Monday, December 26, 2011
Entry waktu maghrib
aku berhenti study kejap sementara tunggu Maghrib, dengar lagu ni kat youtube, entah kenape, tenang je. Alhamdulillah. :)
Sunday, December 25, 2011
All went well.. Alhamdulillah :)
Alhamudulillah, minggu yang penuh onak dan ranjau serta terkejar-kejar telah berakhir! Yeayyyyy! *senyum sampai telinga, kalau orang nampak aku senyum smpai telinga ni, comfom pengsan*
rasa lega sangat, tak terkata dengan kata-kata, hanya dapat dibalas dengan tidur sepanjang hari semalam untuk membalas dendam. ini sangat tak bagus untuk mereka yang nak amik SPM taun depan. eh?kaitan??
nak tau ape yang aku bz sangat tu? wowowww.. lepas ni janganla cakap, eleh, tu je yang ko bz beno? xdelah macam PM tu haa...
- ASSIGNMENT MAJOR AND SUBMISSION 1/12/11
- CTU TEST 5/12/11
- BEL FORMAL MEETING 6/12/11
- GERMAN ORAL TEST 7/12/11
- PRESENTATION: PERKAHWINAN 8/12/11
- COMMUPDATE: INC 9/12/11
- FINAL TEST:WRITING FOR PR
- CTU PRESENTATION 19/12/11
- INC GROUP PRESENTATION&SUBMISSION 19/12/11
- KOKO:HAFAZAN DOA-DOA
- GERMAN(CD PROJECT) 21/11/11
- GRAND ANNUAL DINNER FOR IPRMSA 23/12/11
Kelas kau Nadia, MC pun tak pakai 2 baju. Cincin tanak kalah kau kan! |
Tulang belakang |
Tudung macam hape. Grrr! |
Organizer je ade miniature ni.Jadi,jangan jeles! |
Puan Noraini cakap, Good Job, Well Done! |
Saturday, December 17, 2011
Miserable. Ouhhhhh
Not only today, its forever! |
Kan seronok dapat ini? |
Saturday, December 3, 2011
"Saya dipaksa oleh ibu saya, Ferry"
Tadi, lepas balik Seminar Kekeluargaan Islam, tidur sekejap, bangun online. Bukak Facebook, tengok ramai yang share link dibawah. Aku amik masa
Friday, December 2, 2011
Innalillahiwainnalillahrajiun...Dari DIA kita datang, kepada DIA kita pergi
minggu ni minggu yang hectic. ade 2 major assignment kene hantar. dan Alhamdulillah, semua da setel. Minggu ni jugak, banyak berita kematian untuk aku.
mereka yang pergi tu bukanla orang dikalangan aku, bukan jugak mereka yang rapat dan dekat dengan aku. semua story ni aku dapat dekat Facebook.
ini antara mereka yang telah pergi menghadap pencipta minggu ni.
1) Syareena Azman. kawan kepada kawan aku kat Facebook. orang Shah Alam jugak,study UiTM Shah Alam. Nampak comel dan baik je. Katenya meninggal sebab Tibi. Bile tengok video ni.sayu je hati even tak kenal dia. Al-Fatihah
2) Zarith Nadira ( Rara Zikry) . Aku dapat tau ceritanya mase tengok Nona. Anak tunggal, LimKokWing Students, 23 tahun. Menurut sumber,
Pada 19 Mac 2010, Rara Zikry mengalami serangan asma ketika mengayuh basikal (tapi mummy dia cakap, masa dia tgh jogging) bersama rakan-rakan. Kemudian beliau dihantar ke Subang Jaya Medical Centre dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Tak lama lepas tu dia terjaga tapi dah tak boleh cakap dan mengalami beberapa komplikasi lain.
Zarith Nadira Binti Muhammad Zikri |
"Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang meninggal di jalan Allah bahwa 'mereka itu telah mati,' sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya" (QS Al-Baqarah [2]: 154).
Al-Fatihah untuk mereka, moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang solehah. Amin.
