Monday, December 27, 2010

My 'C' day.

pecayelah,cite ini da lapok.tapi nak cite gak.


finally,dapat gak naik pentas untuk amik scroll!yeay!seronook tak terkata tau.
seronok dapat jumpe kawan-kawan. seronok dapat berpelukan dengan lecturer-lecturer kesayangan, dan yang paling penting, seronok dapat tunjukkan hasil kt family tercinta. yeay!



banyak gambar nk kasi tengok ni. kt belog ni je ade tau.kt fb xde.eksulsif kt sini je.




gambar adalah mengikut turutan.

this is for u either! :) : Bukan Semua Yang Kita Nak. Kita Dapat

Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.

Hakikatnya itulah lumrah.

Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu

Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.

Tetapi Allah mengetahui.

“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.

Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.

Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.

Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.

“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”

Belum bersedia

Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan.

Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.

Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa

Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.

Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.

Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.

Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.

Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.

Allah itu Maha Penyayang.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.

“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Memang dalam hidup, bukan semua benda kita nak, kita dapat

Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.

Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya keterikatan dengan Allah SWT, maka kita akan berlapang dada, bersangka baik dengan aturan-aturanNya kepada kita.

Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.

Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah.

http://ms.langitilahi.com/




source: Facebook shared link

okay,okay

at last,baru bole update.bukan ape..lupe email.x sure pakai yahoo atau gmail..hasilnye cubaan untuk login kt blog ini gagal.


aik?da bole?sebad ape ape??

sebab kite da balik kuantan dan pakai laptop sendirik yg mmg otomatik kuar email yg kte pakai.


ape ke looser sangat kite ni?haissh!

Friday, December 10, 2010

.yes,i did it well.

Alhamdulillah.






:")




notaperangsang: next sem, Insyaallah akan berusaha kebih sikit!

Friday, November 26, 2010

Yeay!

mmg yeay la sangat kan?

nak cite pasal convo,tapi picture tak transfer lagi.ade ngn kakak, dan lagi heaven, cable henfon tertinggal di surga shah alam.


:'(

Wednesday, November 17, 2010

sambungan dari entry lepas

iii)alasan tak pergi clas dan kenapa exam susah

diploma dlu,attendance sheet aku penuh.time dgree pon penuh.tapi ikot priority la.huh! teruk2
aku bukan malas,tp sebagai pelajar aku berhak untuk dapat keselesaan untuk belajar.bukan tiap2 pagi isnin dan selasa nak pegi umah lecturer.bukan naik kete,tp teksi yg costnye rm10 per/day.dan bila sampai 'tempat belajar' tu,aktivitinya hanyala makanmakan dan karoke. sape sanggup?

input nye xde.bukan nk merungut,tapi ktorg bukan senang sangat.bukan bawak swift g clas. alasannye,prof tu da tua,sakit belakang,xleh berdiri lama. dalam hemat aku,baik prof rehat banyakbanyak kt rumah. ada kebaikannya.


walaupun prof kate nak bg A,tp sy rse bodoh sangat time exam.kene buat 6essay,tp buat kali pertama dalam sejarah,saya xboleh langsung jawap soklan tu. Maafkan saya prof,saya banyak mengata prof sepanjang sy study buku teks prof tuh.tp sy mmg x paham.

Monday, November 15, 2010

walaupun serabut,ade ceritenye.





bunyiknye cliche jika pembuka bicara di blog aku 'it's been a while tidak berbloging'. tapi itu memang hakikatnye oke. harap maklum,dan sila faham :")



zillions cerita nak sumbat,tapi otak tak berada dalam kondisi yang tidak baik.cuma sebilangan saja yang mampu.*mungkin*


i) exam
cerita pertam ofcoz ceritera exam aku kan.
amik 5paper untuk sem yang masih muda dan bersemangat lagi ni.tapi degree susah.susah.susah. bila orang ckap degree susah,mungkin inilah yang dimaksudkan kan? orang kate first sem kite akan gilegile akan skor kan?tapi, it wasn't me!belajar malas.clas pon asyik skipped je..bukan malas,tp kondisinye yang menyeru aku untuk tidak datang kelas.*ia akan terbongkar di sub entry kejap lagi*
exam 3minggu,jadi aku tegar menjadi orang yang terputus dunia luar yang perlu tahu ape dah jadi dengan dunia. 3minggu langsung tak usik laptop,tak on fb,tak tahu gosip hangat dan blog apatah lagi.even aku masscommers*tapi weh,tv aku bukak la weh*

paper stat 28/10,4/11, 7/11 ,8/11 dan 11/11/2010. the starter was perfect!walaupun ade musang jatuh dari atas siling kompleks sukan tu,tapi ianya tidak mematahkan semangat.heh! the 2nd paper was a disaster! tolongla!time dalam dewan tu tak tahu kenape rase sangat bodoh,bodoh yang bodoh giler.dahla dewan sejuk!beku otak aku.*ini akan terbongkar didalam sub entry yang sama dengan alasan kenape ak skipped clas diatas*

yang the rest kire bolelah.so-so!harap,keputusannya bagus.walaupun aku tahu,aku malas,aku study last minit,tapi aku da berdoa dan berusaha.so,aku hanya tawakal!



