Tuesday, November 29, 2011

Ustazah Pilihan :)

sekarang, 12.53pagi. aku kat rumah kakak kt Putrajaya. buat assgmnent. carik carik bahan untuk term paper yang pening tu. sambil sambil tu, aku tengok tv. Astro namenya banyak chanel, semua cite hamppeh. 


tibe tibe, aku bukak Astro Oasis 106. cite Ustazah Pilihan. mule mule aku buat bodoh je, sekadar bukak tv sebab nak ade peneman. nak jugak dengar dengar bunyik tv. tapi! bile dorang mula berbincang..


banyak betul ayat-ayat Quran yang dorang guna
banyak betul dorang puji memuji Allah, : MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah tu da jadi macam kebiasaan untuk diorang. 
banyak betul kata-kata positif dari dorang ni
dan banyak jugak hadis dan kisah kisah nabi dorang ceritakan sebagai contoh


dan kesemuanya fasih berbahasa Arab. aku tibe tibe jadi "Wah!, hebat dorang ni"
mula la aku browse internet carik info info sikit, baru dapat tau, ramai antara peserta ni berkelulusan dari Arab, ade yang dah berkahwin, bertunang. Ada jugak yang still study lagi. dan rmai antara dorang ni ustazah dan pensyarah.










tiba tiba aku rasa bangga, ade jugak cite macam ni kan? stil lagi ada orang yang mengangkat kedudukan wanita dalam bab bab agama ni. stil lagi orang pentingkan agama dari hiburan. tak macam pihak lain, asyik buat reality show nak cari penyanyi je, nak carik pelawak je. ade jugak tu yang carik talent dari budak budak sekolah. 


cuba buat program mengaji ke, bape orang beremosi menangis meraung raung kalau tak dapat pegi final? 


mungkin akhir zaman dah kot, sebab ada hadis mengatakan; sampai masanya nanti, manusia akan mengagung-agungkan hiburan yang melalaikan dari majlis majlis ilmu. Wallahualam


aku cakap, untuk diri sendiri jugak. aku pun takboleh nak lalai sangatla kan. same jugak dengan korang korang yang bace ni semua. ;p




Oh ye, tadi aku dapat tau yang Ustazah Pilihan dah nak final, dorang buat kt SACC Mall, 1Disember nanti. dah dekat sangat la tu dengan aku. Kalau ade rezeki, nak jugak tengok. tapi tengok dulu camne. Lagi satu, Ustazah Firuz tu calon ustazah pilihan aku, tak tau kenape, aku berminat dengan dia.die tenang kot. tapi yang lain lain pun okay. 


atleast, ni first reality show yang aku akan vote untuk diteruskan tahun tahun  depan. aku selalu kutuk kutuk reality show yang lain sebab, dorang macam nak makan duit kita je. tapi tak untuk ustazah pilihan ni. 






notacinta: kadang kadang perlu kite dengar ceramah ceramah kat tv tu, sebab kalau da jadi student u ni, nak pegi surau memang susah sangat. Kalau da rajin surf youtube tu, rajin rajinla jugak search ustaz azhar idrus ke ustaz kazim k?. Sekali lagi, ni untuk aku. dan untuk kamu jugak. :)

No comments: