Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

201111~20122012

today is 20-11-2011

but

instead of that i'll choose 20-12-2012 (20.12.2007)






nice huh? 

dalam setahun mcam macam boleh jadi kan?
perhaps! :)

Friday, October 7, 2011

Aku sedar aku tak boleh kontrol hidu kau
Aku mintak maaf kalau selama ni kami terlalu 'menjaga 'kau

Maaf buat kau rasa lemas
Maaf kalau kau rasa terbeban
Maaf sebab 'terover' masuk campur urusan kau

Semua sebab sayang
Tapi kau tak rasa mcam tu

Hidup ada pilihan
Tapi aku tau kau tetap pilih ape yang ditentang
Jadinya, pergilah kau
Jangan carik aku time susah
Sebab aku da rasa awkward pelik dan janggal
Lepas kau buat aku rasa manusia paling bodoh

Memang ikutkan hati aku nak pelempang je muke jantan tak guna tu
Tapi apalah daya
Kalau tuan punya badan rela diperlakukan sebegitu rupa

Sudahla, kami da penat
Enjoy ur life on ur own way
Jangan harapla kami nak bertanya itu dan ini lagi
Sebab kami memang tak berharga pada kau


Cakap banyak pun tak jalan
Tak cakap langung macam tak sampai hati

Tapi sampai sekarang hati aku masih lagi rasa sedih
Tak tau la pulak engkau kan?




Copyright protected NadyNadNad ®

Monday, October 3, 2011

sistem badan yang selalu merungsingkan.


okay, sekarang masih dikira awal awal pagi. jadinya aku nak ckap. Halo! Guten tag! Jangan main main, sekarang aku ade clas German tau. setakat nak mengumpat tu aku paham la dol! hee..

eh,tak! jangan nak pecaye sangatla kan? Clas baru nak masuk 3 kali. ade hati nak paham orang cakap, padahal minggu lepas lecturer baru ajar camne nak bace ABC dengan kira 1 sampai 1000 dalam bahasa German.


okay okay, berbalik kepada tajuk aku tu ha. kat blog ni la rase nak meluahkan perasaan kan? takla cam orang lain, asyik nak update kt fb je.. eh tetibe emo?

kalau nak dikira, sesape yang lahir bulan Ogos selalunya akan senang mendapat penyakit, dan cepat sembuh. aku selalu mengakui fakta tu sebab sememangnya aku memang cepat dapat sesema bila pegi tempat baru, aku senang kene demam kalau redah hujan, aku senang sakit kepale kalau tidur tak cukup dan.... aku jugak senang baik, makan ubat plus tdo. pasti lepas tu akulah orang paling aktif didunia.

tapi, buat sekian kalinya, aku mula merasakan perubahan pada bdan aku ni. Sejak raya lepas, aku tak sihat; deman on off, batuk dan selsema jangan dikira, abis semua towel kecik aku tu aku rotate. semalam kaler pink, arini kaler biru. esok oren dan kuning.
Bak kate, towel kecik tu ibarat wallet. mane mane wajib bawak. Aku tak pecaye kalau guna tisu. sebab tu ari ari gigih basuh towel kecik tu tau pakai tangan.

persoalannya bukan nak cite pasal towel sekarang ni. nak cite pasal penyakit aku ni ha.

entah kenape lepas raye tu astik tak sihat je. siap kene tahan tahan wad lagi. Bukan aku tak makan ubat, masalahnya kali ni aku memang maka ubat sampai abis. tak jugak elok. Bukan klinik je aku pegi, hospital UiTM yg free tu pun aku pegi. Tak pecaye dengan ubat-ubatan, aku beli bagi Vitamin C yang katenye bole kasi anti-bodi yang kuat, sekaligus dapat mengurangkan selsema tu pun aku da makan, tapi tak jadi ape.