Tuesday, November 29, 2011
Ustazah Pilihan :)
tibe tibe, aku bukak Astro Oasis 106. cite Ustazah Pilihan. mule mule aku buat bodoh je, sekadar bukak tv sebab nak ade peneman. nak jugak dengar dengar bunyik tv. tapi! bile dorang mula berbincang..
banyak betul ayat-ayat Quran yang dorang guna
banyak betul dorang puji memuji Allah, : MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah tu da jadi macam kebiasaan untuk diorang.
banyak betul kata-kata positif dari dorang ni
dan banyak jugak hadis dan kisah kisah nabi dorang ceritakan sebagai contoh
dan kesemuanya fasih berbahasa Arab. aku tibe tibe jadi "Wah!, hebat dorang ni"
mula la aku browse internet carik info info sikit, baru dapat tau, ramai antara peserta ni berkelulusan dari Arab, ade yang dah berkahwin, bertunang. Ada jugak yang still study lagi. dan rmai antara dorang ni ustazah dan pensyarah.
tiba tiba aku rasa bangga, ade jugak cite macam ni kan? stil lagi ada orang yang mengangkat kedudukan wanita dalam bab bab agama ni. stil lagi orang pentingkan agama dari hiburan. tak macam pihak lain, asyik buat reality show nak cari penyanyi je, nak carik pelawak je. ade jugak tu yang carik talent dari budak budak sekolah.
cuba buat program mengaji ke, bape orang beremosi menangis meraung raung kalau tak dapat pegi final?
mungkin akhir zaman dah kot, sebab ada hadis mengatakan; sampai masanya nanti, manusia akan mengagung-agungkan hiburan yang melalaikan dari majlis majlis ilmu. Wallahualam
aku cakap, untuk diri sendiri jugak. aku pun takboleh nak lalai sangatla kan. same jugak dengan korang korang yang bace ni semua. ;p
Oh ye, tadi aku dapat tau yang Ustazah Pilihan dah nak final, dorang buat kt SACC Mall, 1Disember nanti. dah dekat sangat la tu dengan aku. Kalau ade rezeki, nak jugak tengok. tapi tengok dulu camne. Lagi satu, Ustazah Firuz tu calon ustazah pilihan aku, tak tau kenape, aku berminat dengan dia.die tenang kot. tapi yang lain lain pun okay.
atleast, ni first reality show yang aku akan vote untuk diteruskan tahun tahun depan. aku selalu kutuk kutuk reality show yang lain sebab, dorang macam nak makan duit kita je. tapi tak untuk ustazah pilihan ni.
notacinta: kadang kadang perlu kite dengar ceramah ceramah kat tv tu, sebab kalau da jadi student u ni, nak pegi surau memang susah sangat. Kalau da rajin surf youtube tu, rajin rajinla jugak search ustaz azhar idrus ke ustaz kazim k?. Sekali lagi, ni untuk aku. dan untuk kamu jugak. :)
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433Masihi
Sunday, November 20, 2011
201111~20122012
Sampai masanya :)
Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan yang mereka alami hari ini. Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam.
Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan lapang. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padanya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.
Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Keraguan ini mendatangkan kesedihan dan kegusaran dalam hati. Sempit hingga sukar bernafas. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?
Itulah rona-rona hidup, iman itu sedang diuji. Kuncinya sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah.
Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita diuji dengan nikmat dan musibah.
Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang penting kita tahu apa yang kita nak, kita usaha dan usaha dengan sabar. Dan bersangka baik dengan Allah.
Ini tidak semudah kata-kata yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. Adakah aku sedang berputus asa? Segeralah katakan TIDAK. Kerana rahmat Allah itu luas. Sedangkan kita belum cukup berdoa dan menangis meminta. Pinta dan terus pinta.
Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukku. Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku.
-Artikel iluvislam.com
artikel ini diambil bulat bulat tanpa sebarang pengolahan. dari http://www.iluvislam.com/
Friday, November 11, 2011
11.11.11
Thursday, November 10, 2011
Lepas kawin aku nak macam macam..
One for All, All for One.
Sepatutnya aku patot ketuk keyboard aku kt Word dan PowerPoint, tapi tetibe terajin pulak bukak blog dan niat mau update, sebab da lame tak update..
