Monday, December 26, 2011

Entry waktu maghrib





aku berhenti study kejap sementara tunggu Maghrib, dengar lagu ni kat youtube, entah kenape, tenang je. Alhamdulillah. :)

Sunday, December 25, 2011

All went well.. Alhamdulillah :)

entry berbaur kata-kata legaaa.... kalau agak-agak rasa annoying, keluar dari sini!


Alhamudulillah, minggu yang penuh onak dan ranjau serta terkejar-kejar telah berakhir! Yeayyyyy! *senyum sampai telinga, kalau orang nampak aku senyum smpai telinga ni, comfom pengsan*


rasa lega sangat, tak terkata dengan kata-kata, hanya dapat dibalas dengan tidur sepanjang hari semalam untuk membalas dendam. ini sangat tak bagus untuk mereka yang nak amik SPM taun depan. eh?kaitan??




nak tau ape yang aku bz sangat tu? wowowww.. lepas ni janganla cakap, eleh, tu je yang ko bz beno? xdelah macam PM tu haa...


*sambil bukak balik organizer*


  1. ASSIGNMENT MAJOR AND SUBMISSION 1/12/11
  2. CTU TEST 5/12/11
  3. BEL FORMAL MEETING 6/12/11
  4. GERMAN ORAL TEST 7/12/11
  5. PRESENTATION: PERKAHWINAN 8/12/11
  6. COMMUPDATE: INC 9/12/11
  7. FINAL TEST:WRITING FOR PR
  8. CTU PRESENTATION 19/12/11
  9. INC GROUP PRESENTATION&SUBMISSION 19/12/11
  10. KOKO:HAFAZAN DOA-DOA
  11. GERMAN(CD PROJECT) 21/11/11
  12. GRAND ANNUAL DINNER FOR IPRMSA 23/12/11

aku pun tak sangka ianya ada 12 perkara weh!cayalah! tapi nilah hakikatnya, lepas cuti raya haji aku memang sebok bebenor, sampai tak balik kuantan langsung menjenguk mak abah, alih-alih dorang jugak datang sini. tapi bukanla semata-mata tengok aku. gila ko dorang nak datang semata-mata sebab aku? 

time bz ni, sistem badan selalu mengecewakan aku. aku jatuh sakit haritu. ayat jatuh sakit tu macam over, sebenarnya takla jatuh, aku demam selesema je. dah asyik bersin bersin je. dah kalau kite bz, tambah pulak dengan tak sihat, emosi memang terganggu la kan. selalu aku menangis time mandi, aku pun tak paham kenapa aku perlu syahdu time mandi.haha. tak pulak syahdu syahdan time nak tidur kan? sebab, aku jenis lepas letak kepale kat bantal je, aku terus hilang, kadang-kadan tak sempat baca doa tidur pun. Astagfirullah, maafkan aku, ya Allah. 


makan pulak tak menentu waktunya, sesekali aku gastrik. lagilah makcik nak hangin kan! dah dapat makan, sakit perut pulak. takpe, lepas da kene beberapa kali, aku da tau trick die, kalau agak-agak perut da pedih-pedih tu, jangan terus terkam nasi, minum dulu air suam, panas menggelegak lagi okay kot. lepas tu baru makan pelahan-pelahan. jangan ikut macam aku, aku makan laju, comfom tak cukup 44 kali kunyah. 


bila makan tak menentu, badan pun sedikit susut, haha, ni bab kelakar, aku turun 2kilo tu.. sikit lagi nak jadi ke berat ideal. haha. 

semester ni, kelas aku kene handle Dinner. jadinya kene colaborate dengna group satu lagi. tapi buang masa aku nak masukkan nama dorang dalam blog aku sebab dorang selamba badak tak tolong ape pun, aku cop dorang sebagai pemalas. jadi 3C, jangan nak memandai cakap event ni korang organize bersama kitorg ye. okay, kang tak adil pulak, kire ade beberapa orang je yang banyak membantu. thanks terry, nini, azri n dhia. tu je yang aku nmpk n a few yang muncul on that day. 

aku jadi treasurer, jadinya segala duit aku pegang, bukan pegang, amanah orang kene jaga elok-elok. aku jugak kene ikut Ketua projek pegi bayar semua. alhamdulillah, duit okay setakat ni. cuma ade la sikit-sikit resit belum clear.



Kelas kau Nadia, MC pun tak pakai 2 baju. Cincin tanak kalah kau kan!
Tulang belakang

kalau nak cerita pasal dinner ni, banyak kisahnya. tapi aku simpan untuk siri sendiri. masa nilah baru kita tau sape bole buat keje,sape duduk melenggang. sape yang pandai mengarah, sapa yang buat keje betul-betul. boleh dikatakan MC222S3A bole buat keje dengan hensem cuma adelah yang ishk! malas nak cakap. Alhamdulillah, dapat classmates yang macam ni. Penghargaan patut diberi kt decoration and f&b team. tanpa mereka, tak menjadi dinner ni. 




Tudung macam hape. Grrr!

Organizer je ade miniature ni.Jadi,jangan jeles!

notakaki: lepas ni aku tanak pakai tudung si tajima ni. lari lari je, dahla aku sibuk malam tu, terus tak jadi tajima, jadi tajam je. lagi satu, aku je sorang yang pakai 2 baju, petang aku pakai dress turqoiuse, malam aku pakai jubah hitam. lagi satu, aku takde banyak gambar, sebab aku tak glamor. kalau perasan boleh dikatakan semua gambar ka pegan walkie-talkie. 


Puan Noraini cakap, Good Job, Well Done!
Jadi, disini, aku nak ucapkan Tahniah kepada smua yang telah menjayakan dinner ini, ramai yang bagi positve feedback, Alhamdulillah. kepada sekecil-kecil peranan, hingga sebesar-besar position, besar jasanya kat dinner ni. Jadi, smua harus ingat, ini semua hasil kerja kita, bukan kerja engkau seorang atau kerja beberapa orang.

Saturday, December 17, 2011

Miserable. Ouhhhhh


Not only today, its forever!
Kan seronok dapat ini?

Hai u! Sekarang I takboleh senyum macam u all la!




Aku merepek ke? Tak, ini tulisan orang mengantuk disorong bantal, tapi aku pilih nak update blog laju laju. Dan ini bukan untuk Wodrless Wednesday, ini wordless everyday. Inilah gayenya sampai study week! 

Saturday, December 3, 2011

"Saya dipaksa oleh ibu saya, Ferry"

Minggu ni tak tau kenape asyik bercakap soal agama.
Tadi, lepas balik Seminar Kekeluargaan Islam, tidur sekejap, bangun online. Bukak Facebook, tengok ramai yang share link dibawah. Aku amik masa 










Friday, December 2, 2011

Innalillahiwainnalillahrajiun...Dari DIA kita datang, kepada DIA kita pergi

Assalamualikum :)

minggu ni minggu yang hectic. ade 2 major assignment kene hantar. dan Alhamdulillah, semua da setel. Minggu ni jugak, banyak berita kematian untuk aku.

mereka yang pergi tu bukanla orang dikalangan aku, bukan jugak mereka yang rapat dan dekat dengan aku. semua story ni aku dapat dekat Facebook. bz pun sempat cek fb tau!haiyaaa!. 





ini antara mereka yang telah pergi menghadap pencipta minggu ni.


1) Syareena Azman. kawan kepada kawan aku kat Facebook. orang Shah Alam jugak,study UiTM Shah Alam. Nampak comel dan baik je. Katenya meninggal sebab Tibi. Bile tengok video ni.sayu je hati even tak kenal dia. Al-Fatihah







2) Zarith Nadira ( Rara Zikry) . Aku dapat tau ceritanya mase tengok Nona. Anak tunggal, LimKokWing Students, 23 tahun.  Menurut sumber,
Pada 19 Mac 2010, Rara Zikry mengalami serangan asma ketika mengayuh basikal (tapi mummy dia cakap, masa dia tgh jogging) bersama rakan-rakan. Kemudian beliau dihantar ke Subang Jaya Medical Centre dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Tak lama lepas tu dia terjaga tapi dah tak boleh cakap dan mengalami beberapa komplikasi lain.

Tak berapa lama lepas tu, dia telah dipindahkan ke Hospital University untuk further treatment dan doktor diagnose dia telah mengalami Hypoxic Ischemic Encephalopathy (brain damage). Dan sekrang keluarga dia memerlukan sumbangan dari apa jua jenis tak kira wang ringgit, doa mahupun apa sahaja yang boleh meringankan beban mereka..

Zarith Nadira Binti Muhammad Zikri

Dia cantik, menjadi kesayangan kawan kawan dan family dia. Al-Fatihah.




 "Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang meninggal di jalan Allah   bahwa 'mereka itu telah mati,' sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya" (QS Al-Baqarah [2]: 154).



Al-Fatihah untuk mereka, moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang solehah. Amin.