Showing posts with label .fren.. Show all posts
Showing posts with label .fren.. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

All went well.. Alhamdulillah :)

entry berbaur kata-kata legaaa.... kalau agak-agak rasa annoying, keluar dari sini!


Alhamudulillah, minggu yang penuh onak dan ranjau serta terkejar-kejar telah berakhir! Yeayyyyy! *senyum sampai telinga, kalau orang nampak aku senyum smpai telinga ni, comfom pengsan*


rasa lega sangat, tak terkata dengan kata-kata, hanya dapat dibalas dengan tidur sepanjang hari semalam untuk membalas dendam. ini sangat tak bagus untuk mereka yang nak amik SPM taun depan. eh?kaitan??




nak tau ape yang aku bz sangat tu? wowowww.. lepas ni janganla cakap, eleh, tu je yang ko bz beno? xdelah macam PM tu haa...


*sambil bukak balik organizer*


  1. ASSIGNMENT MAJOR AND SUBMISSION 1/12/11
  2. CTU TEST 5/12/11
  3. BEL FORMAL MEETING 6/12/11
  4. GERMAN ORAL TEST 7/12/11
  5. PRESENTATION: PERKAHWINAN 8/12/11
  6. COMMUPDATE: INC 9/12/11
  7. FINAL TEST:WRITING FOR PR
  8. CTU PRESENTATION 19/12/11
  9. INC GROUP PRESENTATION&SUBMISSION 19/12/11
  10. KOKO:HAFAZAN DOA-DOA
  11. GERMAN(CD PROJECT) 21/11/11
  12. GRAND ANNUAL DINNER FOR IPRMSA 23/12/11

aku pun tak sangka ianya ada 12 perkara weh!cayalah! tapi nilah hakikatnya, lepas cuti raya haji aku memang sebok bebenor, sampai tak balik kuantan langsung menjenguk mak abah, alih-alih dorang jugak datang sini. tapi bukanla semata-mata tengok aku. gila ko dorang nak datang semata-mata sebab aku? 

time bz ni, sistem badan selalu mengecewakan aku. aku jatuh sakit haritu. ayat jatuh sakit tu macam over, sebenarnya takla jatuh, aku demam selesema je. dah asyik bersin bersin je. dah kalau kite bz, tambah pulak dengan tak sihat, emosi memang terganggu la kan. selalu aku menangis time mandi, aku pun tak paham kenapa aku perlu syahdu time mandi.haha. tak pulak syahdu syahdan time nak tidur kan? sebab, aku jenis lepas letak kepale kat bantal je, aku terus hilang, kadang-kadan tak sempat baca doa tidur pun. Astagfirullah, maafkan aku, ya Allah. 


makan pulak tak menentu waktunya, sesekali aku gastrik. lagilah makcik nak hangin kan! dah dapat makan, sakit perut pulak. takpe, lepas da kene beberapa kali, aku da tau trick die, kalau agak-agak perut da pedih-pedih tu, jangan terus terkam nasi, minum dulu air suam, panas menggelegak lagi okay kot. lepas tu baru makan pelahan-pelahan. jangan ikut macam aku, aku makan laju, comfom tak cukup 44 kali kunyah. 


bila makan tak menentu, badan pun sedikit susut, haha, ni bab kelakar, aku turun 2kilo tu.. sikit lagi nak jadi ke berat ideal. haha. 

semester ni, kelas aku kene handle Dinner. jadinya kene colaborate dengna group satu lagi. tapi buang masa aku nak masukkan nama dorang dalam blog aku sebab dorang selamba badak tak tolong ape pun, aku cop dorang sebagai pemalas. jadi 3C, jangan nak memandai cakap event ni korang organize bersama kitorg ye. okay, kang tak adil pulak, kire ade beberapa orang je yang banyak membantu. thanks terry, nini, azri n dhia. tu je yang aku nmpk n a few yang muncul on that day. 

aku jadi treasurer, jadinya segala duit aku pegang, bukan pegang, amanah orang kene jaga elok-elok. aku jugak kene ikut Ketua projek pegi bayar semua. alhamdulillah, duit okay setakat ni. cuma ade la sikit-sikit resit belum clear.



