus terkam nasi, minum dulu air suam, panas menggelegak lagi okay kot. lepas tu baru makan pelahan-pelahan. jangan ikut macam aku, aku makan laju, comfom tak cukup 44 kali kunyah. 


bila makan tak menentu, badan pun sedikit susut, haha, ni bab kelakar, aku turun 2kilo tu.. sikit lagi nak jadi ke berat ideal. haha. 

semester ni, kelas aku kene handle Dinner. jadinya kene colaborate dengna group satu lagi. tapi buang masa aku nak masukkan nama dorang dalam blog aku sebab dorang selamba badak tak tolong ape pun, aku cop dorang sebagai pemalas. jadi 3C, jangan nak memandai cakap event ni korang organize bersama kitorg ye. okay, kang tak adil pulak, kire ade beberapa orang je yang banyak membantu. thanks terry, nini, azri n dhia. tu je yang aku nmpk n a few yang muncul on that day. 

aku jadi treasurer, jadinya segala duit aku pegang, bukan pegang, amanah orang kene jaga elok-elok. aku jugak kene ikut Ketua projek pegi bayar semua. alhamdulillah, duit okay setakat ni. cuma ade la sikit-sikit resit belum clear.



Kelas kau Nadia, MC pun tak pakai 2 baju. Cincin tanak kalah kau kan!
Tulang belakang

kalau nak cerita pasal dinner ni, banyak kisahnya. tapi aku simpan untuk siri sendiri. masa nilah baru kita tau sape bole buat keje,sape duduk melenggang. sape yang pandai mengarah, sapa yang buat keje betul-betul. boleh dikatakan MC222S3A bole buat keje dengan hensem cuma adelah yang ishk! malas nak cakap. Alhamdulillah, dapat classmates yang macam ni. Penghargaan patut diberi kt decoration and f&b team. tanpa mereka, tak menjadi dinner ni. 




Tudung macam hape. Grrr!

Organizer je ade miniature ni.Jadi,jangan jeles!

notakaki: lepas ni aku tanak pakai tudung si tajima ni. lari lari je, dahla aku sibuk malam tu, terus tak jadi tajima, jadi tajam je. lagi satu, aku je sorang yang pakai 2 baju, petang aku pakai dress turqoiuse, malam aku pakai jubah hitam. lagi satu, aku takde banyak gambar, sebab aku tak glamor. kalau perasan boleh dikatakan semua gambar ka pegan walkie-talkie. 


Puan Noraini cakap, Good Job, Well Done!
Jadi, disini, aku nak ucapkan Tahniah kepada smua yang telah menjayakan dinner ini, ramai yang bagi positve feedback, Alhamdulillah. kepada sekecil-kecil peranan, hingga sebesar-besar position, besar jasanya kat dinner ni. Jadi, smua harus ingat, ini semua hasil kerja kita, bukan kerja engkau seorang atau kerja beberapa orang.

Saturday, December 3, 2011

"Saya dipaksa oleh ibu saya, Ferry"

Minggu ni tak tau kenape asyik bercakap soal agama.
Tadi, lepas balik Seminar Kekeluargaan Islam, tidur sekejap, bangun online. Bukak Facebook, tengok ramai yang share link dibawah. Aku amik masa 










Tuesday, November 29, 2011

Ustazah Pilihan :)

sekarang, 12.53pagi. aku kat rumah kakak kt Putrajaya. buat assgmnent. carik carik bahan untuk term paper yang pening tu. sambil sambil tu, aku tengok tv. Astro namenya banyak chanel, semua cite hamppeh. 


tibe tibe, aku bukak Astro Oasis 106. cite Ustazah Pilihan. mule mule aku buat bodoh je, sekadar bukak tv sebab nak ade peneman. nak jugak dengar dengar bunyik tv. tapi! bile dorang mula berbincang..


banyak betul ayat-ayat Quran yang dorang guna
banyak betul dorang puji memuji Allah, : MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah tu da jadi macam kebiasaan untuk diorang. 
banyak betul kata-kata positif dari dorang ni
dan banyak jugak hadis dan kisah kisah nabi dorang ceritakan sebagai contoh


dan kesemuanya fasih berbahasa Arab. aku tibe tibe jadi "Wah!, hebat dorang ni"
mula la aku browse internet carik info info sikit, baru dapat tau, ramai antara peserta ni berkelulusan dari Arab, ade yang dah berkahwin, bertunang. Ada jugak yang still study lagi. dan rmai antara dorang ni ustazah dan pensyarah.










tiba tiba aku rasa bangga, ade jugak cite macam ni kan? stil lagi ada orang yang mengangkat kedudukan wanita dalam bab bab agama ni. stil lagi orang pentingkan agama dari hiburan. tak macam pihak lain, asyik buat reality show nak cari penyanyi je, nak carik pelawak je. ade jugak tu yang carik talent dari budak budak sekolah. 


cuba buat program mengaji ke, bape orang beremosi menangis meraung raung kalau tak dapat pegi final? 


mungkin akhir zaman dah kot, sebab ada hadis mengatakan; sampai masanya nanti, manusia akan mengagung-agungkan hiburan yang melalaikan dari majlis majlis ilmu. Wallahualam


aku cakap, untuk diri sendiri jugak. aku pun takboleh nak lalai sangatla kan. same jugak dengan korang korang yang bace ni semua. ;p




Oh ye, tadi aku dapat tau yang Ustazah Pilihan dah nak final, dorang buat kt SACC Mall, 1Disember nanti. dah dekat sangat la tu dengan aku. Kalau ade rezeki, nak jugak tengok. tapi tengok dulu camne. Lagi satu, Ustazah Firuz tu calon ustazah pilihan aku, tak tau kenape, aku berminat dengan dia.die tenang kot. tapi yang lain lain pun okay. 


atleast, ni first reality show yang aku akan vote untuk diteruskan tahun tahun  depan. aku selalu kutuk kutuk reality show yang lain sebab, dorang macam nak makan duit kita je. tapi tak untuk ustazah pilihan ni. 






notacinta: kadang kadang perlu kite dengar ceramah ceramah kat tv tu, sebab kalau da jadi student u ni, nak pegi surau memang susah sangat. Kalau da rajin surf youtube tu, rajin rajinla jugak search ustaz azhar idrus ke ustaz kazim k?. Sekali lagi, ni untuk aku. dan untuk kamu jugak. :)

Sunday, November 20, 2011

201111~20122012

today is 20-11-2011

but

instead of that i'll choose 20-12-2012 (20.12.2007)






nice huh? 

dalam setahun mcam macam boleh jadi kan?
perhaps! :)

Wednesday, September 14, 2011

dari aku, untuk kamu. ye!kamu!

Kadang kala bila kita jatuh tersungkur

Baru kita fikir dosa dosa lama.

Bila kita sakit

Baru kita ingat tuhan

Baru ingat nak buat baik kat orang sekeliling

Tapi bila Allah bagi kita senang

Kita selalu lupa yang Dia jugaklah yang bagi nikmat senang kat kita

Bila dah kene musibah baru fikir ini ujian dalam hiduo ni

Selam kite senang ni, kita lupa, DIA lah yang bagi kite ujian tu dalam bentuk senang

Bila senang, tikar sejadah telekung entah kemana

Azan Magbrib memanggil, tapi kita buat buat tak dengar

Apatah lagi Subuh

Itupun kalau sedar, masa sakit baru kenal Tuhan

Kalau berdendam dengan Tuhan? Ada kite nak ingat DIA

Lagi nak maki DIA adalah, kata hidup tak adil

Mula fikir bukan bukan, padahal kita tak tahu DIA lagi nak tolong kita adalah

Itulah pentingnya akal dan pendidikan pada masa ini

Jangan dangkal sangat pemikiran tu

Janganla pulak kita bandingkan kita dengan orang keliling

Nasib orang tak sama bai

Dia senang cara macam ni

Kita pulak kurang kat situ

Manelah kita nak tahu ape TUHAN nak tunjuk kan?