ii) convocation
aku marah.surat aku tak sampai lagi sehingga post ini dipublish.padahal minggu depan nak convo!tapi xpe,aku malas nak pikir banyakbanyak,aku potostat surat orang lain,dapatkan cop kt finance unisel shah alam.settled!xde hutang2 dah dengan unisel.dan darpiada surat tu,kami kene pegi amik jubah on 13/11,rehersal 19/11, convocation 21/11 dan anta jubah balik on 26/11. sila perhatikan tarikh tersebut dan padankan dengan lokasinya----> Unisel, Batang Berjuntai, Kuala Selangor. aku da lame plan xnak pegi reherasal tu,gile ape,rehersal jumaat,convo ahad. pastu mane makbapak aku nak duduk sementara tunggu rehesal tu abes?
okay,pegi amik jubah berkonvoi dengan 8 kereta yang lain. seronok berkonvoi.tapi bile da ramai sangat,semuanya jadi kelam-kabut.serba tak kene. tapi ok je sebenarnye, menjadi gathering sebab dah lame tak jumpe.semua nk peluk-peluk..

okay,bab seronok nak berkonvo abis sampai sini

bila da smpai Bj(batang berjuntai) tu, urusan amik jubah pon selesai..perjalanan sejam setengah,amik jubah tak sampai 3minit.xpelah.. mase amik jubah tu,orang tu kate 'hoot dengan mortar board xde,amik time rehersal ye' kepale hotak die! ko ingat ktorg ni ape? nak berulang alik pegi sane? BJ tu sebelah kampung engkau ke?*bermonolog didalam hati* tolongla,sepatutnye korang yang buat jadual, pihak korang kenelah sediakan semua bnde, kalau ktorg tau cam tu,baik x yah datang je, datang sekali je 19hb nanti. Janganlah buat kitorang ni cam ape,masing2 ade komitment lain, nak datang jauh2 untuk bende remeh temeh.

Kepada Management Unisel, tolongla manage korang punye department mantap-mantap. Smua da okay, tapi management tak okay langsung. Kitorang ni student yang membayar yuran mahal. Tolongla permudahkan bende yang boleh dimudahkan.

Aku tau, dorang nak smua ade je time rehersal. Tapi bayangkanlah, takkan dari kamis family aku da kene gerak dari Kuantan? dahla Rabu tu raya! *isssshhhkkkkkk*


UPDATED:



okay,kite smbung kt entry baru.cam da packed sangat da entry ni.xpe,janji update kan?

Saturday, October 30, 2010

.9hours bleeding.

it was my first time facing this situation.

kejadian berlaku pada 29Oct 2010 jam 2.30pm

bende simple,tapi tak tau efeknye sangat lame. luka kt ibu jari kanan kerana cubaan nak bukak tin sadin sebagai lunch aritu. pecaye tak,bleeding dari kol 2lebih tu sampai kol 11 malam? lebih kurang 9jam aku bleeding.


keterangan gambar.

1) lepas kejadian.terus letak kapas n plaster..mase tuh belom semayang zuhur lagi,so lepas tu kena bukak balik...bleeding cam hape ntah..

2)baru nak rehat2..tapi jari tu terkena ape ntah,terpakse bukak balik dan bersihkan luke tu. dah x pakai plaster dah,sebab plaster tak cukup kuat untuk menahan segala darah tu..terpaksa pkai selotape.kuat cikit.hahah

3) gmabar ke-3 salah letak.itu adalah sehari selepas kejadian.

4) itu paling crucial parts. lepas asar,sbelum bukak untuk maghrib..darah still lagik keluar.

5) hasil darah beberapa minit lepas balutan dibuka..ngeri kot!

6)minyak but-but, kapas,plaster,selotape memang dah tersedia kt atas meja.senang nak tukar2..in fact,mase tu tgh struggle bace CTU ek,sebab kamis da ade paper.

7) itu adalah gambar terakhir iaitu pada 11malam. tak larat sangat nak snap pic lagi lepas tu


terima kasih kepada nurse-nurse yang sedia membantu dirumah, kepada cik Nazatulaznira, Amm dan Farah, thanks a lot ya! dorang la sedia pakaikan kapas untuk aku, kutip plaster yg penuh darah dan paling hebat sekali, dorangla saksi kejadian yang tengok betapa banyaknye darah aku hilang mase tuh..Amm cakap, platelet aku kurang.platelet tu fingsinya untuk menhendtikan pendarahan dan ianya bahaya jugak untuk kesihatan.

malam tuh terpaksa tidur awal sebab rase dizzy giler.bukan xnak study,tapi tak larat. ;')


.From my bottom of my heart.ececeeehhh

before it's too late, saya nak mintak maap banyak2 kat mereka2 ni.saya rase bersalah sangat.sangat2..korang kawan saya,kawan gelak n nangis..tapi saya mungkin tak dapat nak attend korang nyer big day..mintak maap sangat2..tak tahu camne nak mengekspresikan perasaan ni..hanya doa dan hadiah bole saya kirim sebagai pengganti diri ye.


Puan Raja Haslini






Puan Umi Kalsom to-be

Sunday, October 24, 2010

'Life As We Know It'







just watching this lovely movie yesterday!
it was awesome! luv it!

