Tuesday, August 16, 2011

jangan risau, aku da lalui jugak pengalaman tu.. :)

okay, tadi,
aku keje. sepatutnye kontrak aku abis emalam. tapi entah kenape, dorang sambung lagi kontrak lagi sampai 26Ogos.*aku kan rajin bekerja sebab tu dorang susah nk lepaskan aku*muntah hijau peliss*


okay, semalam, aku jage kaunter. biaselah orang PR kene jadi receptionist!hee. pastu ade sorang student. perempuan. termengahmengah die datang. nak print transkrip katenye.

nak dijadikan cerite, pegawai yang boleh print transkrip tu meeting. so, dengan rasa serba salah apu pun minta die datang tengahari nanti, sebab by tengahari mybe la meeting tu abis kan?


pastu tibe2 die cakap 'saya ni naik public transport datang sini kak, lagipun umah saya bukan area area sini, lagipun hari ni sy terpaksa amik cuti semata-mata nak uruskan hal ni, sy nak apply biasisiwa'. dengan muke penat lelahnye die explain.

aku pun jawap, 'okay, camni, sy bagi no fon ni, japg awak kol sini eh, bole la tnye tnye dulu kalo transkrip awak da siap'

muka die hampa, tapi dalam masa yang sama die keluarkan henfon dia untuk amik no fon tu.

lepas dia pegi tu, aku tak sure die pegi mane. aku rase sedih sangat, sebab pengalaman tu aku n kawan kawan dah lalui. bila ada urusan je, urusan kami macam susah sangat nak selesai. banyak betul cobaan dan liku liku yang kene tempuh. urusan masuk UiTM ni pun bukan senang, bagi sesapa yang tak mengerti, memang dorang takkan faham macam mane susah nye kami. *eh, tetibe nak emo kan*

tengahari tu, telefon kt kaunter berdering-dering. aku pulak banyak keje time tu. lepas 3-4 kali berdering tu, terus aku berlari lari angkat fon tu. memang si budak tadi kol. transkrip die pun da siap. lepas 3-4 minit tu, die sampai, lepas tu, muke die legaa giler dan cie ucap terima kasih kt aku sangat-sangat. lepas tu aku terharu giler sebab dapat tolong die.

kenape ayat aku tunggang langgang ni? lantak la.. :)


Thursday, July 28, 2011

:(

okay, sedang demam.
dan tiada sapa peduli.



:(

Friday, July 15, 2011

okay, entry pendek je

i)sebulan berlalu okay, harini cukup sebulan aku kerje. kire 20 hari sepatutnye. tapi hari aku bekerja hanya 19 setengah hari termasuk harini sebab haritu amik AL setengah hari sebab nak setelkan cek dari unisel tu dan sehari malas bekerja sebab penat bermandi manda kt Cherating minggu lepas.

okay, bab cuti da habis.

sepatutnya tempoh kontrak aku valid sampai harini je. tapi Alhamdulillah, mereka-mereka (pihak atasan) masih memerlukan khidmat aku untuk sebulan lagi. yahooo!

ii)baju tak cukup.Makanya, setiap malam sebelum tidur pasti setiap malam aku dan Naz akan termenung sesama sendiri memirkan baju aoa yang harus dipakai esok. sebabai govt servant dan berada sekitar dengan Dekan, aku sangat digalakkan untuk berbaju kurung setiap hari. Setiap Hari. Setiap Hari.

baju dalam almari memang padan untuk 20hari sahaja (ianya berdasarkan prinsip tak mau rotate baju) hahahahha. harini baju kurung yang terakhir. sayunya hati! *tak paham kenape perlu sayu syahdu syahdu ni kan?*

tapi tapi tapi, minggu lepas si kakak aku puan Shy-Shy dah bagi satu beg baju kurung die yang banyak tu. sebab die dah tak muat pakai sebab pregnant. tapi lepas try aritu kan, baju-baju tu sume pendek dibahagian lengan tangan dn sedikit besar. pendek kate, memang betul-betul baju pinjam. tapi takpe, nanti kalau rajin nak tetas la yang kt lengan tu. *entah bila nak rajin tu*

iii) diari menjadi PAokay, nak tau tak kite update blog ni kt mane? kat bilik PA Dekan! harini kene jadi PA Dekan. dah 2-3 hari da jadi PA die sebab PA die Mc. jadinya, inilah peluang nak praktik ilmu-ilmu PR tu kan. :")

sepanjang aku memangku tugas PA dekan ni kan, aku dapati yang kite perlulah ade communication skills yang bagus. Tak payah bagus sangat pun takpe, cukup sekadar pihak pemberi maklumat dan penerima maklumat tu jelas dan faham mesej yang nak disampaikan. Biar tanye banyak kali pun, asalkan tak salah buat kerja. Telinga kene pasang, tangan kene sentiasa pegang pen dan kertas, buat catitan , nanti takla lupe. Biasala dekan kan, banyak bende kene kejar, cakap pun lajuuu je sampai aku pun tsasul-sasul catat ape yang die cakap, lepas tu time nak bace balik note tu, mulalah tak paham ape yang aku tulis.

Lepas tu kene pandai arrange mase untuk die, bile masa nak pegi meeting, kene apply kenderaan untuk die, kene buat air untuk guest. Kene cekap pakai direktori telefon tu, kadang-kadang dekan nak cakap dengan VC la, dengan Dr. Noriah la. Peningla kan nak selak satu satu muke surat tu.

Okay, sekarang dekan pun da keluar. Aku pun bolelah keluar kan? Jadinya, jumpe la di next entry. Jangan harap sangat la untuk masa terdekat ni. Sekarang ni, balik keje je melepek. Makan,tengok Annisa dan tidur.

Notacinta: sebenarnye nak masuk hal Annisa sekali ni, tapi nanti la, nak google gambar ngn synopsis dulu la.

Chow Chin Cow!

Friday, June 17, 2011

Entry lunch break: Edisi Hari Jumaat.

hai hai! * tolongla baca dengan nada ceria*

hari ni hari ke-3 aku keje. so fa okay la kan, what to expect kan? cume, hari ni ade meeting, jadinya, sume exec meeting la kan, aku?maneboleh! aku budak baru, aku kene jage kol, mesri suare comel je angkat fon. pastu bile ade orang nak cakap dengan Prof A ke, Datin B ke, kan, aku mestilah tak hafal no extention dorang lagikan? sudahnye aku jawap, sume staff kt Fakulti ni meeting. hebatkan?

oh ya! hari ni jugak, Result UiTM keluar, aku memang takrajin nak cek. tapi kan, kalau da keje kt UITM tu kan, bile nak excess websited lain, mesti domain die kuar website UITM kan? so, tu yang wat aku lemah tu. so, jadinya pagi pagi bute aku da cek~ Alhamdulillah, result aku okay! takla cemerlang sangat. tapi masih dikira bagus! yeay! :")

ooh, sekarang lucnk break kan? lame tuuuu.. dari 12suku sampai 2empatpuluhlima kang. huh! lame giler, tapi kesian kan?time break yang panjng ni aku duk ofis je.. tade sape nak bawak keluar.. :( sebab Encik H balik kampung. jadinya, aku hanya duk elok elok dalam ofis ni. japg nak join kakak-kakak tu lepak kt surau la!

tapi kan, kat siini...klau meeting! meriau tau! makanan penuh! seronok makan tadik. nanti,bile tau ade meeting lagik, aku nak bawak tupperware kosongla. boleh tapaw! :")


okayla, sekian dari aku yang cumel! :")
entry sume tulisan kan, gambar tade. ni pc orang la!

Thursday, June 16, 2011

Hai Hai! Saya Government Servant sekarang..

hai! hai hai!

lame kan tak hapdet? yelahkan, kt kuantan takde tenet. so, paham paham jelah ye. :")
tapi sekarang, aku da bole ekses intenet! lebih seronoknya, aku hapdet blog ni kt ofis aku tu! yuhuhhhu!


sekarang, aku keje kt UiTM Shah Alam! SKP je kot, SKP tu stands for Skim Khidmat Pelajar. macam biasa, keje2 admin la keje aku kan..

tapi yang tak bape syioknye kan, aku sorang je yang dapat. padahal apply 4orang, tapi mungkin ni rezeki aku. serba salah pulak aku kt dorang. :(

dan sebab aku sorang je dapat, makanya, aku hanya duduk sorang-sorang kt umah sewa tu. tapi takpaa,

katanya ade orang yang ade kalau aku takut sorangsorang.

takpe takpe, kite bagi tempoh percubaan kt Encik H tu bole ke tak die datang bawak aku jalan jalan time bosan. kite tungguuuu... :")

yang janji die nak amik aku balik keje pun aku taknak cakap lebih lebih kt die. nanti aku pulak emosi lebih lebih kan.. tapi die pun keje, msti bz gak kan? tapi bukan aku yang janji.

ni lunch hour ni, aku malas nak kuar makan, on9 la jekap kan, tapi hati rasa hampaaa! banyak sides kene block! Facebook Youtube sume tak leh layan. tak bolehla aku nk mengular tengok Jambu kan?

tapi blogspot die tak block! bolehla aku wat entry tertangguh setiap hari! yeehaaa! :")

Friday, May 13, 2011

Dari I'm back terus kene mintak maaf.

okay, sori! seems like my typical words isn't?

tapi tolongla percaya, setiap yang aku cakap dalam blog ni jujur. kalau aku sibuk, aku cakap sibuk. kalau aku sakit, aku cakap aku sakit. even kalau aku marah, aku cakap marah. apatah lagi kalau aku gembira, seakan rase nak kongsi satu dunia kan?




aku da habis exam, ingat previous entry? aku kata aku gembira sebab exam dah tamat? aku pun da set dalam minda aku yang aku akan berusaha nak abiskan 30days challenge tu. nak update blog ni rajin rajin. tapi manusia kerdil seperti aku ni hanya mampu merancang, Tuhan Yang Maha Adil lagi Bijaksana telah rancang sesuatu untuk aku. sejak seminggu yang lalu.

ingat perihal sakit mata aku sejak dua tiga menjak ni? well, lepas 2 klinik aku rujuk berkenaan hal mata tu, still! mata aku sakit,. satu klinik di Kuantan dan satu lagi dekat Shah Alam ni ha. ubat da bergelen-gelen aku titiskan. ok,tipu tak sampai bergelen pun! exaggerate je lebih .
mungkin sebab sekarang cuaca panas. tu boleh jadi factor jugak. sape yang kawan kt ym akan tau la, sebab status aku tak bertukar sejak 3minggu yang lepas iaitu " half-baked".


itulah salah satu sebab aku tak update blog ni. mata aku tak mampu nak tahan lame lame depan laptop. tapi, dalam pada mase tu gak, aku berjaya gakla habiskan 19 episod Running Man. eh eh, aku tak duk melangut depan laptop sangatla, cume aku dok jaub sikit dari laptop. pastu gelak gelak tengok cite tu.


itu je kot yang mampu nak update sekarang. nanti lepas da recover, Insyaallah aku cite lagi pasal hal dating aritu.,,yuhuhhhu! hahahaa sementara tu, amikla unedited version punyer gambar, nak tunjuk mate sakit :(

this picture was taken during my last paper. tengokla muke tak semenggah amik exam. mata macam tak tido langsung. harap maaf semua



notacinta: mereka merka di chatbox, nanti aku balas balik kunjungan korang, tapi ade yang aku sempat follow balik, tapi bagi mereka yang aku tak sempat tu, sekali lagi Maaf sangat. eh eh, bajet macam artis kan aku ni?hee :")


Friday, May 6, 2011

.Kembali, I'm back. Back, Back! :")


Hai hai
rase nak senyum lebar lebar macam kerang busuuk bole?
nak senyum sebab exam da habes!
yeay!!