Pokok kata, sabar itu akar nye

Besar ganjarannya bersaabr tu, aku pun tak tahu apa yang kita dapat dengan sabar

Tapi dalam Quran cakap macam tu, kita kene percayalah

Jangan buat dalil sendiri

Aku pun bukan master holder bab agama ni

Tapi asasnya ada

Aku cakap bukan kosong

Aku tulis bedasarkan pengalaman

Cerita orang sekeliling

Semua orang ada bahagian dorang tersendiri

Mungkin aku kurang baik nasib dalam bab hubungan percintaan berbancing kawan-kawan aku

Tapi aku bernasib baik dalam hal pelajaran

Aku tak culas nak belajar, walaupun keputusan peperiksaan aku bukan 4flat

Tapi aku bersyukur aku maih berkeninginan nak belajar

Walau apepun, masing masing ada dugaan masing masing

Nak tahu orang tu matang ke tak

Kita tengok macamana dorang handle masalah dorang


Copyright NadyNadNad® 2Jun11.

Wednesday, March 23, 2011

Anti-social

kalau korang lawat aku kat fesbuk, wall aku tak meriah macam wall orang lain..
yelah,memang dah jadi resam la kan, kalau kau rajin menegur orang lain kat wall dorang, dorang pun takkan la segan silu nak menepek sepatah dua kata kat wall tu kan? dari sini aku da dapat simpulkan yang aku memangla tak ramah kt fesbuk. memang pun! lagi-lagi pulak nak mengapprove segala ramai orang yang add aku kan? wa cakap lu, memang tak berbaloi kot
kalau korang nak stalk-stalk aku kat fesbuk.

okay,berbalik cite tadik, cite pasal ramah tamah di fesbuk. memang aku akui akulah makhluk kt alam ni yang memang sangat malas nak tulis kt wall orang, nak komen-komen status orang mahupun gambar-gambar orang. bukan anti-sosial ke hape, tapi ntahla, takde bende nak cakap, baik diam membisu je. tapi aku memang aktive fesbuking, aku online, tapi aku invi. ym pun sama, aku online je, tapi aku lebih selesa invi. bukan ramai peminat, tapi rase kadang
-kadang perlu diam je. tapi kadang-kadang, aku appeared online, aku komen gak orang, aku conteng gak wall kawan-kawan. tapi cume gitu-gitu jelah kan?

mesti dorang/korang kate aku ni sombong. aku tak kisah nak cakap ape kan? sebab korang bukan/belum kenal aku lagi. takpe,nanti kite buat sesi suai kenal eh. ;)
Jangan risau,aku tak makan korang. >.<


aku penah dengar Dato' Fazilah Kamsah cakap dalam talkshow die kt Oasis tu. dia kate, sape yang terlalu banyak memberi input dalam a
lam maya, kebiasaannya mereka tak boleh berkomunikasi dengan baik di alam realiti. tapi quatation ni bukanla sebijk-sebijik. aku pun da lupe,tapi aku ringkaskan maksudnya. Makanya, aku rase adalah tak salah la untuk aku kalau aku tak rajin nak hai hai kat wall orang kan?


okay,da banyak melalut. padahal aku gebang hebat kat blog,orang cakap ape lak kan? bukan, bukan aku anti sosial, tapi blog ni je yang aku boleh luahkan ape yang rase nak luah. lagipulak, bukan ramai tau link aku ni. tak penah pulak aku publish, tapi kt bahgian Info kt fesbuk tu, adele aku tinggalkan link. tapi sape lak yang berminat nak tau info aku kt fesbuk tu kan? aku kan sombong. (T___________T)

oh,ya, kalau rase nak carik info tu kt fesbuk, dorang da terlambat. aku dah pun deactivate fesbuk tuh. yeahahaaaa! (",) . beru beberapa menet sebelum aku ketuk cite ni ha.


beberapa minit lepas deactivate, aku try carik diri sendirik



cuma aku nak cakap yang aku ni bukan la anti-sosial, cume aku malas nak up kan name aku kt news feed tuh. bukan jugak aku kate mereka yang selalu update,komen n conteng wall oraang tu nak glemer. cuma kite kan ade pandangan masing-masing berhubung sesuatu issue kan?
oh ya notakaki: luka itu jadi dengan perasaan terasa tau! :")

Thursday, March 17, 2011

tak gemar betul camni

assalamualaikum'


kadang-kadang tak paham kenape aku ni hati batu
kati keras, takde perasaan
aku pun tak paham.


cuma kadang-kadang aku rase perlu masa untuk sendiri
bukan nak mengelak
tapi lebih baik diam bila rase tak perlu nak cakap kan?
salah cakap rosak semua.

tapi diam membisu pun bukan jalan penyelesaiannya kan[?]
entahla, kelakarkan?
mood pms da lepas. entah ape setan yang datang merasuk sejak dua menjak ni
haihhh.aku tak gemar betul bila jadi camni

btw, keep smiling oke! ;)

Wednesday, March 16, 2011

kenape aku?

okay,assalamualaikum

bile review balik kan? baru perasan yang aku selalu gune kata ganti diri name sebagai aku instead of saya,kite atau I. tak tau kenape?adakah memang personaliti aku yang brutal? haiseeemmmaann. ni yanag tak best ni.. bile tengok prang lain sopan je gune 'saya'. rase cam nak tiru je. tapi bile pikir2 balikkan...macam hipokrit plak..

bukan nak harapkan orang akan pkir baik pasal diri kita, tapi macam tak kene je dengan jiwa..cewaaah! takpelah, rasenye sekarang orang da open-minded kan? sape yang kenal..kenal la kan? sape yang baru nak kenal?mesti rejek aku kan?hee

takpelahkan, nak buat camane? dah memang brutal. tetibe ayu lak kang pengsan semua orang. ;)


Notacintacinta: nampak macam brutal, sekali face to face, nak angkat muke pun malu.hahah.dalam hati ade taman la katekan....*wink-wink*


Sunday, March 13, 2011

kalau tak tulis entry ni, aku akan sakit hati tau

okay, mintak maafla ye, tajuk tu macam scary je kan? tapi seyesli, kali ni aku betul betul bengang.
ni semua angkara fasbuk tau..
malam jumaat lepas, lepas sampai umah angah aku, aku online. tetibe dapat fren request..bukak cam bese, sekali tengok! homaigooood! bekas madu aku add aku!? bole tak [?]

aku hangin satu badan tahu! bukan sebab aku marah atau upset pasal cite lame, tapi..... aku memang takde hati la kan nak carik ko kan, ko pun takyahla sebok mencarik aku kt fesbuk tu. gigih btol engko kan? berape ramai Nadia Zulkifli kt fesbuk tu ko kene filter? haiyaa..ko da robek hati aku tau! *tetibe*

okay, memang dulu aku amik die dari ko, tapi time tu memang da comfom korang memang takdepape. so?okay,aku malas nak ingat cite lame, janganla ko sengaja nak membuat onar ye! jangan carik aku. even aku tak klik langung kat profile ko tu, besides, aku fikir lebih baik kite buatbuat tak kenal je kan? aku tak sakit hati, ko pun dah tentu taknak tau life aku yang bosan tu. pecayelah, fesbuk aku boring weh. tak worth it pun ko nak stalk aku,


aku cube positifkan niat ko add aku tu eh, mungkin ko nak mengeratkan silaturrahim kan? manelah tahukan? memang kekadang aku ni emosi sikit. siapa tahu niat ko kan? aku tulis ni sebab aku rase nak tulis. lagipun aku memang ade hak nak tekan 'Not Now' tu.

nak tau tak kenape aku taknak aprove ko? sebab aku takut aku tau bende yang aku taknak tahu.seyesli,aku rase aku kene jage hati aku yang rapuh ni dengan baik. nanti aku sedih.aku nangis. wuuuuuuuuwuwuw! ;(