Kelas kau Nadia, MC pun tak pakai 2 baju. Cincin tanak kalah kau kan!
Tulang belakang

kalau nak cerita pasal dinner ni, banyak kisahnya. tapi aku simpan untuk siri sendiri. masa nilah baru kita tau sape bole buat keje,sape duduk melenggang. sape yang pandai mengarah, sapa yang buat keje betul-betul. boleh dikatakan MC222S3A bole buat keje dengan hensem cuma adelah yang ishk! malas nak cakap. Alhamdulillah, dapat classmates yang macam ni. Penghargaan patut diberi kt decoration and f&b team. tanpa mereka, tak menjadi dinner ni. 




Tudung macam hape. Grrr!

Organizer je ade miniature ni.Jadi,jangan jeles!

notakaki: lepas ni aku tanak pakai tudung si tajima ni. lari lari je, dahla aku sibuk malam tu, terus tak jadi tajima, jadi tajam je. lagi satu, aku je sorang yang pakai 2 baju, petang aku pakai dress turqoiuse, malam aku pakai jubah hitam. lagi satu, aku takde banyak gambar, sebab aku tak glamor. kalau perasan boleh dikatakan semua gambar ka pegan walkie-talkie. 


Puan Noraini cakap, Good Job, Well Done!
Jadi, disini, aku nak ucapkan Tahniah kepada smua yang telah menjayakan dinner ini, ramai yang bagi positve feedback, Alhamdulillah. kepada sekecil-kecil peranan, hingga sebesar-besar position, besar jasanya kat dinner ni. Jadi, smua harus ingat, ini semua hasil kerja kita, bukan kerja engkau seorang atau kerja beberapa orang.

Friday, October 7, 2011

Aku sedar aku tak boleh kontrol hidu kau
Aku mintak maaf kalau selama ni kami terlalu 'menjaga 'kau

Maaf buat kau rasa lemas
Maaf kalau kau rasa terbeban
Maaf sebab 'terover' masuk campur urusan kau

Semua sebab sayang
Tapi kau tak rasa mcam tu

Hidup ada pilihan
Tapi aku tau kau tetap pilih ape yang ditentang
Jadinya, pergilah kau
Jangan carik aku time susah
Sebab aku da rasa awkward pelik dan janggal
Lepas kau buat aku rasa manusia paling bodoh

Memang ikutkan hati aku nak pelempang je muke jantan tak guna tu
Tapi apalah daya
Kalau tuan punya badan rela diperlakukan sebegitu rupa

Sudahla, kami da penat
Enjoy ur life on ur own way
Jangan harapla kami nak bertanya itu dan ini lagi
Sebab kami memang tak berharga pada kau


Cakap banyak pun tak jalan
Tak cakap langung macam tak sampai hati

Tapi sampai sekarang hati aku masih lagi rasa sedih
Tak tau la pulak engkau kan?




Copyright protected NadyNadNad ®

Tuesday, September 27, 2011

Aku amik berkat dari korangla eh.

orang kata, nak naik pelamin cepat, jangan jadi pengapit. Nanti penganti amik seri kita. Aku pun tak pasti kenapa orang tua keep cakap benda yang sama. *sigh*

tapi bagi aku, tu semua cakap cakap orang tua je yang aku tak pasti ape asas yang mereka pegang.Ape yang lebih pasti Allah knows everything. He planned dengan cukup sempurna. Cukup segala.

Aku ade 6 orang kawan.Kalau dicampur aku, semuanya jadi tujuh(7). Kami satu sekolah. Satu geng. Satu kepala. Satu kadet yang sama. Tu time sekolah, percaye atau tidak? Kesemua 6 kawan aku dah berkahwin dan bakal berkahwin. Kalau tak percaya, silalah percaya. Dan kenyataan yang paling pasti sekali, aku adalah orang paling akhir sekali akan berkahwin. *kesian kan?*

-dari kiri: Umi Khalsom, Fairus,Nora'zain,Nadia, Afiqah Farhana, Nur Syifa dan Wan Amalina. On Fiqa's wedding on 2009.-

Tapi takpe, aku bukan sesiapa yang boleh pertikaikan semua tu. Kalau diulas lebih lanjut, lagi orang akan rasa kesian kat aku.

Aku ulas dari kiri la eh, Umi, antara kawan terapat aku, family kami kenal each other. Dia da kawin taun lepas, dan bulan 7 aritu die da selama melahirkan Aina.
Fairus pulak sekarang masih di nursing school kt Jb, dah bertunang Mei2010 dan paling lewat akhir tahun ni dia akan berkahwin.
Nor'zain pulak, antara kawan aku paling awal kawwin, lepas sekolah terus kawin, in fact, now die pun da bercerai.
Afiqah pulak kawin on 2008, now die keje kt KMC dan ade sorang anak, Aleesya Farhana.
Syifa pulak kawan paling baik dengan aku, dulu die study kt PTPL Shah Alam ni, so, ktorg memang selalu hang on dan die memang selalu cite pasal tunang die, and now die pun da kawin awal taun lepas, dan ade Nur Hana Damia dah pun.
yang paling latest kawin Wan. die kawin last Disember and hari in on 27th September dia baru lahirkan Nur Dahlia Balqis.


Sayu je hati aku bile pagi pagi subuh aku dapat mesej pasal Wan da selamat bersalin. Deep in my heart, aku sikit pun tak rasa jeles. tak rasa tergugat. tak rase macam nak kawin sekarang jugak. Cume kadang-kadang la rasa nak kawin bile dorang da stat cite itu ini. Hahahah.

Dan sebagai kawan, aku doakan yang terbaik untuk dorang. Skrip aku selalu macam ni je bile dorang tnye, "aku lambat lagi la nk kawen, tah-tah time tu anak korang sume da tadika, aku pulak baru sibuk nak buat anak, lagi lambat aku kawin, lagi banyakla tips yang aku dapat kumpulkan?"



tapi things are different now bile aku study kt Shah Alam. Semua orang mcam berkejar-kejar nak naik pentas amik scroll nanti. Semua berebut-rebut nak sambung Master, nak dapat dean list. So, kadang kadang jadi aku sebab aku kene flexible, kene jadi matang bila berkawan dengan bini bini sama mak mak orang rather than hanging around with my classmates.

Bile dengan kawan kawan yang dah berkahwin, rasa nak kawin, dan bile bersama sama dgn classmates, perasaan nak belajar lagi dan lagi dan lagi tu membuak buak..

Jadi, kesimpulannya disini, aku pilih untuk belajar belajar dan belajar lagi tapi at the same time ambik barakah kawan kawan yang da selamat berkahwin. Untuk someone special, sila bertabah dan bersabar menunggu I oke. Kalau u tanak tunggu, pegi carik orang lain.

Wednesday, March 23, 2011

Anti-social

kalau korang lawat aku kat fesbuk, wall aku tak meriah macam wall orang lain..
yelah,memang dah jadi resam la kan, kalau kau rajin menegur orang lain kat wall dorang, dorang pun takkan la segan silu nak menepek sepatah dua kata kat wall tu kan? dari sini aku da dapat simpulkan yang aku memangla tak ramah kt fesbuk. memang pun! lagi-lagi pulak nak mengapprove segala ramai orang yang add aku kan? wa cakap lu, memang tak berbaloi kot
kalau korang nak stalk-stalk aku kat fesbuk.

okay,berbalik cite tadik, cite pasal ramah tamah di fesbuk. memang aku akui akulah makhluk kt alam ni yang memang sangat malas nak tulis kt wall orang, nak komen-komen status orang mahupun gambar-gambar orang. bukan anti-sosial ke hape, tapi ntahla, takde bende nak cakap, baik diam membisu je. tapi aku memang aktive fesbuking, aku online, tapi aku invi. ym pun sama, aku online je, tapi aku lebih selesa invi. bukan ramai peminat, tapi rase kadang
-kadang perlu diam je. tapi kadang-kadang, aku appeared online, aku komen gak orang, aku conteng gak wall kawan-kawan. tapi cume gitu-gitu jelah kan?

mesti dorang/korang kate aku ni sombong. aku tak kisah nak cakap ape kan? sebab korang bukan/belum kenal aku lagi. takpe,nanti kite buat sesi suai kenal eh. ;)
Jangan risau,aku tak makan korang. >.<


aku penah dengar Dato' Fazilah Kamsah cakap dalam talkshow die kt Oasis tu. dia kate, sape yang terlalu banyak memberi input dalam a
lam maya, kebiasaannya mereka tak boleh berkomunikasi dengan baik di alam realiti. tapi quatation ni bukanla sebijk-sebijik. aku pun da lupe,tapi aku ringkaskan maksudnya. Makanya, aku rase adalah tak salah la untuk aku kalau aku tak rajin nak hai hai kat wall orang kan?


okay,da banyak melalut. padahal aku gebang hebat kat blog,orang cakap ape lak kan? bukan, bukan aku anti sosial, tapi blog ni je yang aku boleh luahkan ape yang rase nak luah. lagipulak, bukan ramai tau link aku ni. tak penah pulak aku publish, tapi kt bahgian Info kt fesbuk tu, adele aku tinggalkan link. tapi sape lak yang berminat nak tau info aku kt fesbuk tu kan? aku kan sombong. (T___________T)

oh,ya, kalau rase nak carik info tu kt fesbuk, dorang da terlambat. aku dah pun deactivate fesbuk tuh. yeahahaaaa! (",) . beru beberapa menet sebelum aku ketuk cite ni ha.


beberapa minit lepas deactivate, aku try carik diri sendirik



cuma aku nak cakap yang aku ni bukan la anti-sosial, cume aku malas nak up kan name aku kt news feed tuh. bukan jugak aku kate mereka yang selalu update,komen n conteng wall oraang tu nak glemer. cuma kite kan ade pandangan masing-masing berhubung sesuatu issue kan?
oh ya notakaki: luka itu jadi dengan perasaan terasa tau! :")

Saturday, March 19, 2011

.masscomers.


Gambar ni sepatutnye kat bawah sekali. Kami sedang berlakon, sebab pic ni bakal masuk dalam presentation nanti. Interviewer kene serius semasa intervier session.

Ini budak pelajar Masscomm UiTM Shah Alam.


Sekarang die bersama Birday girl a.k.a cik Nazatulaznira si Cantik lagi hot!

Ini adalah group member die. Yehuuu! bersama dengan Encik Adam Saleh.
First time bertentang mata. ;)



continued..... ;)


Thursday, February 17, 2011

.tessa's birthday celebration




memang sesuatu yang membanggakan la kan bilemana aku rajin nak hapdet blog kan?
well, semua orang bole berubah.hahhaa :")


harini, rajin nak cite pasal Tessa's birthday aritu. Tessa ni kawan aku kt UiTM ni.baru je kenal si baby ni..kami anggap die macam baby-baby lagi sebab die ni sangatla naif. cam budak-budak je..
okay, enuf2! ni nak cite pasal bday die.

alaaa..jelesnye kt Tessa ni. die baru 20taun.jeles-jeles-jeles! grrrrr! :)

sebenar-yang sebenarnyekan, ktorg tak plan langsung nak celebrate bday die..ohohoh,jahatkan?
actually, mase bday die tu, ade modul kt fac ktorg. so, masing-masing bajet cam penat je kan pas balik. so, dipendekkan cerite, malam tu tessa datang dengan kina aja pefi I-City. korang penah pegi? ueeeeew! rumah kami hanya sekangkang kera je dari I-city tu. wacakap sama lu! so, sila jangan jeles wokeh? =p

so, cam tak sedap la kan pegi I-city mase bday tessa tanpa bawak pape kudapan kan?so, dalam mase 5mint before ktorg gerak I-city tu baru ktorg plan nk beli KFC . pastu masing-masing berpakaian cantik-cantik. tp si tessa ni langsung tak pasan. naseb baik!

then, aku n naz pon pegi KFC and tqa,tessa ngn kina wat xde pape berlaku. n pastu kan, Tessa terharu kot! yeay! ahirnye dapatla makan KFC sambil picnic-picnic kat I-city tu,


To Tessa: sori ye budak kecik, ini je yang mampu kami buat, even u x bace blog i ni, tapi i nk kasitau yang i sayang u oke! thanks for being a part of us.. :)


Saturday, January 8, 2011

Charlie's Angel dan PowerPuff Girl




Assalamualaikum :) untuk entry ke 3 untuk harini saje, aku nak cite sikit pasal friendship ni. untuk record, aku memang ramai kawan, yang tentunya selalu ade dengan aku. Kawan biase mmg ramai, tapi kali ni entry ni khas untuk mereka berdua ni.
2011, menjadikan kami dah berkawan hampir 4 tahun, kalau nak ikotkan, smua bnde ktorg buat same2..semua bnde nak bertiga, sebab tu jadi PowerPuff Girl la Charlie's Angel kan? semua orang pon jeles ngn ktorg, sampai Puan Gina siap terkejut lagi kt mase ktorg masing2 dapat UITM same2 aritu. mungkin ni rezeki kami bertiga. Alhamdulillah! :) BIla sedih, dah tau da nak bgtau sape dulu, nak koling2 ke, mesej2 ke, yming2 n skypeing2 siap. Semuanya kami bertiga. Orang kutuk ke, puji ke ktorg still lagi bersama. Walaumacmamnepun, ktorg do frend dengan org lain jugak. bukan dnia ni hanya kami bertiga. Ktorg sentiasa bersosial. :)