cuace kt Shah Alam ni kot yang tak bape sihat, housemate aku pun same kes ngn aku. Encik H pun dah bape kali demam, katenye berjangkit dari aku. Agak agakla bro, bukanla U selalu sangat keluar dengan I pun kan? *mati aku kalau die tau aku panggil die bro*


bukanla aku tak suka bila tak sihat ni, tapi bile dalam kelas asyik aku je yang terbersin bersin payah jugak nak focus. bila da terbatuk batuk, orang lain pun rase terganggu.pastu bila rasa tak sihat sangat, otomatik Naz mesti nk bwak pegi klinik. dah menyusahkan orang tu. pastu bila orang kol, suare astik sengau sengau je. mesti dorang kate, suare aku memang sengau! kan dah tak comel tu.. *wink wink*


memangla sakit tu tanda-tanda Allah sayang kat kita, nak hapus dosa-dosa kita, aku paham tu. Tapi aku risau kot kot ade penyakit lain ke kan, dah sebulan lebih dah ni tak sihat. Bukan mintak bukan bukan, tapi risau. Ianya bukan perkara yang menggembirakan bilamana time ko bangun tidur hidung ko berdarah ye.

*Gambar tiada motif dan takde kene mengena dengan entry*

lepas clas PR. teruja sebab kaler hitam bergabung dengan purple. Aku tak letak watermark ni, janganla curik gambar ni ek.


tapi keadaan mungkin okay kalau U bawak I tengok wayang la. Lagipun I tak sabar nak tengok baju yang U beli utk I tu. :")

Tuesday, September 27, 2011

Aku amik berkat dari korangla eh.

orang kata, nak naik pelamin cepat, jangan jadi pengapit. Nanti penganti amik seri kita. Aku pun tak pasti kenapa orang tua keep cakap benda yang sama. *sigh*

tapi bagi aku, tu semua cakap cakap orang tua je yang aku tak pasti ape asas yang mereka pegang.Ape yang lebih pasti Allah knows everything. He planned dengan cukup sempurna. Cukup segala.

Aku ade 6 orang kawan.Kalau dicampur aku, semuanya jadi tujuh(7). Kami satu sekolah. Satu geng. Satu kepala. Satu kadet yang sama. Tu time sekolah, percaye atau tidak? Kesemua 6 kawan aku dah berkahwin dan bakal berkahwin. Kalau tak percaya, silalah percaya. Dan kenyataan yang paling pasti sekali, aku adalah orang paling akhir sekali akan berkahwin. *kesian kan?*

-dari kiri: Umi Khalsom, Fairus,Nora'zain,Nadia, Afiqah Farhana, Nur Syifa dan Wan Amalina. On Fiqa's wedding on 2009.-

Tapi takpe, aku bukan sesiapa yang boleh pertikaikan semua tu. Kalau diulas lebih lanjut, lagi orang akan rasa kesian kat aku.

Aku ulas dari kiri la eh, Umi, antara kawan terapat aku, family kami kenal each other. Dia da kawin taun lepas, dan bulan 7 aritu die da selama melahirkan Aina.
Fairus pulak sekarang masih di nursing school kt Jb, dah bertunang Mei2010 dan paling lewat akhir tahun ni dia akan berkahwin.
Nor'zain pulak, antara kawan aku paling awal kawwin, lepas sekolah terus kawin, in fact, now die pun da bercerai.
Afiqah pulak kawin on 2008, now die keje kt KMC dan ade sorang anak, Aleesya Farhana.
Syifa pulak kawan paling baik dengan aku, dulu die study kt PTPL Shah Alam ni, so, ktorg memang selalu hang on dan die memang selalu cite pasal tunang die, and now die pun da kawin awal taun lepas, dan ade Nur Hana Damia dah pun.
yang paling latest kawin Wan. die kawin last Disember and hari in on 27th September dia baru lahirkan Nur Dahlia Balqis.


Sayu je hati aku bile pagi pagi subuh aku dapat mesej pasal Wan da selamat bersalin. Deep in my heart, aku sikit pun tak rasa jeles. tak rasa tergugat. tak rase macam nak kawin sekarang jugak. Cume kadang-kadang la rasa nak kawin bile dorang da stat cite itu ini. Hahahah.

Dan sebagai kawan, aku doakan yang terbaik untuk dorang. Skrip aku selalu macam ni je bile dorang tnye, "aku lambat lagi la nk kawen, tah-tah time tu anak korang sume da tadika, aku pulak baru sibuk nak buat anak, lagi lambat aku kawin, lagi banyakla tips yang aku dapat kumpulkan?"



tapi things are different now bile aku study kt Shah Alam. Semua orang mcam berkejar-kejar nak naik pentas amik scroll nanti. Semua berebut-rebut nak sambung Master, nak dapat dean list. So, kadang kadang jadi aku sebab aku kene flexible, kene jadi matang bila berkawan dengan bini bini sama mak mak orang rather than hanging around with my classmates.

Bile dengan kawan kawan yang dah berkahwin, rasa nak kawin, dan bile bersama sama dgn classmates, perasaan nak belajar lagi dan lagi dan lagi tu membuak buak..

Jadi, kesimpulannya disini, aku pilih untuk belajar belajar dan belajar lagi tapi at the same time ambik barakah kawan kawan yang da selamat berkahwin. Untuk someone special, sila bertabah dan bersabar menunggu I oke. Kalau u tanak tunggu, pegi carik orang lain.

Wednesday, September 14, 2011

dari aku, untuk kamu. ye!kamu!

Kadang kala bila kita jatuh tersungkur

Baru kita fikir dosa dosa lama.

Bila kita sakit

Baru kita ingat tuhan

Baru ingat nak buat baik kat orang sekeliling

Tapi bila Allah bagi kita senang

Kita selalu lupa yang Dia jugaklah yang bagi nikmat senang kat kita

Bila dah kene musibah baru fikir ini ujian dalam hiduo ni

Selam kite senang ni, kita lupa, DIA lah yang bagi kite ujian tu dalam bentuk senang

Bila senang, tikar sejadah telekung entah kemana

Azan Magbrib memanggil, tapi kita buat buat tak dengar

Apatah lagi Subuh

Itupun kalau sedar, masa sakit baru kenal Tuhan

Kalau berdendam dengan Tuhan? Ada kite nak ingat DIA

Lagi nak maki DIA adalah, kata hidup tak adil

Mula fikir bukan bukan, padahal kita tak tahu DIA lagi nak tolong kita adalah

Itulah pentingnya akal dan pendidikan pada masa ini

Jangan dangkal sangat pemikiran tu

Janganla pulak kita bandingkan kita dengan orang keliling

Nasib orang tak sama bai

Dia senang cara macam ni

Kita pulak kurang kat situ

Manelah kita nak tahu ape TUHAN nak tunjuk kan?

Pokok kata, sabar itu akar nye

Besar ganjarannya bersaabr tu, aku pun tak tahu apa yang kita dapat dengan sabar

Tapi dalam Quran cakap macam tu, kita kene percayalah

Jangan buat dalil sendiri

Aku pun bukan master holder bab agama ni

Tapi asasnya ada

Aku cakap bukan kosong

Aku tulis bedasarkan pengalaman

Cerita orang sekeliling

Semua orang ada bahagian dorang tersendiri

Mungkin aku kurang baik nasib dalam bab hubungan percintaan berbancing kawan-kawan aku

Tapi aku bernasib baik dalam hal pelajaran

Aku tak culas nak belajar, walaupun keputusan peperiksaan aku bukan 4flat

Tapi aku bersyukur aku maih berkeninginan nak belajar

Walau apepun, masing masing ada dugaan masing masing

Nak tahu orang tu matang ke tak

Kita tengok macamana dorang handle masalah dorang


Copyright NadyNadNad® 2Jun11.

Wednesday, August 24, 2011

eh eh, selamat berpuasa.

sebetulnya, ucapan Selamat Berpuasa tu aku patot cakap mase 1Ramadhan dulu, tapi biaselah, orang bz macam aku memang main redah je semua. kire da nak akhir ni boleh jugakla ucapkan? sempena mengjar Malam lailatulQadar. :")



baiklah, kita cakap hal diri aku pulak k. *tetibe* ko ingat ko artis nak update pasal diri sendiri?


setepatnya, aku kini di Kuantan.[sebab tu baru sempat nak hapdet]. harini Ramadhan ke 24, insyaallah lagi beberapa hari lagi nak jadi 22. nak raye! basically, aku tak terasa pun nak beraya taun ni. entahla mybe sebab taun ni maktak buat kuih raye ataupun nak balik kampung.


