okay, sekarang masih dikira awal awal pagi. jadinya aku nak ckap. Halo! Guten tag! Jangan main main, sekarang aku ade clas German tau. setakat nak mengumpat tu aku paham la dol! hee..
eh,tak! jangan nak pecaye sangatla kan? Clas baru nak masuk 3 kali. ade hati nak paham orang cakap, padahal minggu lepas lecturer baru ajar camne nak bace ABC dengan kira 1 sampai 1000 dalam bahasa German.
okay okay, berbalik kepada tajuk aku tu ha. kat blog ni la rase nak meluahkan perasaan kan? takla cam orang lain, asyik nak update kt fb je.. eh tetibe emo?
kalau nak dikira, sesape yang lahir bulan Ogos selalunya akan senang mendapat penyakit, dan cepat sembuh. aku selalu mengakui fakta tu sebab sememangnya aku memang cepat dapat sesema bila pegi tempat baru, aku senang kene demam kalau redah hujan, aku senang sakit kepale kalau tidur tak cukup dan.... aku jugak senang baik, makan ubat plus tdo. pasti lepas tu akulah orang paling aktif didunia.
tapi, buat sekian kalinya, aku mula merasakan perubahan pada bdan aku ni. Sejak raya lepas, aku tak sihat; deman on off, batuk dan selsema jangan dikira, abis semua towel kecik aku tu aku rotate. semalam kaler pink, arini kaler biru. esok oren dan kuning.
Bak kate, towel kecik tu ibarat wallet. mane mane wajib bawak. Aku tak pecaye kalau guna tisu. sebab tu ari ari gigih basuh towel kecik tu tau pakai tangan.
persoalannya bukan nak cite pasal towel sekarang ni. nak cite pasal penyakit aku ni ha.
entah kenape lepas raye tu astik tak sihat je. siap kene tahan tahan wad lagi. Bukan aku tak makan ubat, masalahnya kali ni aku memang maka ubat sampai abis. tak jugak elok. Bukan klinik je aku pegi, hospital UiTM yg free tu pun aku pegi. Tak pecaye dengan ubat-ubatan, aku beli bagi Vitamin C yang katenye bole kasi anti-bodi yang kuat, sekaligus dapat mengurangkan selsema tu pun aku da makan, tapi tak jadi ape.
cuace kt Shah Alam ni kot yang tak bape sihat, housemate aku pun same kes ngn aku. Encik H pun dah bape kali demam, katenye berjangkit dari aku. Agak agakla bro, bukanla U selalu sangat keluar dengan I pun kan? *mati aku kalau die tau aku panggil die bro*
bukanla aku tak suka bila tak sihat ni, tapi bile dalam kelas asyik aku je yang terbersin bersin payah jugak nak focus. bila da terbatuk batuk, orang lain pun rase terganggu.pastu bila rasa tak sihat sangat, otomatik Naz mesti nk bwak pegi klinik. dah menyusahkan orang tu. pastu bila orang kol, suare astik sengau sengau je. mesti dorang kate, suare aku memang sengau! kan dah tak comel tu.. *wink wink*
memangla sakit tu tanda-tanda Allah sayang kat kita, nak hapus dosa-dosa kita, aku paham tu. Tapi aku risau kot kot ade penyakit lain ke kan, dah sebulan lebih dah ni tak sihat. Bukan mintak bukan bukan, tapi risau. Ianya bukan perkara yang menggembirakan bilamana time ko bangun tidur hidung ko berdarah ye.
*Gambar tiada motif dan takde kene mengena dengan entry*
lepas clas PR. teruja sebab kaler hitam bergabung dengan purple. Aku tak letak watermark ni, janganla curik gambar ni ek.
tapi keadaan mungkin okay kalau U bawak I tengok wayang la. Lagipun I tak sabar nak tengok baju yang U beli utk I tu. :")
No comments:
Post a Comment