Wednesday, November 7, 2012

Quick update

Quick update

dah tiba masanya blog ni kene private kan ni. tapi aku tengah rushing, tak jmpe mana nak click utk setting bende alah ni. Ada orang da jmpe blog ni. Haiyyy..


Nk update thru phone pun, takda masa.

Monday, August 13, 2012

Assalamualaikum May,Jun,Julai, Ogos.

Fuhhhh...the longest period since my last updates early April. Typical me, Sorry and sorry, been busy with students life. *booorrrriiinnnnng*

okay,last entry cite pasal masuk sem baru kan? harini dah 13Ogos bersamaan 24 Ramadhan. Banyaknye nak cite. hihiksss. xpelah,cite skit2 jelah.kite bukan artis.

nak cite pasal trip ke Vietnam-hectic part 4-Ramahdan-Kerja. tapi, malas pulak. kire okayla ni da kasi mukadimah! :)

Monday, April 2, 2012

Assalamualaikum April...

Assalamualaikum
Ish ish, lamenya hibernate? Dok ceruk dunia ke? Yuhuuuu... Hahaha. Jangan ditanya mane aku pergi, tak pegi manemane pun. ada lagi kat Shah Alam. masih lagi budak UiTM. *nak bgtau bdak UiTM bz ke tu??* 

Bz sangat tidakla. tapi agak bz. mulamula tak paham kenape baru masuk minggu ke-5 class, rasa macam dah nak pengsan siapkan assignments? Nampak tak assignments tu ade "s" ? Makanya, task need to be submitted adalah lebih dari satu. Aku buat kirakira, minggu pertama dah ade 12, need to be completed before midsembreak. Oh, lepas sedar dari lena, baru faham kenape keadaan jadi macam ni. Sebabnya, I'm no longer  Diploma students, I'm pursuing a Degree leve nowl . and the most important reminder is, I'm Part FOUR (4) students. Next sem will be my LAST semester in UiTM, later on I'm gonna have a practical training and enter the real real world. Insyaallah. :)

So, nak cite ape ni? *ingat kau artis, nak update banyakbanyak?*

Okay,update redisi ringkas dan padat. (a) Laptop baru format, jadinya takde gambar nak kasi up. (b) Da beli broadband yang ketiganya, YES dari Celcom, untuk students, jimat.bayar jika pakai je. pakai topup. Line pun okay kt Seksyen 7 yang padat ni. Bolelah, utk regular basis, assignments, twitter,Facebook.Blog. Blog?*Blog yang tak update ni?*. (c) Alhamdulillah, sekarang lepas maghrib, ade mengaji sikit. Kadang-kadang maghrib tak sempat, ganti lepas Isyak. tapi,ade gak tinggaltinggal. (d) bab puasa belum dapat buat lagi, isnin clas 4jam, 9.30-1320. selalu menggigil dalam clas Dr.Kiran tu, "No eating, No drinking in my class" break 10minutes je. Khamis lak,petang free, selalu ade plan nk jogging. takpe, Insyaallah, akan cuba puasa gak. (e) Ptptn da makin susut. Manakala badan, tidak dapat ditafsir.haha. (f) Sekarang, online rajin, tapi lebih menjerumus ke arah website islamik, sebab nak pegi surau dengar ceramah agama, memang tak penah, bace berkaitan pun okay ape, in my opinion la kan? Jangan ade orang sue aku sudah bila kuar statement camni. Dikatenya ajaran sesat tak payah dengar kuliah Maghrib kt surau.


Okay, almost pukul 3. nasib baik esok class cancel. ini pun  terbangun, lepas tertidur lepas maghrib tadi. Saje je update, sebab nampak orang tegur kt chatbox. Hehehe..



Tu je la kot update untuk taun ni. Dulu blogging jadi rutin,sekarang macam so-so pulak. Penat menaip gamaknya. Taip assignment pun okay la kan nok? Hihih


Akhir kata,  Hello April, be good to mama okay! :')

Thursday, February 23, 2012

Hai.I'm here again

Hai Hai Hai..
Assalamualaikum..


seperti yg sedia maklum, ini adalah blog persendirian. Jadinya tuan punye blog ada hak bila dia rasa nak update atau tinggalkan ianya berhabuk. jadi, korang pun ada hak nak baca atau tidak. Sama-sama ade hak. gitulah kan? Ayat lancang je aku ni kan? takpe,hatinya baik udah cukup. heheh




okay,sekarang Semester Break, jadinya aku harus berehat. dalam erti kata lain, rehatkan otak,rehatkan badan dan kasi mata untuk berehat. semuanya gara-gara kebizian last sem. Last sem sangat hectic, rushing ke sana ke mari untuk siapkan semua assignments. Tapi perancangan Allah lagi hebat, walau seperfect mana pun usaha kita, kalau DIA nak kasi banyak tu result kita, kita harus redha menerima. Jangan lupa, Allah perancang tehebat. Untuk aku, kau dan semua. 


Entry ni jugak terjadi sebab result baru keluar semalam. ya 22Februari telah menggetarkan seluruh umat UiTM. yang bisa merobek hati setiap daripada pelajarnya.yang mengganggu rutin harian mereka dan tidur-tidur mereka. Tahniah bagi yang berjaya. Smua berjaya, berjaya habiskan exam. Tapi result nya? Aku? Alhamdulillah, masih bisa memaintaikan angka 3 ke atas itu. Tapi pointer sedikit dropped dan telah memberi kesan besar ke atas CGPA aku. Ada subjek yang aku terlalu takut nak tau resultnya, tapi hasilnya adalah memberangsangkan, tapi masih tak cukup dengan usaha keras aku, tapi lepas muhasabah, aku terima semua itu. Tapi, getarannya tak sama bila aku tengok result untuk subject Writing for PR. sungguh menghampakan.




