Friday, December 2, 2011

Innalillahiwainnalillahrajiun...Dari DIA kita datang, kepada DIA kita pergi

Assalamualikum :)

minggu ni minggu yang hectic. ade 2 major assignment kene hantar. dan Alhamdulillah, semua da setel. Minggu ni jugak, banyak berita kematian untuk aku.

mereka yang pergi tu bukanla orang dikalangan aku, bukan jugak mereka yang rapat dan dekat dengan aku. semua story ni aku dapat dekat Facebook. bz pun sempat cek fb tau!haiyaaa!. 





ini antara mereka yang telah pergi menghadap pencipta minggu ni.


1) Syareena Azman. kawan kepada kawan aku kat Facebook. orang Shah Alam jugak,study UiTM Shah Alam. Nampak comel dan baik je. Katenya meninggal sebab Tibi. Bile tengok video ni.sayu je hati even tak kenal dia. Al-Fatihah







2) Zarith Nadira ( Rara Zikry) . Aku dapat tau ceritanya mase tengok Nona. Anak tunggal, LimKokWing Students, 23 tahun.  Menurut sumber,
Pada 19 Mac 2010, Rara Zikry mengalami serangan asma ketika mengayuh basikal (tapi mummy dia cakap, masa dia tgh jogging) bersama rakan-rakan. Kemudian beliau dihantar ke Subang Jaya Medical Centre dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Tak lama lepas tu dia terjaga tapi dah tak boleh cakap dan mengalami beberapa komplikasi lain.

Tak berapa lama lepas tu, dia telah dipindahkan ke Hospital University untuk further treatment dan doktor diagnose dia telah mengalami Hypoxic Ischemic Encephalopathy (brain damage). Dan sekrang keluarga dia memerlukan sumbangan dari apa jua jenis tak kira wang ringgit, doa mahupun apa sahaja yang boleh meringankan beban mereka..

Zarith Nadira Binti Muhammad Zikri

Dia cantik, menjadi kesayangan kawan kawan dan family dia. Al-Fatihah.




 "Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang meninggal di jalan Allah   bahwa 'mereka itu telah mati,' sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya" (QS Al-Baqarah [2]: 154).



Al-Fatihah untuk mereka, moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang solehah. Amin.

No comments: