Tuesday, April 26, 2011

.Makanan hati, elok untuk tumbesaran yang sihat.





okay, sekarang da pukul 2pagi. penat penat study, bukak FB, ade lak link video kat atas tu, terus rasa lemah gemalai. entah kenape kadang-kadang cepat tersentuh dengan tazkira tazkirah sebegini. mungkin aku da makin jauh dengan Allah?


apeapepun, kadang kadang hati kita perlu kasi makan gak. asyik perut je kenyang kan? baru tak tersasar jauh dari landasan.


seronok gak bile dengar tazkirah ni, dulu kat sekolah memang takyah carik, ade je kuliah maghrib. tapi since dah belajar ni.. memang susah nak dapat. kalau tak carik, memang takkan dapat. *alahai, rindunya nak dengar tazkirah.dulu aku tdo time tazkirah, sekarang tercarik-carik, rasekan!*

jadinya...

Jangan bersedih, Allah bersama kita! :")

Monday, April 25, 2011

Hari ketigabelas: TV Show

okay, ni entry kedua untuk harini, ni pun versi cepat, ringkas dan tepat.
harini entry ketigabelas untuk cabaran 30hari ni. kene cite pasal TV show yang aku really addicted sangat recently ni.* ape campuration BI-BM ni?*


sekarang ni, tiap-tiap ari isnin sampai kamis pukul tiga, aku dan teman-teman serumah pasti akan menghadap depan TV3. semua sebab pempuan comel dan lelaki kacak ni. pastinya MARIMAR! maaf ye untuk sesape yang tengah keje pukul 3 tu, korang memang comfom terlepas cite ni weh. tapikan, youtube pun da ade. so, takyah risau sangatla ye.






cite ni pasal budak pempuan name Marimar, dulu die terpisah dengan makpak die. pastu hidup susah dibawah jagaan nenek & datuk angkat die. dorang ni jumpe Marimar ni kt laut rasenye. Marimar ni terpisah dengan parents die lepas terhempas kapal terbang...pastu die besar dan kahwin dengan lelaki kacak, Sergio tu. pastukan...






kan




kan..






arrghhhh, malasnye nak taip weh. tapi korang boleh carik kat Google cite die. tapi memang bestla cite die. lagipun ni cite Filipin. so, takdelah rase bodoh sangat kalau nak dibandingkan dengan cite Ind*n, kire bole layan la cite ni.




Jadi, kalau sesape takde clas or MC ke kan, korang bolehla tengok Marimar kt TV3, pukul 3 ptg tau. Aku jamin, korang takkan menyesal punye.


Have a great day peeps! Senyum sokmo!

My favourite band[s]




there's no reason why I'm super duper crazy with them!


this is the quick and simple updates ya! my exam paper will starts this Wednesday-->27th April,2011

.: Pray for me :. :")

Saturday, April 23, 2011

Revealed! My current relationship! : Day 12

ehemmm... bile tengok list 30days challenges ni. seriau bile sampai hari keduabelas. tapi harini nak revealed bende ni. mane tau ade yang nak amik borang kan?hahaha :")

okay, to make it clear,
I am single, yet not available. auw..auw! eh, kenape not available? sebab...aku masih mencari yang sesuai dan sedang mengenali seseorang..tapi, banyak tapinye ok, jangan tanya, aku rimas nak jawab.


dulu time ade boipren, aku hepi, tapi tak sehapy sekarang,
aku jadi penyabar, tapi sekarang tahap kesabaran aku lagi tinggi. mungkin sebab ianya bukan mudah untuk melupakan, apatah lagi nak memaafkan.
tolonglah layankan aje aku ok.
dulu time ade boipren, duit aku banyak habis kat topup,
sekarang lebih jimat! kawan baru aku tu jarang mesej di henfon, ym ym je kami ni.
time ade boipren dulu, aku kurus, sebab bile 'dia' kol ke mesej ke rase da kenyang, tapi sekarang aku sedikit gemuk sebab takde sape boleh jadikan aku kenyang hanya dengan suaranya. *trust me! susah weh, susah!*

dulu, henfon kene sentiasa ade, kene sentiasa kt poket, kene sentiasa volume 18, tapi sekarang, henfon bukanla keperluan asasi kehidupan aku. even kalau silent mode pun aku tak berape kisah. selalunya, bile tak buat silent mode pun, memang akan senyap je. kecuali ahli keluarga terdekat dan sahabat handai menanya kabar.

dulu aku ok je bile tengok page 'Dia', tapi sekarang jangan kan nak carik, email die pun aku dah lupe dan sampai satu tahap, aku da block 'Dia' dari fb. Jangan biar masing-masing tau any updates.


aku takboleh nak cakap lebih lebih, hati aku kecewa, sakit dan terguris nak ingat sejarah percintaan..hahhaha. tapi aku okay je. I'm doing fine! :")


aku tak pernah kata aku menyesal, cuma aku tak faham kenapa bende ni terjadi. tapi takpe, mungkin hikmahnya aku akan nmpak lagi 3-4 tahun kan?
Sape tahu segala urusan perancangan Allah kan?