Bukan aku je rasa cmtu, hampir semua classmates aku merungut benda yang sama. Punca keruntuhan gred kami. Tapi takpa, lepas rasa keruntuhan, baru ada semangat nak kejar balik kan? Untuk next sem, I'll try harder! Insyaallah! 


Lepas baca-baca artikel motivasi dan keislaman, aku dpat simpulkan yang ada hikmah berlakunya semua ni. Mungkin usaha kita yang kononnya nmpak keras, tak cukup untuk bantu kita. Oleh itu, berusaha lagi ye cik Nadia! :)




alamak! niat dihati nak tulis pasal Ustaz Azhar Idrus, tapi, kain tak sidai lagi, nasik tak masak lagi, aku tak mandi lagi. Hari dah nak zohor, tapi aku seakan mati je harini. Tgk TV boring. Online dari subuh smpai skarang, Habisla bandwitch aku. 
Hari suram, kaler pun harusla suram je.


Assalamualaikum... :)
Have a pleasant day peeps!

Friday, January 20, 2012

Ouh, tertinggal flight rupenya :)

eh? da hari ke-20 tahun 2012? cepatnya masa terbang. dan aku? masih lagi tak wish Selamat Tahun Baru 2012! *bunga api pancut-pancut* yeaaay!


skrg bz la,okay tak, tak bizi mane pun, cuma takde idea nak tulis. Tapi sebelum tu, aku harap, 2012 ni akan bawa rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik untuk aku dan family, kawan-kawan dan semua yang dekat dengan aku. semua, awak yang baca ni pun termasuk tau. :)

tahun baru ni, aku ade 8 azam baru, semua aku tulis dalam diari dan planner. Tahun ni jugak baru ade diary and planner. Moga hidup lebih tersusun dan teratue hendaknya. Harap-harap, by end of this year, bolehla capai semua azam-azam tu. Antara azam aku yang boleh kongsi kat sini, aku nak khatam al-Quran. dulu time sekolah, adelah khatam, mase ramadhan pun ade khatam, tapi tu tahun-tahun lepas, tahun ni aku nak khatam awal sikit. Sekarang baru juzuk 9, insyaallah sempatla khatam ye, cik Nadia oi! 


okay, habis pasal azam. out of 8, 1 je kot boleh bgtau orang. ;p

pada aku, 2011 banyak ajar erti kematangan. eh, dari 2007 lagi da matang kot! 2011 lepas buat aku jadi tersedar banyak benda.

awal 2011- aku dapat 2 bende besar dalah hidup aku. Laptop dengan Nikon D3100. Alhamdulillah, abah bagi, untuk senangkan kerja aku.

2011 ni banyak jugak uji kesabaran, sebab aku rasa dikhianati/ditipu dengan kawan baik sendiri, malas nak cita lebih. tapi sampai skarang, kalau ingat hari aku kene tipu hidup-hidup tu, aku bole menangis.  Bila orang yang kita rasa kenal kita, buat kita terkilan, sedih jugak rasenya kan? Tapi bende da lepas, aku harap kau faham kenapa aku react macam tu. Tapi, kalau still tak dapat tangkap ape yang aku cuba cakap, ternyata, kau tak kenal aku, aku tak kenal engkau. 

2011 dah buat badan aku naik macam belon. eh, takla belon sangat, tapi berat tu mencanak pulak dia naik kan. Bahagia mungkin? Tak, ni semua faktor stress. Bila stress makan, bila makan, stress.

2011 menunjukkan perubahan positif untuk kulit muka aku. Before this, aku takde masalah besar  bab kulit muka, cuma rasa macam kulit tu kusam sikit. Tapi lepas aku pakai trial pack Safi Balqis Perfect 10, alhamdulillah, nmpak perubahan positif tu. Bila aku tengok gambar lame, baru nmpak perubahan tu Terus aku beli lagi. Berbaloi-baloi :). Lepas ni aku harap bole jadi spokeperson Safi Balqis Perfect10.


2011 jugak, aku pergi konsert. Taubat aku tanak pegi konsert lagi. Bila semua orang terkinja-kinja, panggil-panggil nama artis tu, aku rasa macam kenape kita perlu macam tu? Agung-agungkan benda-benda lagha. Eh, jangan kata aku jadi pemerhati je kt konsert tu, aku pun dok terkinja-kinja, menjerit-jerit tu tau tak. Sebab aku buat macam tulah, aku serik. Insyaallah, no more concert after this. Mase aku bersorak-sorak tu jugak, aku terpikir, kalaulah dunia ni runtuh, dunia ni terbelah dua time tu, kat mana aku nak berpaut?Takkan aku nak mati dalam keadaan macam tu? Sebab tu, makin lame, makin slow rentak aku malam tu. Astagfirullah.

rasanya nilah sebahagian memori untuk 2011. Aku harap, 2012 mungkin aku boleh perbaiki mane yang perlu, buang mana yang tak perlu. Kalau ade nak tambah, bgtau ye. Aku tak ingat semua benda. Lagipun, kadan-kadang aku tak nampak apa yang orang lain nampak.



So, 2012! be nice to me okay. Insyaallah! :)

Little Angel, nadyNadnad