aku juga da abis kontrak bekerja. kesian kan? kesian. validity untuk aku kerja adalah sampai 26Ogos, tapi atas sebab musababnya, aku memang terpaksa berhenti awal.
antara sebab musababnya adalah :
  • pada asalnya, aku memang nekad nak benti Jumaat lepas(1908) sebabnya aku memang takde niat langsung nak beli tiket balik Kuantan sebab makdan abah nak datang weekend tu,jadinya aku harus berhenti jumaat tu gak
  • tapi apakan daya, Khamis (1808) tu menjadi hari terakhir aku keja. sebabnya anak buah aku si Damia Batrisya tu masuk wad. Jangkitan kuman dalam paruparu. jadinya, dalam pukul 11 airtu, aku bergegas ke Hosp Selayang. aku tak sempat nak salam semua orang kt fac tu. takpe, nanti da bukak sem baru, insyallah aku pegi jenguk dorang dengan harapan akan mendapat duit raya yang banyakbanyakbanyak. hee
ini adalah keadaaan Tisya on he 1st day, adn now, she's getting better. :")
tapi still warded. tak tau bile bole keluar. Jangan nak raya kt hospital suda.



Sekian,terima kasih.
notacinta: umur da meningkat.amalan pun harus meningkat yo!


Saturday, January 15, 2011

pabila segala angan-angan jadi kenyataan.

huh!
tak silap aritu baru je update pasal wishlist tahun ni kan? tup2, lepas beberapa hari, salah satu daripada wish tu tercapai! wuhhhuuuuu!yabedabedu!!



Special thanks kt Dato' Zulkifli Abd Rahman aka abah sebab bagi bende atas ni..hee.. Insyaallah adik akan gunekan sebaik mungkin..hee
Credit gak kt mereka ni sebab berssah payah mencari bnde tu kt Pertama ye.

Terime kasih daun keladi la ye!heee


Notacinta: agak-agak kalau mintak laptop bole laagi x ek? sebab tulah lmbat update,laptop asyik hank je..ishk!hee

*gambar adalah ihsan dari bnde baru tersebut*

Monday, August 23, 2010

Saya Doktor!



seram je tengok picture kt atas ni kan?
ini adalah tajuk presentation saya Rabu ini bersamaan 25 Ogos 2010!

harap2 sy tak kene maki pada hari itu,kalau tidak ia akan menjadi hari paling malang tahun ni.


maaf,tak sempat nak buat entry sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni kan?
hohoho..sangat bz melampau!

Some of the task need to be done
  • Presentation Psychology (25th August, 2010)
  • Instructional Communication Assignment (Movie Reviews) ( 26th August 2010)
  • Presentation on Mass Communication Studies ( another 2 weeks)
  • Crew-Majlis Berbuka Puasa at Masjid Shah Alam ( 1st September 2010)
  • Crew- Majlis Hari Raya for Kesatria Negara - date will appeared later
  • Multemedia Crew - Lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Cheras - soon
  • Research for Psychology - (13th November)
  • Acting for Instructional Class

Done
  • Presentation TITAS - 23rd August,2010

dan ada lagi yang tak ingat.banyak kan?

Notapenampar: ko ingat ko boleh seronok raye ni?

Monday, June 21, 2010

life

Ada orang..yang mendapat kejeyaan tanpa dijangka
Ada orang..yang mendapat kejayaan tanpa usaha
Ada orang yang mendapat kejayaan dengan hanya bersahaja
Ada orang yang memang selalu dikelilingi dengan aura tuah

Tetapi


Ada juga orang yang berdoa..tapi tidak pula dikurniakan kejayaan itu
Ada juga orang yang berharap akan selalu mendapat rezeki itu

Ada juga juga orang yang selalu akan menghargai peluang kejayaan itu..sekiranya diberi satu kesempatan

Ada juga orang yang menagis kerana teresak-esak kerana tak berjaya mengagumkan ibubapanya dan adikberadeknya

Ada juga orang yang menagis lagi bila mempikirkan masa depannya yang yang tak berapa jelas

Ada juga orang selalu mengharapkan akan dilingkari dengan cahaya-cahaya yang terang dan bisa menerangi masa depannya

Ada juga yang selalu tahu, Allah Yang Maha Esa ada: sedia mendengar.sedia membantu. dan sedia melindungi
Kuatkan Aku, :)
Everything will be just fine. :)

Sunday, May 23, 2010

.aktiviti sampingan.

Present.laptop memang menjadi peneman setia.tak kiralah nak on9 ka,nk bloging ka.nak dengar nasyid ka.nak layan muvie mahupon menonton dramadrama korea yg memnuhi hd aku.

Cam kebanyakan orang lain,bile da setat tgk drama korean ni.mmg xleh nk wat apelah.dok asik hadap bnde alah tu je.samala dengan aku. Kalau tak abes 1episod,mmg xkan bangun wei.

Yang menariknya,tg cite yg aku tgk ni ,All About Eve. heronya punya ganteng.gentlemen plak tu. dan of cos,citenye mmg related sangat ngn aku yg amik MassComm ni ha. Pasal presenter,announcer yg bekerja di syarikat tv.

Aku ni ha,suke sangat pause time yg syok2.sebab nk print skrin scene tu.motipnye?nk upload kt fb,kasi smua jeles.wakakkaa!





notakaki:ni xabes lg ni,tinggal lagi 7episod.lagi 7jamla kene hadap lptop ni.kesian2.da panas da enjin

Thursday, May 6, 2010

.investigate.



menggatal nk try kuiz ni.amek ko!

mari kita investigate same2.
  1. Pemimpin-dari skolah dulu aku mmg slalu jd ktua kelas.ketua bilik.dan ketua geng jahat ROTFLROTFL
  2. Kebebasan-oh,sy suke bebas,suke hati aku nk wat ape. Kuat-kuatla sangat.dalam hati.lembik
  3. Pemalu dan Pendiam-totally slah.wat for aku amik mascom?

  4. Rapi-mgkin ya,mgkin tidak.selalunye bilik cam kapal pecah.tp hanya ketika bz Roll
  5. Ambitius-huh,smua orang nk pegi langit kan?
  6. Cinta-lambat nk bukak.haha
  7. Ya,memang btol!da kunci pkai solex kot! Blow  Kiss
  8. Rencana dalam pikiran-kdg2 tak,kdg2 membuat sesuatu yg tak dijangka,
  9. Kuat memerintah-oh,mgkin jugak.kene tnye org lain.haha
  10. Bunga-ya,sy pecaye pada cinta.tbe2 jiwang Butterfly watching
  11. Seksual-ouh,ouh,ouh.no comment

  12. Ya,saya pecaya.Evertything happens for a reason

Saturday, April 24, 2010

a simple Assalamualaikum


Here we go,genap seminggu lepas interview, muet pulak.what a hectic week?tapi tak mengapa.aku harus lalui semua ni.bak kata naz,tanggatangga kejayaan.ah xpe!seminggu jugakla aku study buku muet itu.keluaran oxford.bilik da maca kapal karam.cuaca setiap hati panas,panas dan kering,kerana keadaan cuaca yg kering inilah,aku menjadi pelanggan tetap pakcik jual ABC kt depan tu.hari pertam beli satu untuk aku.nak test.sedapp!petang beli 2.satu untuk abah dan satu saya.hati kedua beli tiga.dan tadi petang beli borong dengan empat.tapi harga same.takpe,.

Lepas da abes muet sesion1 ni,blehlah rehat2 kemas2 umah,the 2nd sesion will be held on 2nd May.bolehla online 24jam.tapi bleh mati jugak kalau asik online aje.makanya santai saja.


Oh,Muet was great!smuanya baikbaik belaka,kecuali lisening itu!ya.ya!die cakap laju sangat.beliau sungguh kejam sampai aku tak dapat tangkap baitbait katanya.adoiy.tapi takpa,dah lepas beberapa jam lepas.
Tapi,mase senggang antara writing dan reading tadi,aku mencari toilet.bertanyakan budak2 skolah itu,dengan ramahnya dorang menjawap.tapi tatkala kaki ini mendaki tangga itu,ade suarasuara pelajr yang memberi salam."Assalamualaikum, cikgu!".wah!teros shock!rase tak jadi nk pegi toilet.tapi apakan daya.ni mesti hal aku pkai bju kurung ala- pompuan melayu terahir dan heels bserta handbag.

tetibe smuanye sayu.senyap dan sepi.teringat time skolah dulu la plak..
niat hati nk tepek gambar,tapi malas nak transfer plak.japg la eh.