mungkin cite ni bercampur aduk,tapi apa ade hal?ni blog aku..pahamla aku nanti bile bace balik..kalau ade orang bace pun, harap harap anda paham la ye.. :)
okay,entry yg berkaitan dengan tajuk adalah begini.. last 2 weeks, aku pegi menjengah kawan yang sedang pantang. baru lepas beranak.. tak lain tak bukan, topik yang dibincangkan adalah perihal baby dan aku mesti sebok nak tanye sakit tak?sakit tak beranak?sakit tak kene jahit?macam macamla.. orang masscomm ni memang banyak tanya gamaknye . segalanya nampak okay, sampaila satu tahap, dia tnya pasal giliran aku naik pelamin pulak bila? dan tetiba dia cakap, " tak payah tunggu lama lama nad, nanti belanje kawin semua laki ko yang kene bagi, pakai je duit die untuk kenduri, hantaran etc." aku terdiam. terpaku mcam ni (o.O)
melopong aku dengar statement yang baru keluar dari mulut dia. tapi aku jawap dengan nada biasa je macam ni, " eh takpelah, lagipun aku kan belajar lagi, boifren pun ramai, kene pilih elok elok dulu, ekekekeke"
padahal dalam hati aku jawap lain, " kalau boleh, aku at least kene abis belajar dulu, keje, bagi mak abah aku rasa duit hasil aku kerja dan hasil dorang berhabis untuk aku time aku belajar. Paling paling kurang pun, aku nak ade kete sendiri, Kenari idaman pun cukupla. atleast kan? Bukan ape, kene kumpul aset sendiri dulu, ade kereta, pastu kalau mampu beli rumah sekali, tu kalau mampu, kalau tak, tu tanggungjawap suami aku la kan? paling cikai pun kene ade aset sendiri, bukan ape, kalau la ape ape jadi kt perkahwinan aku nanti, macam laki aku tinggalkan aku terkontang kanting, mane nak tidur? at least kalau ade kete, bole balik Kuantan.Dahla aku ni boros, leps kawin aku nak itu nak ini, takkan semua bende tu nak kene mintak laki?
Aku bukan ape, aku tanak jadi macam kau, belajar pun main main, tak lepas pointer nak teruskan pengajian, lepas kawin ikut laki duduk kampung, buat keje kampung.
Tapi tapi tapi, aku bukan nak kutuk atau undrestimate kau sebagai kawan aku, tapi kau tak patutla cakap macam tu kat aku. Aku bukan mcam perempuan lain yang tunggu laki pinang, pastu kawen, duk rumah jage anak sampai bertaun taun buat keje yang sama. Mungkin ape yang kau fikir tu sesuai untuk kau, dan akan sesuai untuk aku, ape guna aku belajar tak abis abis lagi kalau aku duk pikir macam kau.. mungkin Tuhan da tentukan storyline hidup kau mcam tu, aku pun harap, storyline aku sama macam kau, tapi bukan sekarang.
Aku pun tau, aku tak patut nak condemn orang lain sedangkan aku pun tak tau ape yang akan jadi nanti, cuma aku terkilan la, sebab orang lain ingat, kalau perempuan belajar tinggi, nanti nanti lepas kawin kene duk dapur je.
Mungkin kalau kau tanya kawan kawan lain yang tengah belajar, jawapan dorang akan sama dengan aku.
Tapi kalau kau tnya kawan kawan kau yang kawin umur 21, memang kau akan dpat jawapan yang sama dengan kau.
Sebagai, seorang Muslim ape pecaya Qada' dan Qadar dari Allah. Bila dan dengan siapa aku kawin nanti, urusan DIA. DIA jugakla yang menetapkan mcamana gayanya aku kawin nanti. Takda siapa yang patut persoalkan. Aku pun bukan persoalkan camna korang kawin, tapi aku sedikit terkilan, tu je pun. :)
cadangnya nak tepek gambar raye haji, tapi aku lupe yang ade da delete semua folder D3100 aku kt laptop ni. tah ape kene tah laju je pegi tekan delete! Later later.. :)
Notacinta: Someone like u is hard to find la encik ex bf. I want someone is better than u. 100times perhaps?
wahh! ni kalau buat asgment macam ni kan okay, cepat je siap. kalau asgmentla tetibe malas la..update blog laju dan panjang je kan?
Wednesday, November 2, 2011
Friday, October 28, 2011
miss the moments we shared together..
Friday, October 21, 2011
Bercakap dengan Bulan
Friday, October 7, 2011
Monday, October 3, 2011
sistem badan yang selalu merungsingkan.
Tuesday, September 27, 2011
Aku amik berkat dari korangla eh.
Monday, September 19, 2011
Recently updates.
eh,pasal ceria semacam je? *saje je, nape, takbleh?*
sejak rase dah sihat sikit ni, mood pun okay je. takde nak swing-swing ,unless kalau betul betul aku marah. tu lain.
rase macam artis plak, nk bgtau updates pasal diri sendiri.
(1) seperti biasa, lectures da stat minggu lepas patutnye, tapi macam biasa, senior memang suke hati die je nak pegi clas bile kan, well, Alhamdulillah, hari ni baru dapat jejak UITM kesayangan tu. well, a little big changes. Gud job FKPM.
(2) tak taula mane dapat semangat, arini dari pagi pegi setelkan UJRAH PTPTpu tu. dari amik cop dan sign segala, sampai ke Pejabat Pos pegi. Mudah-mudahan ianya sampai kt pihak PTPTpu tu.
(3) hooommmaaaaiiiigoooood! tadi terserempak dengan mamat tuuu.. alahai, dia segak berkemeja kelabu.. tapi, sayangnya, aku buat macam tak penah kenal. kenapelah kite bole jadi camni kan? *Agak agak td U perasan tak I? ke I pakai heels tinggi sangat?*
(4) button Cancel dan browser kat henfon dah tercabut. Alamak, mane ade duit nak beli Iphone.
(5) kawan blogger aku, si Aishah Ahmad da kawin! Cemburunya tengok die da kawen.
(6) cadangnye tadi, da terlanjur pegi Pejabat Pos tu, nak masuk diut kt ASB la kan, makcik tengah kayo ni! nak la masuk sikit, nanti at least adela jugak pelaburan dengan simpanan sikit. tapi takboleh plak tadi, offline katenya, haiyaaa, ni nk marah ni. nanti sampai sudah tak masuk, dah bz nanti, bile mase nk mencurik masa *katanya, macam bz sangat je kan*
(7) baru tahu Bank Islam ade Internet Banking. tapi sampai sekarang tak reti nk register lagi, ape bnde tah lagi tak kene. walhal tadi da ikut segal instruction die da. Takpe, kite tanya pakar esok.
(8) okay, dah cukup la tu updates. Sape je kan nk tgk blog ai ni?
okay, have a wonderful day peeps! see u when i see u :")
pesananpenaja: lapangnye perasaan kalau da semayang Isyak awal awal kan? rase free je nak buat ape. lepas ni bole layan korea dan mesej boipren sampai tertidur tanpa rasa bersalah pada keesokan harinya kan? Harap akan mantain begini ye cik Nadia Zulkifli oii!
Wednesday, September 14, 2011
dari aku, untuk kamu. ye!kamu!
Kadang kala bila kita jatuh tersungkur
Baru kita fikir dosa dosa lama.
Bila kita sakit
Baru kita ingat tuhan
Baru ingat nak buat baik kat orang sekeliling
Tapi bila Allah bagi kita senang
Kita selalu lupa yang Dia jugaklah yang bagi nikmat senang kat kita
Bila dah kene musibah baru fikir ini ujian dalam hiduo ni
Selam kite senang ni, kita lupa, DIA lah yang bagi kite ujian tu dalam bentuk senang
Bila senang, tikar sejadah telekung entah kemana
Azan Magbrib memanggil, tapi kita buat buat tak dengar
Apatah lagi Subuh
Itupun kalau sedar, masa sakit baru kenal Tuhan
Kalau berdendam dengan Tuhan? Ada kite nak ingat DIA
Lagi nak maki DIA adalah, kata hidup tak adil
Mula fikir bukan bukan, padahal kita tak tahu DIA lagi nak tolong kita adalah
Itulah pentingnya akal dan pendidikan pada masa ini
Jangan dangkal sangat pemikiran tu
Janganla pulak kita bandingkan kita dengan orang keliling
Nasib orang tak sama bai
Dia senang cara macam ni
Kita pulak kurang kat situ
Manelah kita nak tahu ape TUHAN nak tunjuk kan?
Pokok kata, sabar itu akar nye
Besar ganjarannya bersaabr tu, aku pun tak tahu apa yang kita dapat dengan sabar
Tapi dalam Quran cakap macam tu, kita kene percayalah
Jangan buat dalil sendiri
Aku pun bukan master holder bab agama ni
Tapi asasnya ada
Aku cakap bukan kosong
Aku tulis bedasarkan pengalaman
Cerita orang sekeliling
Semua orang ada bahagian dorang tersendiri
Mungkin aku kurang baik nasib dalam bab hubungan percintaan berbancing kawan-kawan aku
Tapi aku bernasib baik dalam hal pelajaran
Aku tak culas nak belajar, walaupun keputusan peperiksaan aku bukan 4flat
Tapi aku bersyukur aku maih berkeninginan nak belajar
Walau apepun, masing masing ada dugaan masing masing
Nak tahu orang tu matang ke tak
Kita tengok macamana dorang handle masalah dorang
Copyright NadyNadNad® 2Jun11.
Wednesday, September 7, 2011
Monday, August 29, 2011
Salam Lebaran semua orang! :")
okay, Assalamualaikum.. ketika dan saat entry ini di published, aku da berada kt kampung mak aku Kelantan Darul Naim.. *errrrrg*