Friday, October 22, 2010

hye..

hye


tengah keringkan rambut ni.tp nak jugak kasi orang tgk pic baru.





err..skali lagi lah eh.heheheh

Saturday, October 9, 2010

.Bercampur + Baur = Bercampurcampur

ok,tajuk enry tarik perhatian ye.sedangkan xde ape pon


sekarang,perasaan bercampur baur.sejak nak period ni..petanda nak period adalah awal.seawal 2minggu sebelum period.petandanya adalah, nafsu makan yang melahaplahap.membabi buta je nak mencekik tak kira masa..kalau dulu makan cam anak giant, asal nak period bertukar menjadi bapakk giant,oopss!moyang barangkali!! sekarang makan nasi adalah wajib. tiga kali, pagi nasi lemak.tengahari nasi campur dan malam nasi goreng blablabla.. sungguh rakus!

disebabkan ketamakan itu jugak, selang 3-4 hari sekali akan merungut duit dalam wallet kian tipis..pastu terkedekkedek berjalan lepas kelas jumpa Harimau kt Esso..dahla kene caj rm1, Bank Islam dalam Uitm selalu out of service.Barangkali student ni selalu rajus dan gelojoh bila nk tekan no pin tu..taulah nak amik duitkan?beragakla weh..cehh,tibetibe marah..haha


hati cepat tacing sekarang ni..asal nk study untuk test tu sempat lagi nk bukak lagu kt fon sambil teringat kisah silam..dan macam biasa, Nazatulaznira TanSri Samsudin la yang layan mood jiwang tu. biasanya dalam kol 11-12 la mood tacing ni sampai..alasan!padahal malas nk study..


notakaki:nak balik.nak balik.nak balik.nakbalik. tu pon tak boleh?nape ade reserved clas lak?menccci!


Tuesday, October 5, 2010

.ceti haram.kadang-kadang halal dan selalunya halal..

Aiyaaaakkk..kepale den ni poning sangat
sangat-sangat? *hentak-hentak kaki*

sebabnye..memikirkan duit!
nape duit?nape nak pening2?

sebabbbbbb, saya ni bendahari untuk rumah dan satu organisasi kesayangan Uitm *xbley bagitahu organisasi ape,sebab nanti ade yang mengundang marah, tapi yang pastinye,organisasi yang halal lagi terpuji* wowowow!

so,bile mendapat tanggungjawap itu,saya seboleh-bole nak jaga amanah itu, tp semalam tibe2 tak cukup RM10..* alaa,RM10 je pon. leh ganti kan
*, tp bukan masalh ganti ke ape,masalahnye saya da rase cam tak amanah pulak.rase sangatahil.wahh!

da try carik kat ceruk2 envelope yg isi duit tu, xde!alaaaaaaa..
xkanlah tercicir? xkanlah ade yang terkurang bayar?
ke memang saye careless? saya tak kire betol2?

eh,takkan pulak saya gune duit tu nak makan johnis?tgk wayang? ataupun bayar tiket bas?
mustahil!!!! sebab saya mmg asingkan duit2 tu semua . tak penah simpan dalam wallet baru tuh!

ni da pening2 ni..xpe,bawak bertenang!mungkin adelah tu terselit..kadang2 bnde depan mate kite tak nmpak,kene banyak-banyak istigfar eh cik nadia comel!

Monday, October 4, 2010

.Ouh Pelissslah!.


Hahahaahahahahaaahhaahah

perasan tak header tu besar gedabak?
alaaa yang penuh dengan muke tuan punyer belog tuh

akceli, the pictures was taken Last Puasa. takde keje pegi sane jalan kaki
korang boleh? paling2 pon kene bayar rm5 pastu wekend rm10

hahahaha.

notapenampar: wa tak tau nk update ape.kene jaga hati semua pihak..nanti-nanti kite cite hal open house lak yea. Assalamualaikummmm

Saturday, October 2, 2010

.Rasa tak sempurna tanpa mereka.

Mula2 time diploma bertiga,
powerpuff girls, charlie's angel. totally spies smualah

bila da naek Degree, kami bertambah lagi sorang, jadilah Gundik's
yang tak tahu cakap kami giler, tp kami saje suke-suke.
Nak tambahkan keceriaan hidupla katakan..



.
.
.
.
.
.
.


inilah yang dikatakan keluarga bahagia, inilah abang kami. dah kecoh dah cite kami ni deseluruh Part 1 Masscommers




memperkenalkan
dari kiri, Bini no4-Puan Tessa.Bini Pertama,cik cantik Nadia.Abang kesayangan kami, Fadzil Nawawi. Jandanya-Zahera dan Bini no3-cikpuan Nazatulaznira *Owh,sedikit ralat disini,bini ke3 berpuasa ketika potret family ini dirakamkan*

Thursday, September 30, 2010

.Peeeeps!.

Hello,

currently tengah moderate ayat untuk menyiapkan assignment yang telah diberi beberapa minggu sebelom puasa lagi.. cool tak? >.<




dan tengah rindukan budak pipi labuh ni,

rindu makdek tak? rindulaaahhh :"(

Wednesday, September 15, 2010

.Salam Lebaran 1431 Hijrah.

*errr..muka2 sengal di pagi raya*

Disini saya, wakil dari keluarga Dato' Zulkifli dan Datin Narrizan, 5 orang anak mereka, 2 orang menantu dan seorang cucu ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan atau apa saja yang mengguris perasaan. Let's forgive and forget. :")


notacinta: blog will be updated soon.maybe not too soon! :")


************************************************************************


Monday, August 23, 2010

Saya Doktor!



seram je tengok picture kt atas ni kan?
ini adalah tajuk presentation saya Rabu ini bersamaan 25 Ogos 2010!

harap2 sy tak kene maki pada hari itu,kalau tidak ia akan menjadi hari paling malang tahun ni.


maaf,tak sempat nak buat entry sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni kan?
hohoho..sangat bz melampau!

Some of the task need to be done
  • Presentation Psychology (25th August, 2010)
  • Instructional Communication Assignment (Movie Reviews) ( 26th August 2010)
  • Presentation on Mass Communication Studies ( another 2 weeks)
  • Crew-Majlis Berbuka Puasa at Masjid Shah Alam ( 1st September 2010)
  • Crew- Majlis Hari Raya for Kesatria Negara - date will appeared later
  • Multemedia Crew - Lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Cheras - soon
  • Research for Psychology - (13th November)
  • Acting for Instructional Class

Done
  • Presentation TITAS - 23rd August,2010

dan ada lagi yang tak ingat.banyak kan?

Notapenampar: ko ingat ko boleh seronok raye ni?

Monday, August 9, 2010

alaaaa

nape jadi cmni?
takpe.takpe,esok2 seting lagi ye :")

.Student Life,as usual

mase kite pegi camping
1st task: be a reporter!
pucat?kite sakit dalam kelas..

duit macam air sungai.kadang deras kadang smooth..ikut mood..sama cam kite,kalau dikira untuk bulan pertama ni almost 1k abah spend untuk anak die ni..begitu juga dengan kakak..tak terkira lak kan..aiyaaa...

broadband da tak guna sangat dah,sebab kat sini kite curik line tenet orang sebelah je..lajuuuu glers!tapi nanti bila nak cuti raye baru terkial-kial nak bayar bil..orang Maxis da kol banyak kali..ah,nasibla kan!suke hatilah nak bayar ke tak!?tibe2 nak emo pulak..

badan da makin susut.seriously kite da merasakan perubahan itu.kalau orang tak nampak,xpelah..tiap2 hari mengejar bas.kalau naek kete,kadang2 kene kejar ngan pakgad sebab parking kt dentist nyer fakulti..

muke makin hitam.kaki pon hitam.yang putih hanyalah bahagian yang ditutupi kasut je,bila mandi abvious giler kehitaman tuh..

sampai sekarang,kite tak sempat balik kuantan pon.sangat tak sempat,hopefully,1st week of ramadhan ni bolehla balik..


assignment.melambak.presentation every week.my english makin baik kot.in a conversatiton parts la kot..in writing,masih lagi sedang dipolish..

dan satu lagi,kite da ade minat orang la awak!haha

Saturday, August 7, 2010

Idea lari

yehaa..bertemu lagi dalam sesi ini yea.. at last rajin jugak ni sign in blog ni..xtaula nape malas sangat nk hapdet blog ni..apakah maksudnye?anti-sosial??ouh no..hell no la kan,tiap2 ari on fb..xkan anti sosial lagikan..

btw,I've been super duper bz rite now,I can't even rest and sleep well, and curently I can't even hanging around,mingle with friend.. lately, my body seem to be dizzy and unstable..tapi yang tak syiooooknye, kita xboleh pg ckekup,tak boleh pegi mana2 institusi perubatan sebab kad panel abah kite x update lagi..kesian kite kan?hahah

last week kite pegi camping kt Ulu Yam,besyla..tapi penat.dan kite dapat jadi Pelatih Perempuan Terbaik..yeay!kelakar je..haha

nanti kite lepatk gambar. malas nk transfer :")

Wednesday, July 28, 2010

.seharian di tetingkap laptop.

bagun lewat harini sebab malam tadi kawad dan memang xde clas pagi pon harini,,around 11am bru terjaga dan terus on9.

tgk syiook on9,dapat msj dari Asrul merankap classrape cakap clas cancel!wohoo...rse nk lompat2 je..dan stat dari itulah, aku kian dan makin asyik untk on9.

bermula dengan hanya singgah di wall kawan2, dan mengadd dan menguprove kan request dari teman2 sekelas yang bru.yes,kami da mula havoc!da mula berkenalan dengan rapat.tentang asalnya,adik beradiknya dan kami sudah mula mesra..that's what PR doing..and we all start to develop it in our comunity :")

selepas adegan add dan approved,beralih pulak arah ke uploading pictures..komen2 sampai lebam dan sudently,Puan Gina pon turut serta dan memberikan kata-kata perangsang dan semangat.berdurai laglah hujan ni..


dan dari tadi hingaa sekarang,aku masih lagi di depan laptop buat ntah apa-apa. :")

Saturday, July 24, 2010

A years


rase macam setahun x update,bila update je mesti dia akan jadik draft je..x tahulah kenape,
ianya bermula sejak laptop kesayangan itu totally rosak. ianya sangat mendukacitakan aku..

yang entry lepas wat edited picture tu update kt clas mak,entry yg sedih2 merapu meraban tu..
bab-bab sedih da habes~ *wink0wink*

sekarang da ade new chapter, new life.
as for now, I'm a dgree student!yeay!
I'm taking Public Relations at UiTM Shah Alam, kehidupannya sangat mencabar.
tiap hari kene menapak,naik bas yg terkedek2 penuh ngn manusia yg nak menuntut illmu, setiap hari ade je cabaran baru,kene naik tangga batu caves yg ade 91 anak tangga. even kalao nk pegi library pon kene amik bas..huyooo..sangat mencabar..sesat?selalu sangat~

bila malam pulak,kene berkawad!since da terpilih untuk masok pertandingan kawad..tiap2 malam r pegi ke padang kawad,,dan yg paling penting, latihan tamat pukul 11,dan mmg xde bas la harus dikejar..terpaksa jalan kaki.. :(

weekend pulak, besenya ada program, KoKo itu wajib dan ahadnya pulak ade AGM la pe la..so,mmg xleh berehat langsung sekarang ni,..mgu depan lagilah tak, ade camping di Ulu Yam..
hohohohohho..

cukup kot entry, entah kenapa cam da xde skills je nk tulis blog.smuanye kaku dan straight forward.

Monday, June 21, 2010

life

Ada orang..yang mendapat kejeyaan tanpa dijangka
Ada orang..yang mendapat kejayaan tanpa usaha
Ada orang yang mendapat kejayaan dengan hanya bersahaja
Ada orang yang memang selalu dikelilingi dengan aura tuah

Tetapi


Ada juga orang yang berdoa..tapi tidak pula dikurniakan kejayaan itu
Ada juga orang yang berharap akan selalu mendapat rezeki itu

Ada juga juga orang yang selalu akan menghargai peluang kejayaan itu..sekiranya diberi satu kesempatan

Ada juga orang yang menagis kerana teresak-esak kerana tak berjaya mengagumkan ibubapanya dan adikberadeknya

Ada juga orang yang menagis lagi bila mempikirkan masa depannya yang yang tak berapa jelas

Ada juga orang selalu mengharapkan akan dilingkari dengan cahaya-cahaya yang terang dan bisa menerangi masa depannya

Ada juga yang selalu tahu, Allah Yang Maha Esa ada: sedia mendengar.sedia membantu. dan sedia melindungi
Kuatkan Aku, :)
Everything will be just fine. :)

Sunday, June 6, 2010

.teaser.

wow,ni adalah entry ke-100.
sila meluat ye,sebab entry ni berbaur sedikit kebanggan untuk diri sendirik.. selama minggu ini,mode saya hanyalah Photoshop saja.lain keje xde. bangun tido tgk tutorial. dari ptg sampai ke mlam.malam sampai ke siang..itu saja..
kerana itu gak,mau menempel sedikit hasil usaha saya,

sebelum
selepas

sebenarnye xla abvios sangat ke'edit'annye..tp ok la dari zero..xla susah mane pon PS ni.kene rajin ckit je,hee sebenarnye lupe nk letak signature kt pic tu..kang nnt org amik..hee
bajet rmai sangat bce blog die kan?hahahaha


notapenampar:nanti pic g genting tu akan menyusul.wehaa Y A H O O O O



Saturday, June 5, 2010

.percubaan.

a,tgkla pempuan ni,
da pukol 1 pagi pon x reti2 nak tido..dok asik dalam bilik dengan laptop die..xtau ha pe yg die godek tu..
ouh,tapi xpa,die da ade skills da nk edit picture,,walaupun x hebat sangat,tp kire bolehla dibanggakan.sebab dari tadii dok menggodek bende alah ni..nilah hasilnye,ade lagi.tp malas nk haplod..bese2 je hasilnye..xpe2,,nanti2 leh hadap lagik..bukan ade keje pon nk kene wat selain kemas umah ckit2..nak gak ade skills sendirik..



gambar adalah kecik,sebab segan.

Friday, June 4, 2010

ape nak jadik ni?


Salam Jumaat.

ouh,minggu ni minggu dari berehat.
tak tahu ape sudah jadi ni..

td,bangun awal la dari pukl 9.30 kot,sampaila sekarang..tak berganjak langsung.ehem,kecualila ke dapur untuk buat milo dan pg tiolet.sungguh tak semenggah..

ekceli,skrg berada dirumah kakak,so,mmg xde pape untuk dibuat selain on9 saja.
dan sebab kerajinan tahap gaban. aku pon bukak youtube untuk melihat tutorial photoshop.sangatla tak pandai mengedit,
ta[i hasinye langsung x dapat . dari tadi aku godek2 ps tu,,susah gak..dulu time dalam kelas berlagak,x nk dengar pe lecturer ckap.tgk!skrg da thegeh2 nk pandai balek..hayooo


Wednesday, May 26, 2010

.Isssshhhh,marah ni.

hisssh..
dari semalam godek seting blog ni..x jadi! cadangye nk jadikan die 3colums...ta tgk tutorial smua..rse cam da folow je smua btol2..tapi mmg x jadi gak.. mgkin placement nk letakkan smua coding tu yg bermasalah kot,.

dari semalam,
2ptg sampai 6.45=xde hasil

arini plak dari
2.15ptg smpai skeg 5.22 pon xde berjaye..

ni da penat da nk godek2..hadoiiii.xpelah.malam2 nnt try lagik. :)

U S A H A tangga K E J A Y A A N







Sunday, May 23, 2010

.aktiviti sampingan.

Present.laptop memang menjadi peneman setia.tak kiralah nak on9 ka,nk bloging ka.nak dengar nasyid ka.nak layan muvie mahupon menonton dramadrama korea yg memnuhi hd aku.

Cam kebanyakan orang lain,bile da setat tgk drama korean ni.mmg xleh nk wat apelah.dok asik hadap bnde alah tu je.samala dengan aku. Kalau tak abes 1episod,mmg xkan bangun wei.

Yang menariknya,tg cite yg aku tgk ni ,All About Eve. heronya punya ganteng.gentlemen plak tu. dan of cos,citenye mmg related sangat ngn aku yg amik MassComm ni ha. Pasal presenter,announcer yg bekerja di syarikat tv.

Aku ni ha,suke sangat pause time yg syok2.sebab nk print skrin scene tu.motipnye?nk upload kt fb,kasi smua jeles.wakakkaa!





notakaki:ni xabes lg ni,tinggal lagi 7episod.lagi 7jamla kene hadap lptop ni.kesian2.da panas da enjin

Saturday, May 22, 2010

.Facebook #1.

Heboh di facebook memperkatakannya tentang isu ni,saya pon nk amik kesempatan nk tepek peringatan ni kt cni la. (:



I gt this from 1 of my friend : "Tomorrow is a very challenging day for Muslims around the world. Because tomorrow on the INTERNET, a few non- Muslims are organizing a horrible event - Draw MUHAMMAD (S. A. W), day. So as Muslims we have to bycott this event. So tonight at "12am", just log off from all social sites such......... as: Orkut, Facebook, Twitter, Hi5, and many more. By doing this these people will face a heavy financial loss INSYAALLAH. It's time to show our LOVE and RESPECT for our NABI MUHAMMAD (S. A. W). Please forward this text to as MANY people as you can. I hope we can do at least this much for our Prophet (S.A.W). Visit the CNN."

Saturday, May 15, 2010

.Update.update.

first of all, ingen memberitahu bahawa I sgt M A L A S nk update B L O G. eventhhought Im onlining every single day. hanya sempat ber'walkbloging' sahaja. sangala malas.malas pon tak mcm i,
actually I bukan dok diam2 aje dirumah i.banyak yg I wat tau.while berwalkbloging taip2 ari, I byk jmpe blog2 yg santek, n yg sonok untuk dibace, tpii, mostly I xjd folower mereka pon. tahla, smki sebab mse tu I x on acc blog ni kan.so maalas la plak nk log in dan mengikt mereka. jap lg kot.
hahha

1)bnde yg I buat ialah mengedit gambar.sangat addicted nk teror pkai fotosjop dan corel,so tpkse bersusah2 membaca tutorial itu,dan selalu P E N I N G. sampai fedup tau. sampai 3-4 pagi menggodek. hasilnye..masih tak dapar mengusai semua skills dan all the functions. choy btol.


2)sangat menggila nk transfom ini belog ke higher level. sedkit up la.tp masih malas. mau tapi malas.tapi dah jumpe dah.



3)ni haa. sayu lagi ke Maxis da offer skrg ni. anti-virus mereka sendirik, da gune 3 ari, quite ok gak lah,leh lah nk blok any harmful websites, ade parental settings. banyakla. kire okay la sebab skrg tgh free, if nk subscibe, monthly RM8 je. ni nk try dlu sebulan. kalau boleh, nk purchased tros. sangat best!




4)sejak dua menjak ni, sangatla rajin mencarik sesuatu untuk destop background lappy ni.kasi ceria ckit idop. nilah hasilnye, setelah di edit, semerbak je kaler die tu,,taddaaaaa....


5)akhir sekali, I jmpe satu lg appliction dari gogel ni, nmenye Google Chrome, kalau nk tau pape, search je, bnde ni best, sebab die ade theme, tapi malang seribu kali malang, ianya sangat lembap, lemah gemalai je nk tgu die loading tu. lagi satu, ble on fb je,msti ade application missing. mgkin die x upgrade lg kot. so, hnya suke tgk die nyer theme yg lawa dan kalereful je. baik I gune cik Mozilla saje. sangat simple.




dan akhir skali, I still xreti cmne nk bayar bbadn ni tru maybank2u,da puas godek2 kt website Maxis tu.tp tahla nk tekan kt mne, tekan itu ini, tapi still tak berhasi, aiyooo...cmno ni? ish2..



Notakakitangandansiku: walaubagaimanapun, hati tetep cuak tgu keputusan untuk smbung Dgree tu,tiap2 ari I bukan website tu, :)

Thursday, May 6, 2010

.investigate.



menggatal nk try kuiz ni.amek ko!

mari kita investigate same2.
  1. Pemimpin-dari skolah dulu aku mmg slalu jd ktua kelas.ketua bilik.dan ketua geng jahat ROTFLROTFL
  2. Kebebasan-oh,sy suke bebas,suke hati aku nk wat ape. Kuat-kuatla sangat.dalam hati.lembik
  3. Pemalu dan Pendiam-totally slah.wat for aku amik mascom?

  4. Rapi-mgkin ya,mgkin tidak.selalunye bilik cam kapal pecah.tp hanya ketika bz Roll
  5. Ambitius-huh,smua orang nk pegi langit kan?
  6. Cinta-lambat nk bukak.haha
  7. Ya,memang btol!da kunci pkai solex kot! Blow  Kiss
  8. Rencana dalam pikiran-kdg2 tak,kdg2 membuat sesuatu yg tak dijangka,
  9. Kuat memerintah-oh,mgkin jugak.kene tnye org lain.haha
  10. Bunga-ya,sy pecaye pada cinta.tbe2 jiwang Butterfly watching
  11. Seksual-ouh,ouh,ouh.no comment

  12. Ya,saya pecaya.Evertything happens for a reason

.Quote #1.



mogamoga ia menyuntik semangat baru dalam hidup.sesape saje. :)

Wednesday, May 5, 2010

.kesedaran.motivasi.


malam tadi dpt tau kes sorang housemate.sedih.jahat gler laki tu,aku tak dpt nk bantu.cuma hanya bleh bagi kata- semangat thru fb je.sebab aku xleh nk turun s.a, lgpon xleh nk kol die sebab ketiadaan suara.



aku pham cmne keadaan die,lagi2 die ade lg satu paper nk abeskan.cmne perasaan sedih,kecewa.smua ade.bercampur baur.aku penah lalui bnde2 tu smua.mmg xleh nk watpe,nenges da puas dah,meraung ape lg. jahat,memang jahat laki tu.




walaupn keadaannye tak same,tapi hakikatnye tetap same.dah xleh nk ubah ape2.untuk housemateku itu,tolongla bersabar k..jeritla sekuat hati.tumbuklah dinding tu sampai pecah. yg penting kite dpt lepaskan semua,

tapi jangan lupe minta dengan Allah.DIA ade.dekat je.jangan lupe smua tu


notakakidantangan:ni tok diri sndiri jugak.sila bersabar.DIA dengar.DIA tahu.segalanya (:



Wednesday, April 28, 2010

Graduation [[Friends Forever]]- Vitamin C

ini adalah klip vdeo yg ditag oleh haniqa kt fesbuk,sangat sedih ble teringat y we are no longer togeher.sangat merindui zamanzaman bersama suatu ketika dahulu.





Saturday, April 24, 2010

a simple Assalamualaikum


Here we go,genap seminggu lepas interview, muet pulak.what a hectic week?tapi tak mengapa.aku harus lalui semua ni.bak kata naz,tanggatangga kejayaan.ah xpe!seminggu jugakla aku study buku muet itu.keluaran oxford.bilik da maca kapal karam.cuaca setiap hati panas,panas dan kering,kerana keadaan cuaca yg kering inilah,aku menjadi pelanggan tetap pakcik jual ABC kt depan tu.hari pertam beli satu untuk aku.nak test.sedapp!petang beli 2.satu untuk abah dan satu saya.hati kedua beli tiga.dan tadi petang beli borong dengan empat.tapi harga same.takpe,.

Lepas da abes muet sesion1 ni,blehlah rehat2 kemas2 umah,the 2nd sesion will be held on 2nd May.bolehla online 24jam.tapi bleh mati jugak kalau asik online aje.makanya santai saja.


Oh,Muet was great!smuanya baikbaik belaka,kecuali lisening itu!ya.ya!die cakap laju sangat.beliau sungguh kejam sampai aku tak dapat tangkap baitbait katanya.adoiy.tapi takpa,dah lepas beberapa jam lepas.
Tapi,mase senggang antara writing dan reading tadi,aku mencari toilet.bertanyakan budak2 skolah itu,dengan ramahnya dorang menjawap.tapi tatkala kaki ini mendaki tangga itu,ade suarasuara pelajr yang memberi salam."Assalamualaikum, cikgu!".wah!teros shock!rase tak jadi nk pegi toilet.tapi apakan daya.ni mesti hal aku pkai bju kurung ala- pompuan melayu terahir dan heels bserta handbag.

tetibe smuanye sayu.senyap dan sepi.teringat time skolah dulu la plak..
niat hati nk tepek gambar,tapi malas nak transfer plak.japg la eh.

*updated*

nilah yg dmaksudkan dengan kenangan itu




dan tiba-tiba



*weehaa*

Friday, April 23, 2010

bukan tak peramah..


mintak maafla pada smua yg add kt fesbuk tapi tak dilayan,saya mmg create acc tu untuk kawan2 yg mengenali je,okay saya tahu saya bukan glemer pon nk post2 entry ni kt blog,tp suke hati saya lah!yeay!

kalo tgk fren list saya,mmg xsama ngn org lain,,sikit je..so,
don worylah klau tak kwn ngn saya pon.tp ade gak yg terlepas pandang,tp ble dorag da PM saya,saya akan approve,

Thursday, April 22, 2010

hehehe

bile nk view blog je ade suare yg kurang enak didengar,berulang-ulang kali plak tu,die xtau ke aku tgh layan facbuk,layan website gosip dan islamik,menganggu je!ahhh..menyemak tol lagu more thank words ni..
ahirnye aku pon remove je tros..senang!dah tak memekak.


--------------------------------------------------------------------------------
"K.lang,nak topup"kata adikku arief, "Jap2 lagilah","alaa..skarangla"
"ishk", "adik ni asik topup je,xde keje skolah ke,keje skolah dah siap ke?"kataku
"ah,takyah bagilah senang,asik membebel je"jawapnya,,

pandai2 je cakap aku membebel, nk kene sekeh laju laju ni ( =.= /)



---------------------------------------------------------------------------------

tbe,otak ligat teringat cite sorang hamba Allah ni..
dia beriye ajak aku keluar,,alih2 die soh aku bayar die? adeke patot?tak penah2 orang soh aku bayar,die dengan brani2 nye soh aku bayar,of coz aku tak kisah ble mane bab2 makan ni,tp die yg beriye..kawan2 aku sph pkir positip,die mmg xde duet kot..so die nk aku belanje.ok fine!aku da pkir cmtuh,tp npe bwak pg mkn jauh sangat?


bukan berkire,tp cam tak patot kot!seyes aku tak kisah sangatla pasal duet tu..aku pon memang kebetulan ade duit time tu,tp agak2la..
dah orang meje sebelah pandang lain mcam,sebab tu aku react elok2 je,
takpe,bnde dah lepas pon.tp bile ingat2 blik memang rse tak cye je die wat cmtu.aish!nseb baik la kwan,oh,mgkin penah terpkir nk jadi lagi rapat,tp maafla ek..kite tak serasi kot..


banyak lagi nk cakap,tp xnak la.nanti ade orang terasa lebih2 plak kalau terbace bla bce blog ni

tapi seyesli,aku tak kisah.cuma caranya tu yg tak berkenan..tahla.lantak jelah

notakaki:aku memang suke makan banyak pon,so..jangan sebok nk tnye banyak kali!
*eh,tibe2 mood jadi menyampah*alahai..



Tuesday, April 13, 2010

.kemungkinan kehilangan.

mungkin soundnye agak mencapap,
tapi inilah hakikatnya,,


tadi,
on lappy,dan melayari internet dengan syoknye,sudenly die hank dan xbleh nk on,.
puas da godek2 itu ini dalam 7min gaklah..
n tros dicide nk g tnye kdai kt bwh ni dan orang tu ckp,

kemungkinan boardnye rusak.rosak.damaged.atau tidak bleh dgunakan lagi,,
sangat upset,kecewa dan sedih.

then,bali umah tros try in..
eh,bolehla plak..aodoi..cmne ni?

mungkinkah aku kan kehilangan laptop ini?
sapelak nk kasi laptop free?
skali lagi rse cam nk pegi merompak..heee

oh,takkanlah.saya baik.

tapi sangat berharap ianya xkan terjadi! saya tak berdaya untuk membeli lagi sebijik lappy.sangat selesa menggunakan ia..*ni konon2 nk pujuk encik lappy*


eh,tak mungkinlah kamu akan meninggalkan saya kan?

Monday, April 12, 2010

.its all about money.

DUIT tu memang sangat penting untuk aku sekarang ni..bile da rase wallet tu agak2 kempis,mulalah rasa cam mals je nak cek bpe keping notes 50 dlm tu. dan lebih mengecewakan bila bunyik2 syiling pon makin kurang..

rancangan awalnya memang nk rekodkan every single sens yg kuar dan masuk.tp hanyalah harapan tinggal harapan.adoiyy..
tu semua angan2 bile duit belom ade depan mata..

sekarang ni,dah xtau dah dimana sumbernye,balik kampung jelah kot!

semua ni bermula gara2 lappy kesayangan aku da stat hank2 dan yang paling worssstnye; dvd player itu rosak,dan utk format lappy itu, haruslah di elokkan dahulu playernye..adoi..
kt dvd player tu da abes 170++,


dan bile da dapat gaji yg hampir yang tidak sampai 1K itu, hanyalah shoping yang mampu membuatkan tension itu pergi..ape lagi..seharian di MidV memang menguji iman aku..kt ctu da abes 180++
time tu rse heven gler sebab main grab je smua yg berkenan dengan harapn japg b4 q kt kaunter nk tapis2 mne yg tak patot..tapi itu pon hanyalah harapan..
dahtu ble kuar MIdv tu,punyelah besar plastik nk angkut..nseb baik ade orang tolong.heee


tak cukup dengan itu, orang kdai komputer yg service lappy aku tu pulak tunjukkan satu bende yang menjadi idaman aku lagi since da pkai lappy ini, iaitu External HardDisk. dengan harga 199, aku dengan selambenye kuarkan cash tu untuk dapatkan 400gb SAMSUNG EXTERNAL HARDDISK itu..melayang lagi..tapi takpe,aku memang pkirkan itu perlu sebab aku perlu transferkan segala folder picrure yang mencecah 50gb itu kedalam tempat yang lagi stabil storagenya ...adoi2..


tapi disebalik semua itu, sehari selepas dapat gaji itu,aku teruskan masukkan sedikit wang ke dalam akaun asb aku itu,nseb baik!ade jugaklah simpanan aku..oh ye! duet pt aku yg dpt dlu tu pon still ade..sekarang da lega ckit bile ingat masih ade lagi harta aku..fuhhh!ha..duet tabung pon ade lagi.even dengan syiling pon...tapi nanti kalau tukar..banyak gak tu..yeay!lagilah seronok ni..
dan yang lagi bestnye,,abah dan mak memang sentiasa ada nak membantu anakya ini,,wohohhoho!nikmatnya....*meloncat-loncat*


tapikan,kalau asik pkirkan duet je,memang giler jadinya..asalkan tiap2 hari menabung,smuanya okan ok kot!tiap2 ari aku masokkan seringgit dalam tabung tu tau..kalau agak2 lame sangat x sempat nk masukkan kt ctu, masukkan tros 5 or 10 hinggit. itu cara saya.cara anda bagaimana?*mood iklan disitu*

ni baru anggaran kasar je,tak termasuk lagi makan.makan.makan dan segala yg lain.barang dapur,topup,broadband,aiyooohhh!

notakaki:Sekarang sebok cari balik resit2 tu..kunun2 mahu masok dalam buku.

Kalaulah bleh jadi camni kan bagus,, @.@