Jadi, jangan risau kalau anda sedang single macam aku, semuanya akan jadi just fine!




notacinta: borang ade lagi, nak tak?hahahaha :")



Friday, April 22, 2011

Picture[s] of my favourite memory : Day Eleven

Sebagai budak perempuan berumur 21++, seharusnya aku ada banyak feveret memori. sejak tadika, sekolah rendah, sekolah rendah agama dan beberapa sekolah menengah memang terlalu banyakla memori kan, tapi since era persekolahan aku tu kan tak bape nak canggih, selalunya memori indah itu memang dapat ditangkap dan disemat dalam hati jelahkan.. memang payah giler la kan nk tengok classmates ko bawak henfon ke digicam ke kan? sekarang...sume ade. macam macam ade..budak budak...


tapi..tapi, bile da besaq sikit ni, dah ade henfon, DSLR, bolehla capture those moments kan? okay, meh nak cite antara moments yang masih segar diingatan..
wahhh!

(1) ke Genting bersama keluarga, teman teman sehidup semati (2) rangkaian gambar ketika buat Diploma kt Unisel dulu. dan time convocation! yeay me!

Wednesday, April 20, 2011

Day Ten: A place where I Loved to eat! :")

seteleah berehat dan berjimba kt kuantan, aku kene berpijak di bumi yang nyata, bahawa aku harus pulang ke Shah Alam untuk meneruskan sisa sisa masa sebelum minggu exam..


okaay, tu mukadimah je, *wink-wink* :")


Sape duduk pusat komersial seksyen 7 Shah Alam, atau lebih tepat lagi, dekat belakang pintu belakang UITM mesti kenal tempat yang aku suke makan. tiap tiap hari makan kat situ, entah kenape, rasenye owner die tak letak ubat guna guna kat dalam masakan dorg, yelahkan, aku ni suke makan kt kedai mamak, Khalifah tu. mamak mane reti nak santau santau ni kan? hahha


kalau sape yang euwwww.. tu kan, korang jangan pandang rendah Khalifah woo! sekali kene sambar petir baru tau! hee :")

kat sini Teh Ais sedap giler, pastu kan semua masakan panas die sedap. sesedap melayu yang masak. sejak 4 tahun lepas, aku da try rase kt tempat lain, memang lain. pastu kan, masakan panas die sedappp,, sedap gler. bukanla makan sampai gile, tapi sebab rase die tulah, aku dan housemates yang lain tak ppegi tempat lain.


tapi, bukanla tak makan langsung kat tempat lain, cume jarang je pegi jauh jauh. lagipun Kalifah ni kat bawh rumah aku je pun. senang je.


sape sape nak rase kesedapan Khalifah ni, mehla datang, lagi satu, bak kata Lecturer Kesayangan kite tu kan, kt sini je kedai mamak yang jual daging lembu. die kate, kalau kedai mamak tu ade jual daging lembu, maknanya memang betul betul Islam la kedai ni.


nak google gambar takde, takpelah, pahat dalam hati jelah kan

Tuesday, April 19, 2011

Hai Hai Hai Hai.... Bye Bye Bye

Hai peeps!Missing me? Still remember me?

Alaaaa... no? ah, tak kire! korang kene gak rindu rindu aku.. nak gak kasi ini
.
.
.
.
.
.
.
.





seronok woo b alik kampung, dapat berehat rehat. berjimba jimba, ber makan makan besaq. heven je rase!
takpe takpe, nanti aku update ape rutin harian kt rumah, pastu nak sambung wat 30days challenges pastu nak follow balik mereka yang follow aku, yang komeng komeng.. tapi lepas ni ye sayangs! :")

Tuesday, April 12, 2011

Eyemore adalah barang terpenting sekarang

Sejak hectic weeks haritu. mata aku adalah organ yang paling tak selesa, selain tulang belakang kerana aku duduk bersila dan kerap membongkok mneghadap laotop. tangan kanan adalah lenguh. adalah lebih tepat, pergelangan tangan yang mengawal mouse sebab buat kerja pakai Illustrator dan Photoshop. tapi mata adalah sangat sensitif. buat kerja 30minit, aku harus berhenti lalu lari lari ke bilik air sebab nak basahkan tuala kecil dan ditekapkan ke mata.dan terlelap. :p

sekarang, mata adalah membengkak dan ada lingkaran hitam bawah mata macam Hantu Kak Limah. sebelum ke kelas terakhir Translation semalam bajet nak pakai eyeliner supaya segala kesembapan mata adalah dicover adalah sia-sia. tibe-tibe mata berair-air.



sebelum presentation terakhir untuk semester ini, terpaksa juga pegi beli .Eyemore. tak tahan nak gosok mata. dah tak tahan nak pedih-pedih mata. lagipun kan, takkan la pulak nak tekap tuala kecil tu lalu berbaring di kelas kan? :")
Gambargajah: Aku beli Eyemore hijau, sebab Eyemore biru dah abis.
Doa untuk sembuhkan sakit mata.



lepas kelas terus bagitau abah, dan terus abah suruh berehat. dan ya! minggu ni aku akan berehat di kampung. yeehhaaa! lepas beberapa lama tak menjengah rumah, akhirnya dapat jugak balik minggu ni. Insyaallah.



kalau mata tak baik lagi Kamis pagi ni, takkan kene pakai sunglasses sepanjang perjalanan ke Kuantan tu? kalau naik kereta takpe, ni bas. nanti orang ingat aku diva pulak.


dah dah. tak boleh lama -lama depan laptop, nanti ye, aku follow balik smua orang yang follow tu. Sorrry. :(

Saturday, April 9, 2011

A photo of that item[s] that I last puchaced:Day 9

with the hectic weeks, the busies ever.
Shopping is the best way to calm me down. ^.^


.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraa...this is the items that I just bought yesterday
It is for rewarded myself. :")



Friday, April 8, 2011

.Faceblog= Mukablog.

Lepas Facebook, ade Faceblog pulak.

Faceblog ni macam best, sebad macam blogger punyer union la kan. Bloggrer pun kene ade persatuan tau. supaya bole membantu orang lain. pastu banyak info bole dapat kat sini bagi newbie macam aku ni.

setiap hari macam nak dok melangut depan laptop je sekarang ni. sebab layout die kaler purple, pastu siap ade radio lagi, bolela dengar2.

Jomla join ramai ramai




http://www.the-faceblog.com/

Thursday, April 7, 2011

My perfect weeding: Day Eight :")


semua orang, tak kira muda mahupun tua ade angan-angan untuk kawen. memang sape yang takde perasaan nk kawen tu ade masalah dalaman la kan? ;p


aku tak mengharap lebih, cukup sekadar yang mampu. dulu time kakak dengan angah, dorang kene kawin sekali. so, ade 2 pasangan la kan, menjimatkan masa dan duit,


tapi, nanti aku kawen nanti mesti mak abah buat grand grand kan? hehe
aku anak bongsu perempuan, kenelah besar-besaran kan? eh, tak la.. mane boleh begitu.

cukupla dengan kehadiran sedara mara belah mak dan abah. kawan-kawan sekolah, Unisel, Uitm dan rakan sekerja.
ahaksh! future la kan?


(1)mesti buat kt rumah, taknak tempat lain sebab nanti susah kat mak ngn abah. tapi kalau bakal suami tu berkenan nak sponsor bole je kan? :p *gelak gatal* (2) mesti ade kompang betul, taknak pakai cd, nak gak orang kompang tu (3) nak ade malam berinai. gatai kan? (4) baju kene lawa, baju suami pun harus la lawa jugak. hee (5) nak ade flower girl. ni gedik, sebab dorang tu comel je. (6) nak ade gambar santek (7) nak dapat keberkatan Allah, mak, abah, adik beradik dan keluarga mertua. hee.

ni je yang dapat pikir sekarang.

notacinta: tak dapat berarak satu taman naik kuda pun takpe, dapat ferrari sebijik pun da ok.
kan sayang? :")

Siapa sangka semalam kite bersedih, harini kite kembali bergelak ketawa. :")



semalam, sebelum tidur, kawan kawan dan aku menangis mengenang nasib, tapi hari ni, hidup kami tak sesuram semalam.

pelik kan? tapi itulah hikmah yang Allah nak bagi. takkan setiap hari nak sedih je kan? kadang-kadang kenelah gelakgelak jugak.

macam aku, semalam aku rase down sangat sebab aku terasa lalu menangis kt kedai makan sebab terasa hati dengan kawan. kawan lelaki pulak tu.


tapi harini, kawan sekolah aku add kat fesbuk, ape lagi, bergosip la kami kan, dari bab hangat bercinta time sampailah time kantoi dengan warden. rindu semua tu weh.




semalam, aku da remove sorang kawan lelaki, harini kawan-kawan lama add balik. macam berbalik pulak kan?


Tapi kita ni siapa kan? kalau Allah nak bagi bahagia ke sedih ke kan? kite redha jelah. tapi hari ni aku happy. :")




Notacinta: lagi hepi sebab 3 presentation da selesai. Terima Kasih Allah :")

Wednesday, April 6, 2011

:")

peringatan..

JANGAN MENGATA BELAKANG. CAKAP DEPAN DEPAN. :")


Itukan lebih baik, jangan buat hati saya terluka ye awak-awak.

terima kasih

Tuesday, April 5, 2011

Ada sesiapa yang berminat untuk study di UITM dalam Masscom?

  • Ada sesiapa yang baru abes SPM yang tak tahu arah tuju?
  • Berminat dalam bidang pengacaraan?
  • Suka bercakap, tak kire di depan cermin mahupun sorang-sorang?
  • Ingin mengetahui cara berkomunikasi dengan lebih berkesan?
  • Ingin jadi popular seperti Farah Fauzana dan Faizal Ismail...
  • Dan mempunyai masa depan yang cerah?


Jika jawapan anda ya!
Anda harus menonton short-reivew tentang Fakulti aku ni ha..
A short review about What is Masscomm is really about.





Try me, sekarang UITM kene bayar aku sebab da promosi kan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM.

GEGAR-geraran seribu BLOG bermula..yeeha!





okay, mungkin antara mereka yang paling lambat join, tapi takpe kot, sebab contest ni tutup pukul 5 nanti.


aiyakk,.baru perasan contest ni seba terlalu bz lately ni, :")

Day 7- the animal that I'd love to keep as my pet :")

masa kecikkecik dulu, abah ade bela kucing, namenye Abit. abah jage, bagi makan, bagi mnum susu Nestle macam yang kami minum. kami pun sayang kt Abit. tapi tak lame lepas tu, Abit mati. aku ikut abah pegi kuburkan die. sedihh..



setahu aku, itu je kucing yang abah bela.

tahun 2000 kot. abah belikan hamster untuk kitorang,kitaorang jage punyelah baik,kitaorang mandikan 'mereka' tukar tempat tidur 'mereka'. pastu lepas bertahun, 'mereke' ini terus membiak dengan jayanya sampai tak terlarat nak jage. akhirnya, abah anta balik kt tokei die kt Brickfield tu balik.


itulah pets yang pernah aku bela, tapi keiginan tu dah tak de sekarang ni. lagipun aku cepat bersin bile ade kucing kt rumah. lagi pulak, ni da duduk Shah Alam, balik Kuantan memang jarangjarang sekali sekarang ni.


so, rasenye memang takde perancangan nak bela apa-apa sekarang, tak tahulah masa depan nantikan, kotkot dapat suami yang menyayangi haiwan, habis nak bela semua, terpaksalahkan sayang. :")


Friday, April 1, 2011

April...welcome bebeh! a tonnes of work to be settle : (


Harini 01April2011

nothing special, cuma berharap bulan ini menjadi bulan yang lebih baik untuk diri sendiri, family dan juga rakan taulan.

what goes around, comes around. I believe in KARMA. sesape yang penah buat aku merana bulan April, mesti cuakkan?


Tahun 2011 ni, antara agenda yang telah diset kan adalah :

  • Presentation Final Project Translation+Report, Thumbnail Sketches for Graphic and Design dan Ujian Hafazan will be held on 04April2011
  • Presentation Final Project For Journalism on 05April 2011
  • Final Presentation Graphic and Design on 11April2011
  • Final Test Graphic Design on 18April2011
  • Final Test Journalism on 19April2011
  • Final Exam CMP 29April2011

So, please be kind to me oke! :")
I do appreciate your co-operation



I Love U.

Day Six : Song[s] that match my mood :)







Twinkle, twinkle, little star,

How I wonder what you are.

Up above the world so high,

Like a diamond in the sky.

Twinkle, twinkle, little star,

How I wonder what you are! ♫♪



Serius, lagulagu ini memang sangat match dengan mood sekarang ni ha. Ni semua garagara menjaga Tisya ni. kene nyanyi lagu ni. siap kene jage pitching lagi ni tau. btw, I enjoyed the moment when she fall asleep. :")




ini pula antara lagulagu lain nak dodoikan Tisya tidur. Kite yang dewasa ni pun, bila dodoikan dia rase tenang. :")

Hepy 7month sayang! Makdek sayang Tisya oke! :")