Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran semua orang! :")


okay, Assalamualaikum.. ketika dan saat entry ini di published, aku da berada kt kampung mak aku Kelantan Darul Naim.. *errrrrg*


harini kire aku da pecah rekod la kot kan, sebab buat entry pasal raya sehari sebalum raya kan? well... Nadia Zulkifli memang cam gini. :")

okay, puase ni kene tulis cepat-cepat. bandwitch bband aku da maximum, so, tadi kene topup, rm18 punye pakej. *ni ade kene mgene dengan ucapan raya ke?*

okay, tanak merapu meraban, aku nak ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog ni*eh? ramai betol readers kan?* di kesempatan ini jugak, aku, Nurul Nadia Binti Zulkifli yang jugak pemilik blog ni nak mintak maaf atas segala kesalahan yang nak perasan mahupun tak perasan sepanjang aku merepek kt sini, mungkin ade pihak yang terasa dengan katakata aku ataupun entryentry aku ade yang menyentuh sensitiviti sesape, dengan ikhlas aku memohon ampun dan maaf ye.


kadangkadang kite tak perasan kan yang kita terbuat salah. harapharap diampunkanla segala kekhilafan aku ye. :")

notaraya: Hati hati dijalanraya d musim hariraya, ingatlah duit raya! :")

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday#1

https://twitter.com/#!/nnadiazul
kite budak baru belajar.:)

11 jenis manusia didoa Malaikat

ini adalah seratus peratus entry copy-paste. dari https://www.facebook.com/notes/layarminda/11-jenis-manusia-didoa-malaikat/207828972591575

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●


pesananpenaja: ini adalah untuk diri sendiri dan sesiapa yang terbaca post ni. Selamat Beramal

eh eh, selamat berpuasa.

sebetulnya, ucapan Selamat Berpuasa tu aku patot cakap mase 1Ramadhan dulu, tapi biaselah, orang bz macam aku memang main redah je semua. kire da nak akhir ni boleh jugakla ucapkan? sempena mengjar Malam lailatulQadar. :")



baiklah, kita cakap hal diri aku pulak k. *tetibe* ko ingat ko artis nak update pasal diri sendiri?


setepatnya, aku kini di Kuantan.[sebab tu baru sempat nak hapdet]. harini Ramadhan ke 24, insyaallah lagi beberapa hari lagi nak jadi 22. nak raye! basically, aku tak terasa pun nak beraya taun ni. entahla mybe sebab taun ni maktak buat kuih raye ataupun nak balik kampung.


aku juga da abis kontrak bekerja. kesian kan? kesian. validity untuk aku kerja adalah sampai 26Ogos, tapi atas sebab musababnya, aku memang terpaksa berhenti awal.
antara sebab musababnya adalah :
  • pada asalnya, aku memang nekad nak benti Jumaat lepas(1908) sebabnya aku memang takde niat langsung nak beli tiket balik Kuantan sebab makdan abah nak datang weekend tu,jadinya aku harus berhenti jumaat tu gak
  • tapi apakan daya, Khamis (1808) tu menjadi hari terakhir aku keja. sebabnya anak buah aku si Damia Batrisya tu masuk wad. Jangkitan kuman dalam paruparu. jadinya, dalam pukul 11 airtu, aku bergegas ke Hosp Selayang. aku tak sempat nak salam semua orang kt fac tu. takpe, nanti da bukak sem baru, insyallah aku pegi jenguk dorang dengan harapan akan mendapat duit raya yang banyakbanyakbanyak. hee
ini adalah keadaaan Tisya on he 1st day, adn now, she's getting better. :")
tapi still warded. tak tau bile bole keluar. Jangan nak raya kt hospital suda.



Sekian,terima kasih.
notacinta: umur da meningkat.amalan pun harus meningkat yo!


Tuesday, August 16, 2011

jangan risau, aku da lalui jugak pengalaman tu.. :)

okay, tadi,
aku keje. sepatutnye kontrak aku abis emalam. tapi entah kenape, dorang sambung lagi kontrak lagi sampai 26Ogos.*aku kan rajin bekerja sebab tu dorang susah nk lepaskan aku*muntah hijau peliss*


okay, semalam, aku jage kaunter. biaselah orang PR kene jadi receptionist!hee. pastu ade sorang student. perempuan. termengahmengah die datang. nak print transkrip katenye.

nak dijadikan cerite, pegawai yang boleh print transkrip tu meeting. so, dengan rasa serba salah apu pun minta die datang tengahari nanti, sebab by tengahari mybe la meeting tu abis kan?


pastu tibe2 die cakap 'saya ni naik public transport datang sini kak, lagipun umah saya bukan area area sini, lagipun hari ni sy terpaksa amik cuti semata-mata nak uruskan hal ni, sy nak apply biasisiwa'. dengan muke penat lelahnye die explain.

aku pun jawap, 'okay, camni, sy bagi no fon ni, japg awak kol sini eh, bole la tnye tnye dulu kalo transkrip awak da siap'

muka die hampa, tapi dalam masa yang sama die keluarkan henfon dia untuk amik no fon tu.

lepas dia pegi tu, aku tak sure die pegi mane. aku rase sedih sangat, sebab pengalaman tu aku n kawan kawan dah lalui. bila ada urusan je, urusan kami macam susah sangat nak selesai. banyak betul cobaan dan liku liku yang kene tempuh. urusan masuk UiTM ni pun bukan senang, bagi sesapa yang tak mengerti, memang dorang takkan faham macam mane susah nye kami. *eh, tetibe nak emo kan*

tengahari tu, telefon kt kaunter berdering-dering. aku pulak banyak keje time tu. lepas 3-4 kali berdering tu, terus aku berlari lari angkat fon tu. memang si budak tadi kol. transkrip die pun da siap. lepas 3-4 minit tu, die sampai, lepas tu, muke die legaa giler dan cie ucap terima kasih kt aku sangat-sangat. lepas tu aku terharu giler sebab dapat tolong die.

kenape ayat aku tunggang langgang ni? lantak la.. :)