Tapi bile melibatkan perkaraperkara yang orang lain takkan paham, merekalah sentiasa ade. Family matter, financial problem tu smua kadang2 segan nak kasitua orang yang tak rapat dengan kitekan? Tp aku selesa dengan dorang.






well, aku tak sure kalau korang bace blog aku ni, aku nak bgtau yang aku sayang korang berdua wahai cik Nazatulaznira Samsudin dan cik Atiqah Alias.. Insyaallah kita akan berkawan sampai bile-bile ye?

Yang Cantik,
NurulNadiaZulkifli

Saturday, October 30, 2010

.9hours bleeding.

it was my first time facing this situation.

kejadian berlaku pada 29Oct 2010 jam 2.30pm

bende simple,tapi tak tau efeknye sangat lame. luka kt ibu jari kanan kerana cubaan nak bukak tin sadin sebagai lunch aritu. pecaye tak,bleeding dari kol 2lebih tu sampai kol 11 malam? lebih kurang 9jam aku bleeding.


keterangan gambar.

1) lepas kejadian.terus letak kapas n plaster..mase tuh belom semayang zuhur lagi,so lepas tu kena bukak balik...bleeding cam hape ntah..

2)baru nak rehat2..tapi jari tu terkena ape ntah,terpakse bukak balik dan bersihkan luke tu. dah x pakai plaster dah,sebab plaster tak cukup kuat untuk menahan segala darah tu..terpaksa pkai selotape.kuat cikit.hahah

3) gmabar ke-3 salah letak.itu adalah sehari selepas kejadian.

4) itu paling crucial parts. lepas asar,sbelum bukak untuk maghrib..darah still lagik keluar.

5) hasil darah beberapa minit lepas balutan dibuka..ngeri kot!

6)minyak but-but, kapas,plaster,selotape memang dah tersedia kt atas meja.senang nak tukar2..in fact,mase tu tgh struggle bace CTU ek,sebab kamis da ade paper.

7) itu adalah gambar terakhir iaitu pada 11malam. tak larat sangat nak snap pic lagi lepas tu


terima kasih kepada nurse-nurse yang sedia membantu dirumah, kepada cik Nazatulaznira, Amm dan Farah, thanks a lot ya! dorang la sedia pakaikan kapas untuk aku, kutip plaster yg penuh darah dan paling hebat sekali, dorangla saksi kejadian yang tengok betapa banyaknye darah aku hilang mase tuh..Amm cakap, platelet aku kurang.platelet tu fingsinya untuk menhendtikan pendarahan dan ianya bahaya jugak untuk kesihatan.

malam tuh terpaksa tidur awal sebab rase dizzy giler.bukan xnak study,tapi tak larat. ;')


.From my bottom of my heart.ececeeehhh

before it's too late, saya nak mintak maap banyak2 kat mereka2 ni.saya rase bersalah sangat.sangat2..korang kawan saya,kawan gelak n nangis..tapi saya mungkin tak dapat nak attend korang nyer big day..mintak maap sangat2..tak tahu camne nak mengekspresikan perasaan ni..hanya doa dan hadiah bole saya kirim sebagai pengganti diri ye.


Puan Raja Haslini






Puan Umi Kalsom to-be

Saturday, October 2, 2010

.Rasa tak sempurna tanpa mereka.

Mula2 time diploma bertiga,
powerpuff girls, charlie's angel. totally spies smualah

bila da naek Degree, kami bertambah lagi sorang, jadilah Gundik's
yang tak tahu cakap kami giler, tp kami saje suke-suke.
Nak tambahkan keceriaan hidupla katakan..



.
.
.
.
.
.
.


inilah yang dikatakan keluarga bahagia, inilah abang kami. dah kecoh dah cite kami ni deseluruh Part 1 Masscommers




memperkenalkan
dari kiri, Bini no4-Puan Tessa.Bini Pertama,cik cantik Nadia.Abang kesayangan kami, Fadzil Nawawi. Jandanya-Zahera dan Bini no3-cikpuan Nazatulaznira *Owh,sedikit ralat disini,bini ke3 berpuasa ketika potret family ini dirakamkan*

Wednesday, April 28, 2010

Graduation [[Friends Forever]]- Vitamin C

ini adalah klip vdeo yg ditag oleh haniqa kt fesbuk,sangat sedih ble teringat y we are no longer togeher.sangat merindui zamanzaman bersama suatu ketika dahulu.





Tuesday, February 9, 2010

.mukabuku.

Arini pas balek keje nmpak lmpu wimax tu lawa je..mmg rajin sgt nk online, tapi, pas mandi tu ngntok giler..pastu teringat lak sesuatu yg leh wat mata ni x jdo lelap lak..tp xpe..itu xleh cite..

Pastu mulalah o lappy ni da tros melayari tenet yg laju cam kuda ni..cam bese tg fB, blogwalking and semestinye bace gosip2 hangat kt cni. Tapi satu bnde yg aku nk decsribe ni pasal fB.

pada aku yg memang kdg2 xleh idop tanpa tenet ni,

1)fb menjadi saluran infromasi tok mengetahui
updates kwn2 aku. tp kalo setiap 2 minit ko slalu sgt publish status ko, ngamok gakla aku ni kan! dah cam xde keje lain je..aku yg muak bace status ko yg btukar selang 2-3 minit tu,, last2 skali aku pon tros tanpa segan silunya mendelete org tiu dari fren aku..senang!

2) dah tu kalo da slalu sgt appearedkan status tu, makanya hidup kamu itu tidaklah mempunyai privacy, pe tak nye, pegi mkn ckp, pegi dating ckp, kutuk2 org lagi..haish..sebab tu aku jarang tukar updates, sebab aku takmau org rse pe yg aku rse skrg.. cam tak best! tp yg berak, tak bayar hutang, korek idung smua x ckp..adei..

3) tempat nk bergosip! yg ni i like..sebab mmg da terang2 kte nk bgosip, haruslah ade kwn yg akan mengomen dan bergosip sekaki..

4)tempat reunion maya sebab aku jumpe balik kwn2 time aku tadika dulu, kawan yg naik bas pagi2 kol 5pagi itu semata-mata nk g skola mgs kt breicfield tu..waahh.,indahnya dunia! dapat jumpe mereka lagi..syokkk sgt!pastu siap cite2 lg pasal time2 kanak2 ribena tu..

5)pastuh, leh mengimbau kenangan2 lama dengan mengupload pic2 lame, sperti yg aku lakukan beberapa minit yg lalu..kenangan sekolah teknik yg havoc!


Thursday, December 3, 2009

.i'm the next top model.auww

last Thursday, ade shooting utk pre-graduate!wahh..da nk grade sudah..how times flies ya!
the thmee for this shooting session was
corporate with style..tgkla adakah kami memenuhi kriteria tersebut?
malas lak mau cerita,meh kite tgk pic yg mengambarkan segalanya..





yg dikanan sekali adalah lecturer ye!oh ya!sudah bertunang..xleh kacau!
.kami yg serupa.
.barisan gadis2 comel 7B.

picure di grab dari facebook myra

oh ya!kami ialah pelajar final oke.so,juniors,sila jgn jeles!kami sangat gembira bersama.hahaha


footnote:aku tidak bias ok,pic pelajar lelaki xsempat n grab ok, entry ni mungkin bole jd berita bergambar.

Sunday, November 22, 2009

Youngsters! lagi...











cube perhatikan betol2..



ade persamaan tak diantara dua video yang berbeda keadaan dan ketika ini??
ditambah pula dengan jumlah crowd yg sangat langit dan bumi..


tapi tidak apa..
kami ada cara kami sendiri

dalam keadaan parking lot yang gelap gulita..
dalam keadaan lif yang bau cam haram..


dalam keadaan smua tubuh yang kecapetan dan ke'desperate'tan nak rehat dan tidur di katil yang empuk!walhal taklah empuk sangat..

kami tetap berlatih hingga ke jam 12tgh malam
3hari berturut turut..


tapi yang jelas.. motifnya sama jelas sekali menyatukan semua orang menyatukan hati mereka mendepangkan tangan mereka satukan tenaga dan usaha yang tak berbelah bagi


walaupon aku keluar rumah jam 730 pagi dan balik 830 mlm
aku tetap pegi praktis jam 9mlm oke..


Tapi takpe..

We did it very well!

Sampai sekarang mata aku akan berair bila melihat smua gambar2 dan video berkenaan Youngsters!

Aku terharu..dan bangga menjadi sebahagian daripada keluarga itu..





footnote:terasa sayang sama 7B.rse nk peluk cium smua org