*updated*

nilah yg dmaksudkan dengan kenangan itu




dan tiba-tiba



*weehaa*

Friday, April 23, 2010

bukan tak peramah..


mintak maafla pada smua yg add kt fesbuk tapi tak dilayan,saya mmg create acc tu untuk kawan2 yg mengenali je,okay saya tahu saya bukan glemer pon nk post2 entry ni kt blog,tp suke hati saya lah!yeay!

kalo tgk fren list saya,mmg xsama ngn org lain,,sikit je..so,
don worylah klau tak kwn ngn saya pon.tp ade gak yg terlepas pandang,tp ble dorag da PM saya,saya akan approve,

Monday, April 12, 2010

.its all about money.

DUIT tu memang sangat penting untuk aku sekarang ni..bile da rase wallet tu agak2 kempis,mulalah rasa cam mals je nak cek bpe keping notes 50 dlm tu. dan lebih mengecewakan bila bunyik2 syiling pon makin kurang..

rancangan awalnya memang nk rekodkan every single sens yg kuar dan masuk.tp hanyalah harapan tinggal harapan.adoiyy..
tu semua angan2 bile duit belom ade depan mata..

sekarang ni,dah xtau dah dimana sumbernye,balik kampung jelah kot!

semua ni bermula gara2 lappy kesayangan aku da stat hank2 dan yang paling worssstnye; dvd player itu rosak,dan utk format lappy itu, haruslah di elokkan dahulu playernye..adoi..
kt dvd player tu da abes 170++,


dan bile da dapat gaji yg hampir yang tidak sampai 1K itu, hanyalah shoping yang mampu membuatkan tension itu pergi..ape lagi..seharian di MidV memang menguji iman aku..kt ctu da abes 180++
time tu rse heven gler sebab main grab je smua yg berkenan dengan harapn japg b4 q kt kaunter nk tapis2 mne yg tak patot..tapi itu pon hanyalah harapan..
dahtu ble kuar MIdv tu,punyelah besar plastik nk angkut..nseb baik ade orang tolong.heee


tak cukup dengan itu, orang kdai komputer yg service lappy aku tu pulak tunjukkan satu bende yang menjadi idaman aku lagi since da pkai lappy ini, iaitu External HardDisk. dengan harga 199, aku dengan selambenye kuarkan cash tu untuk dapatkan 400gb SAMSUNG EXTERNAL HARDDISK itu..melayang lagi..tapi takpe,aku memang pkirkan itu perlu sebab aku perlu transferkan segala folder picrure yang mencecah 50gb itu kedalam tempat yang lagi stabil storagenya ...adoi2..


tapi disebalik semua itu, sehari selepas dapat gaji itu,aku teruskan masukkan sedikit wang ke dalam akaun asb aku itu,nseb baik!ade jugaklah simpanan aku..oh ye! duet pt aku yg dpt dlu tu pon still ade..sekarang da lega ckit bile ingat masih ade lagi harta aku..fuhhh!ha..duet tabung pon ade lagi.even dengan syiling pon...tapi nanti kalau tukar..banyak gak tu..yeay!lagilah seronok ni..
dan yang lagi bestnye,,abah dan mak memang sentiasa ada nak membantu anakya ini,,wohohhoho!nikmatnya....*meloncat-loncat*


tapikan,kalau asik pkirkan duet je,memang giler jadinya..asalkan tiap2 hari menabung,smuanya okan ok kot!tiap2 ari aku masokkan seringgit dalam tabung tu tau..kalau agak2 lame sangat x sempat nk masukkan kt ctu, masukkan tros 5 or 10 hinggit. itu cara saya.cara anda bagaimana?*mood iklan disitu*

ni baru anggaran kasar je,tak termasuk lagi makan.makan.makan dan segala yg lain.barang dapur,topup,broadband,aiyooohhh!

notakaki:Sekarang sebok cari balik resit2 tu..kunun2 mahu masok dalam buku.

Kalaulah bleh jadi camni kan bagus,, @.@



Friday, April 9, 2010

.suatu ketika di suatu malam.

tengah senang diulit mimpi yg lena, Taylor Swift tbe2 melalak lagu You belong To Me kt hp kesayanga itu, dan sangat tersentap sebab ade sorg caller je yg pkai lagu tu.. damn!npe aku lupe nk tukar tone tok die?adoiyaii..[padahal suke gler sebab die kol!]



takpelah,mungkin angin meroyan die kot sebab Chelsea menang malam tu!ye,,saya tengok!

jadi,saya abaikan dengan harapan dapat sambung tdo dengan lena.

dua minit kemudian...

prit,prit!kedengaran bunyik fon menandakan ade mesej masuk, dan sangat tersentap lalu hujan seketika tatkala saya membaca isi mesej itu yg berbunyik:


"rindu dekat die yg pkai kebaya kuning dgn heels 5inci on our 1st date!yg tak suke pkai seat belt n suke2 hati soh kite langgar lampu merah,tlg jgn nges ye."

die memang tak pandai pujuk,dan saya menangis dan tetap xmau reply mesej itu. dan esoknya!saya seorgang yg sangat cergas dan ceria! tetapi dalam hati, memang sangat rindu kt die,sangat2! dan saya bertekad nk reply mesj itu..


"rindu gak kt pkcik ni yg pkai kemeja belang2 yg dengan macho nye tlong bukakn pintu kereta mse 1st date itu..yg selalu sumbat beg kite dengan walet,kuncci kete die dan rokok serta lighter..tapi dia dah xde..."

seraya itu die tros reply

"jangan risau sayang,saya ingat segalanya,doakan yg terbaik untuk kita nanti ok!dah,tdo je..jgn sambung nanges!"

saya menjadi sangat lega dan tak jadi nk nanges.tapi,tolng jgn wat hati saya berkocak lagi.bole?


sebenarnya die xtau yg saya menjadi sangat takot nk pkai heels setinggi itu dan sangat takot jika ketinggian saya akan melebihi dari die.tp segalanya ok dan saya langsung tak jatuh sebab die pegang erat tangan saya sepanjang dinner itu,


sekian,terima kasih..

notakaki: saya tak tahu apakah saya akan terus camni,oh hati,,kuatla!jangan berkocak lagi laju,.saya sangat mengharapkan itu,.kalau nak pergi,pergi jauh2,jangan pandang lagi..im begging u!

Thursday, December 3, 2009

.i'm the next top model.auww

last Thursday, ade shooting utk pre-graduate!wahh..da nk grade sudah..how times flies ya!
the thmee for this shooting session was
corporate with style..tgkla adakah kami memenuhi kriteria tersebut?
malas lak mau cerita,meh kite tgk pic yg mengambarkan segalanya..





yg dikanan sekali adalah lecturer ye!oh ya!sudah bertunang..xleh kacau!
.kami yg serupa.
.barisan gadis2 comel 7B.

picure di grab dari facebook myra

oh ya!kami ialah pelajar final oke.so,juniors,sila jgn jeles!kami sangat gembira bersama.hahaha


footnote:aku tidak bias ok,pic pelajar lelaki xsempat n grab ok, entry ni mungkin bole jd berita bergambar.

Sunday, November 22, 2009

Youngsters! lagi...











cube perhatikan betol2..



ade persamaan tak diantara dua video yang berbeda keadaan dan ketika ini??
ditambah pula dengan jumlah crowd yg sangat langit dan bumi..


tapi tidak apa..
kami ada cara kami sendiri

dalam keadaan parking lot yang gelap gulita..
dalam keadaan lif yang bau cam haram..


dalam keadaan smua tubuh yang kecapetan dan ke'desperate'tan nak rehat dan tidur di katil yang empuk!walhal taklah empuk sangat..

kami tetap berlatih hingga ke jam 12tgh malam
3hari berturut turut..


tapi yang jelas.. motifnya sama jelas sekali menyatukan semua orang menyatukan hati mereka mendepangkan tangan mereka satukan tenaga dan usaha yang tak berbelah bagi


walaupon aku keluar rumah jam 730 pagi dan balik 830 mlm
aku tetap pegi praktis jam 9mlm oke..


Tapi takpe..

We did it very well!

Sampai sekarang mata aku akan berair bila melihat smua gambar2 dan video berkenaan Youngsters!

Aku terharu..dan bangga menjadi sebahagian daripada keluarga itu..





footnote:terasa sayang sama 7B.rse nk peluk cium smua org